02 November 2013
Salam Tahun Baru Hijrah; Maal Hijrah 1435 dari NGO KISWAH Serta Doa dan Awal Tahun Serta Maksudnya
DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم
نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ
قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا
عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا
فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ
اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ
مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi
amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat
dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya
sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa
yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya
dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah
lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah
Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke
atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah
bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan
Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon
akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga
Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami
daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada
kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan
azab api neraka.
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ
اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ
الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ
الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ
وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ
بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ
حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ
يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi
penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan
salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w.
dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang
kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan
Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah
mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada
syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon
pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami
memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan
diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah
keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau
wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah
kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah
kami akan azab api neraka.
Labels:
berita,
NGO KISWAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment