**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

02 March 2014

Anjuran Membunuh Cicak



MEMBUNUH CICAK

Cicak, haiwan yang sering kita jumpai di rumah dan di mana-manapun.
Terdapat anjuran untuk membunuhnya.

A. Lebih Cepat Lebih Baik
Rasulullah shallallahu'ala ihi wasallam bersabda,
"Barangsiapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama maka
ditulis baginya seratus kebaikan, Jika dia membunuhnya pada
pukulan kedua maka dia mendapatkan pahala kurang dari itu, dan
bila pada pukulan ketiga maka dia mendapatkan pahala yang kurang
dari itu” (HR Muslim: 2240)

B. Diantara Sebabnya.
Ummu Syarik radhiyallahu 'anha berkata, bahwa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak.
Dan beliau bersabda,
"Dahulu cicak turut membantu meniup api (untuk membakar)
Ibrahim 'alaihissalam" (HR al-Bukhari, Muslim)

C. Binatang Kecil Yang Jahat.
Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyyallahu 'anhu berkata, Sesungguhnya
Nabi shallallahu'ala ihi wasallam memerintahkan untuk membunuh
cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang kecil fasiq)” (HR Muslim: 2238)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Para ulama sepakat bahwa
cicak termasuk haiwan kecil yang mengganggu” (Syarh Shahih
Muslim, 14:236)

Semoga kita dapat sama-sama membenteras penjahat kecil ini yang sering mengotorkan masjid2 dan surau2 tempat kita beribadat.


Sumber: FB: Ustaz Hanif

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...