Terima kasih kerana mengajarkan diriku erti kehidupan... |
Tinggal ni je hadiah |
hmmm... |
Ternyata yang PAHIT adalah lebih banyak dari yang manis. Cuma yang manisnya adalah begitu bermakna kerana Allah pertemukan ustaz dengan anakanda2 yang soleh dan solehah yang sebahagian kecil darinya masih istiqamah dengan madrasah tarbiyyah ustaz seperti Ahmad Farihi Ramli,Muhammad Soafian Nahar, Mohd Nazrin Abdul Razak Alkahafi Ibnu Mansor,Atif Afwan Kauthar Ahmad Akmal Idris dll, tetapi kebanyakannya adalah anak2 didik yang masih menentang ustaz kerana jalan yang ustaz pilih.Itulah hikmah terbesar dalam hidup ustaz apabila dipertemukan dengan anak2 murid yang setia dan mulia.
Sesampainya di sana, ustaz masih ingat, kedapatan suara2; yang berkempen bagi memberhentikan bacaan Yaasin malam Jumaat di maahad, dan menyatakan bahawa puasa di bulan Rajab dan Syaaban adalah bahlol dan juhala'. Mawlid dan qasidah pula dikatakan memuja dan menyembah nabi macam Nasrani. Sehingga seorang guru agama berkelulusan Al Azhar, begitu benci dan marah dengan bacaan mawlid nabi; melontar buku Mawlid Ad Daibaie di depan semua pelajar ketika kuliah; menggambarkan kebenciannya yang luar biasa kepada amalan bermawlid... Selain isu ini, isu kebojokan akhlak pelajar dan salah laku pendidik juga menjadi agenda dakwahku...
Maka, Allah permudahkan ustaz untuk mendekati anak2 murid 'hepi go lucky' (tak la masalah sangat; tapi kaki enjoy) lalu terbentuklah satu kumpulan mawlid yang dianggotai mereka yang dicop guru lain sebagai bermasalah. Sehingga dipanggil membuat persembahan di majlis PPD, kenduri kahwin etc.Mereka begitu bahagia berqasidah sehinggalah ada tangan2 dari hati yang busuk mula menyebarkan fitnahnya sehinggalah akhirnya dibubarkan dgn istilah diserap ke kelab kesenian.....
Sebenarnya ustaz telah bersumpah untuk tidak menjejakkan kaki lagi di bumi Maahad SAS kerana luka yang terguris di hati ini masih berdarah lagi .. (ayat jiwang). Ustaz masih ingat wajah2 yang berjuang siang dan malam agar ustaz keluar dari Maahad khususnya dari mereka yang berfahaman W*****i dan pendengki. Mereka berusaha menamatkan riwayat profesion ustaz sebagai warga pendidik. Ustaz memaafkan mereka, tetapi sikap buas mereka menghina, menfitnah dan menabur kebencian sesama muslim khususnya kepada guru2 ustaz, itu Allah Taala sahaja yang menanganinya.
Namun itu tidak mematahkan semangatku. Ustaz telah berusaha sedaya upaya mendidik dan metarbiyyah anak2 bangsa walaupun gaji hanya RM300 ldan kemudiannya dinaikkan ke RM700 lebih sahaja. Diperuntukkan gaji bukan ijazah kepada ustaz walaupun ustaz sudah berijazah. Dek kerana sayangkan maahad ustaz sanggup menerima gaji yang sangat tidak berpadanan dengan kelulusan demi anak2 murid yang tercinta. Sudahlah begitu, siang dan malam menjaga anakanda2 di asrama pula dan mengajar pelajaran STAM yang memang sukar......Sehingga akhirnya, fitnah bersilih fitnah, kebencian bersilih kebencian, maka cerita pelbagai cerita yang tidak baik ini heboh seantero Pahang dan dijadikan bahan tajuk teks khutbah pada minggu tersebut..Dilucutkan jawatan sebagai Penasihat Badan Dakwah dan Kelab Mawlid yang diasaskan telah dibubar..Malah satu sumber menyatakan bahawa terdapat tangan2 ghaib yang menyorok Surat Tawaran ustaz untuk menyambung pelajaran dalam Diploma Pendidikan di IPG Kuala Lipis.
Lalu terbuanglah ustaz dari bumi Jengka kembali ke bumi Temerloh yang permai.. Maka, ke mana2 ustaz pergi khususnya di wilayah Jengka dipandang hina lagi dina, tak tahu mana nak letak muka..
Hidup pun agak susah apabila nak memulakan perjuangan KISWAH ni sebab pada awalnya tida siapa pun yang nak datang ke pusat rawatan kami. Orang ramai masih tidak kenal atau percaya. Namun ustaz usaha dan dengan izin Allah; sehingga dakwah KISWAH ini tersebar ke seluruh pelusuk negara Malaysia. Sehingga kini KISWAH mempunyai cawangan di Johor, Perak dan Selangor...dan mudah2an masih berkembang Insya Allah.
Namun segalanya ada hikmah. Ustaz sudahpun berhenti menjadi pendidik secara formal.. dan menjadi pendidik dalam ruang lingkup yang lebih besar...KISWAH adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya kepada hidupku. KISWAH ini diberikan namanya oleh guru ustaz al Marhum Shaykh Raja Ashman, yang merestui perjuangan ustaz di dalam wadah rawatan Islam di Malaysia. Ustaz dipertemukan dengan anak2 murid yang 'lebih tua' dan mereka menjadi buah hati ustaz sehingga kini seperti Ustaz Zuhaidi Mukapit,Aredeep Haron , Saiful Hazreen Shahiri , Muhammad Rafi, Ust Miljan As-sandakani, Us Abu Faidh Hanif, Anas Al Wasi'ie , Shami Husin, Syihan Al-Qarni, Luqman Hakim, Jurus D' Kiswah, Azhari AbidinMohd Junaidi Sahlan, dll..Terima kasih pula ustaz kepada mereka yang berusaha 'membuang' diriku dahulu.. Kalau tidak kerana asbabnya begitu, maka masakan akan tercapai ke tahap begini...
Namun untuk kembali ke institusi madrasah, ustaz dah takde hati....
Jauh disanubariku, berdoa sempena hari guru ini, sambil memandang baki 2 hadiah hari guru yang pernah dihadiahkan anak muridku, agar Allah memuliakan semua para asatizah dan tullabul ilmi yang benar ikhlas menuntut ilmu akhirat. Dalam masa yang sama berdoa agar penyebaran fahaman W******i kepada anak2 Sekolah Menengah Agama Pahang dibendung serta membawa masuk ustaz2 Arab W*****i ke SMAN dihentikan..
Kembalilah ke pendidikan Islam yang sebenar dengan merujuk kepada pembawakan ulamak2 muktabar, berpegang kepada tradisi Ahlus Sunnah wal Jamaah yang kita anuti sejak zaman berzaman.Berakidah al Asyairah wal Maturdiyyah. Bermazhab Syafie.. dan bertasawwuf.... Selamatkan SMAN Negeri Pahang yang tercinta dari fahaman W*****i.
Terima kasih Maahad Sas kerana mengajarku butiran2 kecil mutiara pengalaman kehidupan yang sementara...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment