RAHSIA AIR JAMPI KAEDAH AL QURAN
Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 16.00
ISBN: 978-967-11307-1-1
Tahun terbit: 2012
Jumlah Mukasurat: 159 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House
(Maka Kami kabulkan permohonannya
serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu
" (setelah ia melakukannya maka terpancarlah AIR, lalu Kami berfirman
kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi
menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
[Shaad: 42]
Merupakan satu buku yang
lengkap dan relevan kepada semua pengamal pengubatan Islam berasaskan ruqyah
syariyyah. Buku ini juga layak dijadikan rujukan kepada semua peminat dunia
rawatan Islam sama ada perawat, pesakit atau pengkaji.
Hayat Kiswah di dalam
penulisannya telah membuktikan secara syarie dan saintifik berkenaan realiti
rawatan ruqyah menggunakan wasilah air sebagai perantara. Penulis memfokuskan
latarbelakang dan teknik meruqyah air sebagai medium asas dalam rawatan sesuatu
penyakit bersifat sama ada spiritual, fizikal atau emosional.
Buku ini terbahagi kepada 9 bab yang terdiri daripada pengenalan air di
dalam al-Quran, misteri kejadian air, air yang mempunyai roh dan misteri
penyembuhan gelombang al-Quran. Selanjutnya penulis mengaitkan kaedah ruqyah
dan penggunaan air di dalam bab yang kelima dan seterusnya yang terdiri
daripada perbincangan berkenaan misteri air jampi, bahan-bahan lain yang boleh
diruqyah, teknik meruqyah, senarai ayat-ayat penawar dan penutup kata yang
menitik beratkan rujukan dan sanad sesuatu teknik rawatan Islam yang
dijalankan.
Kesimpulannya buku ini amatlah
disarankan kepada perawat, pesakit dan keluarga, pengkaji dan penuntut ilmu
rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Malah bolehlah diibaratkan buku
poket yang di dalamnya terkandung segala pendedahan perawat Islam membuat air
ruqyah. Maka bolehlah dikatakan juga sebagai buku nota edisi lakukan sendiri di
rumah buat semua pembaca.
RM16 + RM 8 penghantaran..
Cara pembelian:
1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".
ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun
Muliati binti Saad.
no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau
no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)
2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:
a. Nama
b. Tarikh
c. Bank apa dan bila dimasukkan duit
d. Alamat surat menyurat
e. Produk dan bilangan
3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.
4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…
No comments:
Post a Comment