**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 January 2015

Rawatan Islam Untuk Bayi Jantung Berlubang


Rawatan Islam untuk bayi jantung berlubang.

1) Pasangkan cd ruqyah atau bacaan al Quran tiap2 hari

2) Bersedekah tiap2 hari dengan niat kesembuhan walaupun sedikit. Sedekah memanjangkan umur, mengangkat bala'

3) Bernazar sekiranya sembuh akan menunaikan umrah atau berpuasa, atau menjamu fakir miskin. Atas kemampuan kita.

4) Sapukan minyak zaitun tiap2 hari ke dada anak. Paling kurang 3 kali sehari. Sapu dan pegang dada dan bacalah
a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57

5) Jika anak menyusu badan: Ibu sila makan bawang merah / holland yang dibakar di dalam arang. Buat macam ulam.. Insya Allah zatnya akan sampai kepada bayi melalui susuan tadi.

6) Solat hajat, taubat dan syukur tiap2 hari khususnya sebelum tidur.

7) Pohon kerjasama dari Tuan2 guru atau orang soleh untuk mendoakan kesembuhan anak kita.

8) Selepas solat / sekerap mungkin: Pegang dada anak yang sakit dan bacalah
a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57

9) Bertasawwul dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW.. Semoga sembuh penyakit anak kita..

10) Baca Ayatul Kursiy 70 kali sehari. Niatkan apa hajat kita semasa membaca Wala Yauduhu.. Sampai habis..

11) Tawakkal kepada Allah Taala.. Serahkan segala ketentuan kepadanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...