**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

22 September 2019

Soalan Temuduga Tauliah Mengajar Pahang...

Memang Tough Soalan Temuduga Tauliyyah Negeri Pahang ni tadi: Rasanya koi yang paling lama kena tadi....Setengah jam atau lebih rasanya... Koi ingat nak tanya pasal rukun qalbi, qauli dan fi'li serta hukum BITCOIN je... sekali...
Sebutkan tentang diri anda?
Apa pendapat anda tentang Tauhid?
Imam Syafie dulu atau Imam Asyaari dan Maturidi dulu?
Adakah Asyairah dan Maturidiyyah wujud zaman Imam Syafie?
Adakah imam Syafie Asyaari dan Maturidiy?
Siapa terlebih dahulu Abu Hasan Al Asyaari atau Abu Mansur al Maturidiy. Apa kaitan..
Adakah wujud Asyairah di zaman nabi dan sahabat?
Imam Syafie dulu ke Imam Abu Hasan al Asyaari dulu?
Terangkan Sifat Istighna' dan Iftiqar.
Ada berapa sifat Istighna' dan senaraikan?
Kenapa sifat Wahdaniyyah merupakan sifat Iftiqar?
Kenapa perlu ada sifat ma'nawiyyah selepas ada sifat maani?
Terangkan beza Sifat Qudrah dan Kaunuhu Qodiran secara mudah kepada orang kampung...
Apa beza Asyairah dan Matudiyyah?
Apa maksud Allah?
Allah zat atau nama bagi Allah?
Apa maksud sifat salbiyyah?
Apa beza Sifat wujud di sisi Asya'irah berbanding Maturidiyyah?
Sifat Wujud : Ain Wujud atau Hal Nafsiyyah?
Apakah maksud sifat nafsiyyah di dalam Bahasa Arab?
Apakah maksud ISTAHALATUL MUSTAHIL?
Apa maksud Jauhar dan beza dengan Arad?
Apa beza jirim dan jisim?
Adakah udara itu jirim?
Apa itu ta'luq sifat?
Ta'luq sifat ada pada jenis sifat apa?
Apakah kelakuan ta'luq sifat QUDRAH?
Pak Da Eil menulis Bakuratul Amaniy dalam berapa hari?
Apa maksud Ihdina dalam Ihdinas siratol mustaqim... Apa disebut dalam Kitab Tafsir?
Apa maksud Rabitah?
Apa hukum Rabitah?
Adakah dibolehkan rabitah?
Bolehkah berzikir dgn menggambarkan wajah guru?
Ustaz mengajar kitab apa?
Berapa masjid mengajar?
Adakah Ustaz bertariqat?
... gambar hiasan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...