**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 November 2019

Kaedah Mata Bom Untuk Ikan Bersisik - Tips Memancing di Sungai Pahang

Tips Memancing Ikan Bersisik di Rumah Rakit Kiswah Temerloh. Mujarab bi iznillah
Kaedah 1. Mata bom
Masa sesuai: Semua waktu. Tetapi waktu kemuncak: Waktu tengahari - dikatakan kerai contohnya suka bermain2 arus yang terkena pancaran matahari tengahari.
1. Bancuh pallet 920 dengan air bercampur apa2 perisa spt strawberi, pisang atau nenas. Kira lebih kurang 30 saat.. Kemudian buang airnya. Atau kaedah kedua - rendam saja dgn air sungai tempat anda memancing. Kemudian barulah dimasukkan perisa.
2. Bolehlah masukkan perisa tambahan jika anda menggunakan teknik kedua iaitu sekadar merendam dgn air sungai. Ada juga yang memasukkan kelapa parut, serbuk masak kurma dll.Cuma pastikan jangan terlampau basah kelapa parut itu.. Nanti pallet cair dan teksturnya tak sesuai kerana basah. Tunggu 30 minit - 1 jam supaya pallet mengembang cantik dan menawan.
3. Uli sebahagian pallet tersebut.Carilah tekstur yg sesuai untuk didakapkan ke gelungan besi mata bom tersebut.
4. Lekatkan pallet yg telah diuli ke gegelung besi mata bom ikut kesesuaian saiz.
5. a) Cangkuk FOAM BAIT ke mata kail. Ikan bersisik kebanyakan makan secara menyedut. Apabila ingin menyedut pallet di gegelung besi... Ia menyedut foam yg ringan dan mempunyai daya keterapungan dan momentum tersebut menyebabkan mudah masuk ke mulut ikan. Atau memang ikan tertarik utk membahamnya kerana rupa parasnya seumpama pallet.
b) Cangkuk pallet yg tak diuli ke mata2 kail.Tapi biasanya tak kekal lama kerana ikan2 kecil mencubit atau tercabut dibawa arus.. Pentingnya menggunakan pallet 920 kerana nak mudah pecah dan tercabut berbanding pallet E8.
c) Boleh dipelbagaikan cangkukan di mata kail dgn foam, pallet betul, cacing atau cengkerik serta roti. Ikut kreativiti.
6. Baling sekadarnya. Takut tercabut. Dinasihatkan jangan baling setup umpan tersebut terlalu jauh. Takut tersangkut, kecuali memang kita sudah mahir dengan selok-belok kawasan tersebut, balinglah ke mana saja asalkan tak tercabut umpannya. Sesetengah angler mengatakan konsisten baling ke tempat yang sama sahaja supaya ikan2 itu perasan dan menanda kawasan tersebut.
7. Periksa setiap 15 - 30 minit kondisi resipi umpan bom kita.
8. Jika ada getuan kecil sabar. Jangan rakus menyembat. Apabila getuan semakin kuat, deria dan naluri anglers anda mengatakan inilah detiknya.. Tawakkal alAllah... Sembatlah seadanya dengan penuh pengharapan kepada Allah..Ikan makan layan diri, maksudnya bila dah ada lenturan kuat, sembat sikit dan karau.
9. Sebelum terlupa pakailah set pancing ringan, kalau boleh tangsi halus 8-10 paun sahaja.
10. Mengail mengail juga, jangan lupa untuk tunaikan solat yak ghodong...
Tips ini dibawakan khas oleh:
Ustaz Hayat Kiswah
SEWA Rumah Rakit Kiswah Temerloh untuk dan Sar Kiswah dan kelas Pengajian al-Quran Kiswah: 0179065131
SHARE YAK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...