NOTA UHK 24: PELEMBUT HATI DAN LARI DARI RUMAH – air ruqyah, risalah
pelembut hati
بسم الله الرحمن الرحيم
Harap membantu untuk masalah suami isteri, anak
yg merajuk dll. Alhamdulillah dengan kaedah ini banyak kes di Pusat Rawatan
Islam dapat diselesaikan.
1) Baca aya-ayat pelembut hati dan niatkan di syahid ayat. (In sya Allah
kita akan kongsikan nanti) Gambarkan wajah dan namanya. Paling kurang baca al
fatihah, Ayat Kursiy, Thoha 1-6, al Insyirah, 3 Qul dan selawat selepas solat.
Niatkan hadiah / sedekah kepada yang jauh hati dari kita itu.
2) Bersedekah setiap hari dengan niat kesembuhan, dan terangkat ujian yang
payah.
3) Bernazar sekiranya berubah sikap dan pulang, kita akan berpuasa sehari / kenduri kesyukuran dan lain-lain.
4) Hadiahkan / Sedekahkan pahala amalan kita seperti bacaan al-Quran,
puasa, korban, sedekah dan lain-lain kepada yang kita niatkan supaya lembut
hati kepada kita. Orang yang menerima hadiah jinak hati kepada pemberinya.
5) Beri minum air ruqyah yang dibacakan khas untuk yang diniatkan atau
masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi.
6) Jangan gunakan khidmat ahli sihir untuk ‘seru dari jauh’. Beri makan
sisa kotoran dari tubuh badan kita kepadanya seperti air basuhan dan mandian.
Bacalah doa:
Doa supaya hatinya
lembut untuk kita
اللَّهُمَّ لَيِّن لِي قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ
لِدَاوُدَ الْحَدِيد
(Ya Allah lembutkanlah hatinya
untuk aku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihis salam)
7) Selepas solat. Bercakaplah dari hati kita ke hatinya. Luahkan segala isi
hati kita dengan bicara hati, nescaya ‘pendengaran hati’ akan tangkap-tangkap
segala perkataan kita.
-
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
……………………
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari
bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Support
ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
No comments:
Post a Comment