NOTA UHK 26: RAWATAN ISTIHADAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Harap membantu pesakit yang mengalami istihadah.
Istihadah kekadang berpunca dari sebab fizikal, pengambilan ubat atau boleh
jadi kerana gangguan syaitan yang menghentak - mencarik dinding rahim wanita
menyebabkan keluar dari penyakit (Mafhum Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Imam
Ahmad). Sesetengah ulamak rawatan Islam memanggilnya SIHIR NAZIF; SIHIR PENDARAHAN.
ISTIHADAH DAN MASALAH HAID TIDAK TERATUR – madu, minyak zaitun, jus
delima, mumbang kelapa
Qurani:
1) Pesakit dibacakan RUQYAH SYARIYYAH seperti pesakit gangguan yang lain.
2) Paling kurang dibacakan kepada bahan di bawah: al Fatihah, Ayatul
Kursiy, al Masad dan 3 Qul, selawat 3 kali.
Tabie:
1) Sapu minyak zaitun di perut-rahim 3 kali sehari atau sekerap mungkin.
2) Minum segelas air ruqyah + sesudu
madu + sesudu jus delima + minyak zaitun - setengah jam sebelum makan apa-apa
pada waktu pagi. Jus delima bagus untuk rahim wanita.
3) Sebiji mumbang kelapa rebus bersama air ruqyah. 3 bahagian air direbus
sehingga tinggal 1/3 bahagian. Baca ayat di atas dan minum secawan sehari sejam
sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selama 7 – 40 hari.
4) Dengar cd ruqyah tiap-tiap hari. Bayangkan gelombang al-Quran tersebut
masuk menuju ke rahim dan merawatnya.
5) Sedekah tiap-tiap hari walaupun sedikit.
-
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
……………………
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari
bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Support
ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah
Shoppe
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
No comments:
Post a Comment