**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 September 2021

NOTA UHK 29: RAWATAN SAKIT MATA

 

NOTA UHK 29: RAWATAN SAKIT MATA

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dari semasa ke semasa ramai pesakit yang datang mengadu sakit mata. Ada yang disebabkan fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, salah makan ubat, side effect ubat dan tak kurang pula disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah  seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.

 

Qurani:

 

1) Baca ayat 22 Surah Qaf pada belakang kedua2 ibu jari tangan 7 kali. Setiap kali diselangselikan dengan selawat. Tiup dan cium serta disapu pada mata. Buat sekerap mungkin.

 

Tabie:

 

1) Katarak dan Glaukoma: Gunakan madu asli: Dicalit sedikit di bawah kelepet mata bawah sambil membaca ayat 22 Surah Qaff dua kali sehari, bangun tidur dan sebelum tidur. (dengan syarat belum pernah dibedah).

 

2) Atau jika tidak selesa; boleh bancuhkan madu di dalam air ruqyah. Celikkan mata di dalam campuran tersebut. Buat amalan pada tiap-tiap hari.

 

3) Kabur: Titiskan dalam mata embun pagi yang bersih.

 

4) Infeksi: Basuhkan mata dengan air teh (teh hitam yang terbaik).

 

Amalan:

 

1) Sedekah tiap-tiap hari selepas Subuh dengan niat kesembuhan. Sedikit setiap hari lebih baik dari banyak tapi terputus-putus. Letak di dalam tabung. Cukup minggu atau bulan sedekahkan kepada yang ‘benar-benar’ memerlukan.

 

2) Nazar, jika sembuh akan berpuasa sehari atau lain-lain.

 

3) Jangan terlampau banyak memandang SCREEN. Bawalah mata yang keletihan dan stress itu melihat kecantikan ciptaan Allah di maya pada sambil mengucap; ‘SUBHANALLAH’. Apabila melihat anugerah dan nikmat Allah kepada kita maka ucapkanlah ; ‘MA SYA ALLAH’.

 

4)  Mata digunakan untuk beribadah kepada Allah seperti membaca al-Quran mentelaah ilmu dan sebagainya. Jangan khianat nikmat-anugerah Allah dengan melihat perkara yang bukan-bukan. Bersyukur dengan nikmat mata- maka hendaklah ‘memulangkan nikmat Allah iaitu mata kepada Maha Pemberi nikmat iaitu Allah. Syukur: Memulangkan nikmat kepada yang memberi nikmat..

 

 

5) Memakai pakaian berwarna hijau ketika sakit kerana akan datang perlindungan malaikat ketika menanggung penderitaan dan membantu kesembuhan serta lihatlah kejadian Allah Taala yang menghijau.

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...