**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 September 2021

NOTA UHK 27: TIPS KELUARGA BAHAGIA

 


 

NOTA UHK 27: TIPS KELUARGA BAHAGIA

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Ramai pesakit datang ke pusat rawatan mengadu perkahwinan tidak bahagia dan kurang kasih sayang. Sempena ulang tahung perkahwinan saya dan isteri yang ke-14 saya kongsikan pengisian Seminar Rawatan Islam Kiswah Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas Sihir.

 

Keluarga Bahagia Lestari Ke Syurga

 

Pendamai rumahtangga:

 

1)      Jangan memandang lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan kita. Suami dan isteri kita adalah amanah dan anugerah titipan Allah untuk dijaga, dibelai dan ditarbiyyah.

 

2)      Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani  untuk keluarga.

 

3)      Selalu solat berjemaah (jika tidak ke masjid) / qiyamullail bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.

 

4)      Selalu membaca al Quran bersama. Yaasin baca bersama keluarga setiap kali selepas Subuh. al-Mulk selepas Zuhur, an-Naba’ selepas Asar, as Sajdah dan al Waqiah selepas Maghrib dan al Mulk selepas Isyak.

 

5)      Yaasin dan al Kahfi di baca bersama keluarga pada setiap malam Jumaat. Setiap penghujung hari Jumaat berdiri di luar rumah dan berdoa bersama pasangan; agar diberi kebahagian sejati hakiki dunia akhirat. Waktu tersebut waktu mustajab doa hari Jumaat.

 

 

6)      Selalu makan di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar. Jika suami tidak habis makan, maka dihabiskan oleh isteri. 😉

 

7)      Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur. Ucapkan dan buktikan. Ucapan itu dalil dan bukti. Anniversary jangan dilupakan. Birthday berilah hadiah seadanya. Hargailah pasangan itu.

 

8)      Selalu berlumba meminta maaf atas kesalahan dan amalkan sikap suka berterima kasih.

 

9)      Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.

 

10)  Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata. Jika isteri mengadung; sediakan dua tabung. 1. Untuk akikah anak. 2. Untuk memberikan hadiah kepada isteri yang berjuang melahirkan permata hati kita.

 

11)  Sedapatnya anak jangan dipeihara oleh orang lain. Jika bekerjaya, maka dipelihara oleh keluarga dan keluarga kita sendiri. Banyakkan masa di rumah berbanding di luar khususnya ibu.

 

12)  Hargailah pasangan anda seolah2 ia duduk di atas singgahsana kemaharajaan dan kepermahsurian sehingga terhijab keaibannya. Sehingga tidak memandang orang lain lebih cocok menjadi pasangan kita atau lebih banyak kelebihan berbanding pasangan kita yang tidak menarik itu. 😉

 

13)   Jangan kecanduan teknologi esp Handset. Di dalam setiap teknologi ada ‘syaitannya’ yang tersendiri. Handset dicipta untuk mendekatkan yang jauh. Namun kita ‘menjauhkan’ yang di depan mata. Sebelum membuka sebarang ‘teknologi’ maka bacalah ‘Auzubillah..’ terlebih dahulu.

 

14)  Hobi yang dimiliki biarlah meraikan hubungan suami isteri. Janganlah sampai menghabiskan masa2 terindah yang diimpikan dengan terlalu banyak di luar jika tidak perlu.

 

15)  Sedekah setiap Subuh untuk menjemput rezeki dan menolak bala’. Bersedekah sebelum keluarga bermusafir dan suami / isteri keluar ke tempat kerja.

 

16)  Jangan suka membandingkan rumahtangga kita dengan orang lain yang lebih bernasib baik. Bandingkan dengan yang lebih ‘kedhaifan’ berbanding kita. Anugerah sedia ada tidak sempat disyukuri lagi komplen dengan TUHAN tak beri itu tak beri ini.

 

17)   Jangan suka menyalahkan pasangan. Jadilah cermin muka jangan jadi cermin mata. Satu jari menunjuk kepada orang, empat jari lagi patah ke batang hidung kita sendiri. Mungkin masalah itu berpunca dari kesalahan kita juga.

 

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...