**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

10 October 2021

NOTA MINDA UHK 31: PENYAKIT AIN – EVIL EYE (LEMAH SEMANGAT)

 


NOTA UHK 31: PENYAKIT AIN – EVIL EYE (LEMAH SEMANGAT)

بسم الله الرحمن الرحيم

 

1) Apakah penyakit ain?

Penyakit ain bolehlah dikatakan penyakit lemah semangat.

 

2) Apakah punca penyakit ain?

Ada dua:

1)      Pandangan takjub seseorang kepada penampilan dan rupa paras seseorang

2)      Pandangan kebencian, kemarahan, kedengkian kepada seseorang

 

3) Apakah dalil penyakit ain?

1)      Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim: “ Penyakit Ain adalah benar.”

2)      “Sesungguhnya penyakit Ain mampun menyebabkan seseorang mati dengan izin Allah, sehingga jika dia berada di tempat yang tinggi boleh jatuh ke bawah.” Riwayat Imam Ahmad

 

4) Bagaimanakah penyakit ain – lemah semangat ini terjadi?

Pandangan mata takjub atau kebencian dari roh dan jiwa seseorang boleh menerjah masuk ke dalam roh di dalam tubuh badan kita sehingga menyebabkan rasa tidak sihat, lemah semangat, pucat lesi, demam, marah, malu dan kemurungan. Pandangan mata manusia mempunyai suatu kekuatan sehingga menyebabkan mudharat kepada jiwa dan roh orang lain. Bukan semata-mata datang dari mata zahir seseorang tetapi dari pandangan roh yang disalurkan ke mata dan menerjah menyerang seseorang secara sedar atau tidak. Sama ada berniat ataupun tidak.

 

5) Apakah persamaan dan perbezaan ain dan sihir?

Sihir dan ain mempunyai persamaan dari sudut memberi mudharat kepada seseorang. Cuma perbezaan dari sudut puncanya. Umumnya sihir dari kebencian dan hasad. Adapun ain kadang-kadang dari kebencian dan kadang-kadang dari rasa takjub dan memperagungkan.

 

6) Bagaimanakah mengelakkan penyakit ain dari berlaku?

- Untuk mengelakkan kita menjadi punca penyakit ain kepada seseorang , jika melihat sesuatu yang takjub maka doakan kebaikan dan keberkatan kepadanya. Janganlah memuji secara keterlaluan.

- Orang tua dahulu selalu beringat jika memuji bayi yang comel dengan mengatakan; ‘Buruk sangat budak ni yak..”  untuk mengelakkan ketakjuban yang berlebihan lantas menyebabkan demam terkena penyakit ain.

- Banyakkan ibadah, baca al-Quran dan berzikir demi menguatkan jiwa agar tidak goyah dipanah ain.

 

7) Apakah rawatan penyakit ain?

- Bacaan ruqyah dengan meletakkan tangan di atas kepala dan dibacakan ayat- ayat ruqyah dan doa-doa kesembuhan dari hadis Nabi Muhammad SAW.

- Dimandikan dengan mandian orang yang menyebabkan ain seumpama peristiwa Saidina Sahl ibnu Hunaif yang terkena panahan ain Saidina Amir ibni Rabi’ah ketika menanggalkan baju ketika mandi. Maka Rasulullah saw menyuruh dimandikan dengan mandian Saidina Amir. Hadis Riwayat Imam Ahmad.

- Jika tidak berpeluang mandi, maka memadai dengan dimandikan dengan air yang dibacakan ruqyah syariyyah. Diberi minum air ruqyah

 

Semoga bermanfaat.

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...