**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

10 October 2021

NOTA MINDA UHK 30: IBU SELALU KEGUGURAN

 


NOTA UHK 30: IBU SELALU KEGUGURAN

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dari semasa ke semasa ramai pesakit yang datang mengadu selalu keguguran. Ada yang disebabkan fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, side effect ubat dan tak kurang pula disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah  seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.

 

Rawatan Qurani:

 

1) Amalakan Surah as-Soffat setiap kali selepas Subuh dan Surah al-Maarij sebelum tidur. Jika terasa agak panjang khususnya surah as-Soffat pasangkan sahaja rakaman surah tersebut.

 

Rawatan Tabie - Pemakanan:

 

1) 3-7 biji kurma tiap-tiap hari sejam sebelum makan apa-apa. Atau 21 biji kismis.

 

2) Setiap hari segelas susu, yogurt atau produk tenusu untuk kuatkan tulang bayi.

 

3) Air selusuh atau ruqyah diminum 6 bulan ke atas lebih-lebih lagi jika kandungan 9 bulan.

 

4) Air susu kambing asli (bukan susu tepung) diminum setiap hari – 9 bulan. Bagus untuk mengelakkan jaundice pada bayi.

 

5) Makanan seimbang – jaga makan bagi mengelakkan kencing manis dan darah tinggi.

 

6) Selalu sapu minyak zaitun di atas perut.

 

Amalan:

 

1) Sedekah tiap-tiap hari selepas Subuh dengan niat kesembuhan. Sedikit setiap hari lebih baik dari banyak tapi terputus-putus. Letak di dalam tabung. Cukup minggu atau bulan sedekahkan kepada yang ‘benar-benar’ memerlukan.

 

2) Nazar, jika selamat kandungan hingga bersalin, ibu dan ayah akan berpuasa dll.

 

3) Ibu dan ayah jagalah ibadah dan jangan banyak melakukan perkara yang lagho.

 

4) Mula-mula mengandung, bapa sudah menyimpan dua tabungan. Satu tabung untuk akikah anak sebaik hari ketujuh dan satu tabung untuk memberi hadiah untuk isteri.

 

5) Jaga tutur kata. Jangan melihat perkara kotor dan ngeri yang mendatangkan trauma. Jangan melihat cerita hantu, horror, kemalangan, makhluk filem yang hodoh dan kecacatan2 manusia yang dipamerkan di dalam dokumentari dan youtube.

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...