Ya Rabbi - 'Satu Perkataan Itu'
01 March 2022
Ya Rabbi - 'Satu Perkataan Itu'
Jika bukan kepadaMu aku menghadap
Kepada siapa lagi aku perlu berhadap
Jika bukan kepadaMu aku mengharap
Kepada siapa lagi aku perlu berharap
Segala kesalahanku tidak boleh kupadam begitu sahaja
Aku bersimpuh di depanMu dan memohon ampun kesalahanku
Cinta, kasih, sayang dan asmaraMu yang kudamba,
Bukan keadilanMu kerana ku tidak pernah mempertikaikan itu
Hanya satu 'perkataan' yang menambah kehambaanku
Bertambahlah jiwa hamba yang mulia bukan jiwa tuan yang hina
Perkataan 'Kun' itulah yang pohon kepadaMu Tuhanku
Jadilah - maka segala akan terjadi dengan jajahan ta'luq Iradah dan QudrahMu
Jadikanlah daku hamba sebenar hambaMu..
Kerana Engkaulah Tuhanku yang satu
Ku memohon hanya kepadaMu
Semoga Engkau gembira aku sebagai hambaMu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment