**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 April 2011

Jangan Lupa Kelas Tafaqquh dan Mesyuarat KISWAH Hujung Minggu Ini!!!

Assalamualaikum ...


Kepada semua anak murid kelas tafaqquh KISWAH seluruh negara... Jangan lupa kelas kita pada malam esok; Sabtu malam Ahad membincangkan tajuk "GILA dan Rawatannya."

Kemudian, kepada semua Ahli Majlis Tertinggi KISWAH, Ahad nanti kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Majlis Tertinggi KISWAH.. Jangan lupa sahkan kehadiran anda di dalam forum...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!


Mesyuarat Agung Ahli Majlis Tertinggi KISWAH


Assalamualaikum semua...

Atas cadangan semua dan pertimbangan beberapa perkara yang perlu diperbincangkan maka dgn ini saya menjemput semua ahli majlis tertinggi forum KISWAH RUQYAH untuk:

MESYUARAT AGUNG PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

(Sabtu malam Ahad 23 April kelas di pusat rawatan 9 pm)

24 April 2011 bersamaan hari Ahad

9 pagi

Pusat Rawatan KISWAH Temerloh


* Agenda akan disediakan oleh saya...

-Semua ahli majlis tertinggi dijemput hadir.

18 April 2011

Jemputan Seminar 3 dan KLINIK KISWAH di Teluk Intan 28 dan 29 Mei

SIRI KEMBARA PERUBATAN ISLAM


SEMINAR PERUBATAN ISLAM 2011 ( Mei )

Anjuran:
Jamaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS)
Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah ( PBQS )

Dikelolakan oleh:
Zuyyin Training & Consultant


Pensyarah:
A.F Ust. Hayat Al-Azhari An-Naqsyabandi
Pengarah Urusan & Pengasas KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.

SEMINAR MODUL 3
4S - Santau, Saka, Sihir & Selusuh

28 Mei 2011 ( Sabtu ) - 8.00 Pg-5.00 Ptg.
( Yuran Rm 80 )

KLINIK RAWATAN KISWAH

29 Mei 2011 ( Ahad ) - 9.00 Pg - 4.00 Ptg.
( Sedikit Yuran Dikenakan Untuk Tenaga Perawat KISWAH dan Tabung KISWAH )

TEMPAT

Sekolah Rendah Agama Rakyat Teluk Intan

Syarat Penyertaan Seminar 4-S:
- Keutamaan diberikan kepada peserta Muslimin & Muslimat yang telah mengikuti seminar KISWAH Modul 1 & 2.
- Dialu-alukan kepada peserta yang telah menyertai Seminar KISWAH.

Syarat membuat rawatan di Klinik Rawatan KISWAH
- Terbuka Muslimin & Muslimat semua peringkat umur.
- Bersama Mahram ( jika Muslimah ).
- Berpakaian Sopan & Menutup Aurat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendaftaran:

Sila SMS: Nama Program--Nama--No. K/P --Alamat hantar ke 0192360579

Bayaran secara bank-in melalui:

MOHD NAZRI BIN SHAHROM - No. Akaun: 112193043534 ( MayBank Berhad )

- Sila sms: Nama-Masa-Jumlah ( selepas urusan ) hantar ke 0192360579

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Maklumat Lanjut Hubungi:

Ustaz Nazri - 0192360579 / Ustaz Othman - 0135287321

Ustaz Hassan - 0133943719 / Ustaz Idris -0135295539
Ustz. Siti Zuraidah - 0192360573 / Ustz. Siti Zubaidah - 0192533681

" BERSAMA MEMARTABATKAN PERUBATAN TIBBUN NABAWI "

1 KELUARGA 1 PERAWAT ISLAM

* Tempat terhad 100 orang peserta terawal sahaja

* Bayaran 50 % utk tempahan pendaftaran.

* Sijil penyertaan dan ijazah amalan disediakan.

* Sebahagian yuran akan di infaq ke dana kebajikan Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah ( PBQS ).

Normal0 falsefalsefalse EN-USX-NONEAR-SA




17 April 2011

Rawatan Dengan Cuka Kurma


Cuka Kurma Ruqyah.. Dapatkan di Sini!


Cuka Kurma Ruqyah – Semua Masalah Perut, Gastrik, Buasir, Bengkak, Kanser, Angin Dalam Perut

Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN,

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi
1) masalah gastrik di perut,
2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),
3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.
4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).
5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa,  6) membersihkan usus (membuang toksik di perut),
7) menguatkan sistem perut (masalah buasir), 8) menghilangkan masalah dahaga (panas badan),
9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya),  10) membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
Cara Penggunaan: 
 1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
 

2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…


Rawatan Sihir:  
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh       

2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun

Jadi sapa2 nak cuka kurma yang telah diruqyah oleh saya boleh dapatkan secara online di :



12 April 2011

Seminar 1 dan 3 Tahfiz Akbar, Kota Tinggi - 9 dan 10 April


solat Magrib Isyak tepi jalan dalam ladang sawit.. kereta rosak

pasukan penyelamat tiba!

Bersama Mudir madrasah Tuan Guru Us Haji Halim

Makan belangkas yang dihidangkan

Makan berjemaah memang barakah!

Barangan Sunnah dan produk KISWAH



bersama Abang Khalid HPA Khalid al Walid Network pakar urut yang merawat saya 5 jam sehingga Subuh...


peserta wanita

Kenangan Seminar Satu

Bersama tuan guru dan cikgu Adib

Makan dalam talam berjemaah... First Time buat cikgu adib

Gambar tamat seminar


Sesi ruqyah


Pembantu saya Syihan dan Syahmi yang berhati mulia!


Syahmi beraksi

Seminar yg tawadduk tetapi barakah!


barang sunnah yang diruqyah


Hadiah kepada mudir.. bersama En Khalid dan pelajar 30 juzuk Thoha..


Ahli keluarga KISWAH


Antara peserta muslimat seminar 1


Assalamualaikum semua,

Saya baru pulang dari ke rumah setelah berseminar 2 hari di Madrasah Tahfiz Al Akbar, Kg Panti, Kota Tinggi, Johor. Walaupun keletihan dengan program dakwah saya berasa syukur dan berpuas hati dengan seminar yang paling banyak meninggalkan kesan kepada saya setakat ini.

7 April Khamis : Menghantar keluarga ke Batu Sawar

8 April Jumaat: Ke pusat rawatan dan mengangkat barang ke kereta rasmi... terus ke Pangsenam mengambil barang dan sarapan di Bera

Meneruskan perjalanan dan sampai ke Teknik Muadzam Sek Cikgu Adib... berehat dan solat Jumaat di Masjid Muadzam Shah

Meneruskan perjalanan dan kereta mula berbunyi.... berjalan 60 kmj dan akhirnya mati di Rompin betul2 di depan sebuah woksyop... Pomen kata kereta dah nazak.. boleh usaha untuk bagi hidup tapi hanya boleh bergerak 60kmj sahaja...

Meneruskan perjalanan...

Kereta makin parah.. bunyi radiator menggelegak sebaik masuk Mersing... berhenti setiap 10 minit...

Solat tepi jalan out of nowhere.... dalam ladang sawit..... pengalaman cukup berharga...

Tiba di sempadan Kota Tinggi kereta dah semakin nazak! Asap keluar dengan banyaknya dari enjin...

Sampai kubu Jepun.. kereta berhenti... Pasukan penyelamat yang dianggotai Us Zaki, Cikgu Ishak dan Us Azhari al Hafiz selamat tiba di tempat kejadian....

Setelah buh minyak hitam..... kereta berjalan lagi dan dihantar ke pomen Kg Makam.. Terus ke pondok Madrasah Tahfiz.. berjumpa Tuan Guru Hj Us Halim mudir madrasah dijamu Ketam Bangkang dua ekor seorang...

Ke Homestay rehat


9 April Sabtu...

4 pagi Us Nazri sekeluarga sampai homestay dari Sg Besar. Bangun, rehat dan sarapan... Terus ke madrasah. Ramai sudah sampai.... ada peserta dari Singapura yang menyertai... Seminar berjalan lancar dan penuh ukhuwwah...

Petang sesi ruqyah beramai2 .. ramai peserta wanita kerasukan dan muntah2.. Us Nazri membacakan ruqyah...

Seminar 1 tamat dengan penuh ukhuwwah,.... Slpas Maghrib, kuliah oleh Us Nazri Mudir Syatibi...

Makan2 di madrasah; Udang Galah special....

Ke JB meninjau zawiyah JB... Balik dgn hampa .. tak jumpa


10 April Ahad

Seminar 3 dgn lebih ramai peserta... Peserta Bandar Mas dan Ulu Tiram berkampun di Madrasah...

Tajuk 4s: Santau saka susuk dan kaedah selusuh memang mendapat sambutan


Sesi ruqyah beramai2... lebih ramai peserta yang kerasukan dan muntah2.. Alhamdulillah bunga2 kesembuhan jelas kesihatan...

Pulang ke homestay dan checkout...

Dijamu tuan rumah makan Nasi beriyani special di Nasi beriyani Gam..

Malam saya merawat di Madrasah. Pesakit lumpuh dan histeria.. Keletihan yang amat sangat tapi digagahkan jua..

Ke kediaman Abang Khalid HPA Khalid al Walid Network.. rawatan kepada saya melalui teknik remdam kaki dengan garam Himalaya dan urut Kriopatik (betul ke eja) diberikan oleh Bro Khalid selama 5 jam.. sehingga ke Subuh...

Abang Khalid yang lembut dan tidak lekok berkongsi ilmu enggan menerima sebarang upah dari saya.. Saya hadiahkan dengan ijazah ruqya dan perubatan bersanadkan Sh Raja Ashman... Maulana Sh Nazim.....

11 April Isnin

Solat Subuh berjemaah di Madrasah.... Kuliah Subuh. Tajuk yang saya berikan... Adab dan amalan Sunnah esp bersugi dan adab2 menuntut ilmu.. Saya petik dari Taalim Mutaallim..

Bersiap untuk pulang.... Wada' bersama pelajar madrasah...

Tak sempai menaiki bas di Larkin... pukul 11 .. Tiket burnt.. Beli tiket jam 4,30....
Menunggu di Terminal sampai pukul 4.30.... Kemudian saya, Syahmi dan Syihan bertolak ke Temerloh.. sampai pada pukul 10 malam...

Dijemput oleh Pak Kasim........

Alhamdulillh Seminar ini berlangsung dengan jayanya berkat mujahadah dari ajk, peserta dan doa anda semua./

Sekalung perhargaan kepada Us Zaki sebagai mastermind program ini beserta sahabat dari Lok 9, HPA, Tahfiz al Akbar dan KISWAH... yang bertungkus lumus menjayakan program ini..

Semoga Dakwa Tersebar... Ini adalah seminar yang paling diingati oleh saya.......

Pada hari ni ; kereta saya telah dilamar Us Azhari dgn niat khidmat untuk madrasah dan saya melepaskannya kepada beliau dengan berbesar hati.. Semoga kereta tersebut dapat digunakan untuk khidmat kepada Al Quran, perubatan Islam dan anak bangsa.

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

06 April 2011

Jangan Lupa Seminar KISWAH di Kota Tinggi Sabtu dan Ahad Ini!!!


"Bersama Sebarkan Cinta"


Assalamualaikum semua...

Kepada semua peserta yang sudah mendaftar, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Seminar KISWAH di Maahad Tahfz al Akbar Kg Panti Kota Tinggi pada hari Sabtu dan Ahad hujung minggu ini...

KISWAH mengucapkan ahlan wa sahlan dan semoga perjalanan anda ke tempat program selamat dan dipermudahkan Allah..

Insya Allah kami akan bertolak pada pagi esok lebih kurang 8.30 pagi Jumaat. Doakan perjalanan kami selamat. Insya Allah saya akan ke Muadzam terlebih dahulu dengan pembantu saya Syahmi dan Syihan. Di sana kami akan bertemu Cikgu Adib dan menyambung perjalanan ke Kota Tinggi selepas Solat Jumaat....

Semoga seminar pada kali ini berjalan dengan lancar dan direstui Allah... Semoga Allah Taala memurnikan niat kami berdakwah semata2 kerana Allah...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

06 March 2011
Seminar KISWAH Modul 1 dan 3 di Kota Tinggi 9 dan 10 April


Bersama Sebarkan CINTA


Seminar Rawatan Islam Ruqyah Syari'yyah 2011

tarikh :
9 april 2011 , sabtu,modul 1 (rm60)
10 april 2011,ahad, modul 3 (rm 60 )


TEMPAT
Maahad Tahfiz al Akbar Kg Panti Kota Tinggi


Moodul oleh:
pusat rawatan islam KISWAH Rukyah Syariyyah.

Anjuran bersama:
MADRASAH Tahfiz Al- Akbar,Kg Panti,Kota Tinggi
&
Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9,JOHOR.
&
PERUBATAN JAWI,(khaleed al waleed network).\


SEGERA hubungi:
Ustaz Mohd Zaki 0177600775 ( PENYELARAS)
Ustaz Azhari 0197013812 (Madrasah Tahfiz al-Akbar)
Cikgu Kamal 0127259255( Silat Melayu Lok 9,Johor )
PJS Khalid Bin Salim 0127560331 ( Perubatan JAWI )


" BERSAMA MEMARTABATKAN PERUBATAN TIBBUN NABAWI "

1 KELUARGA 1 PERAWAT ISLAM

Tempat terhad 50 peserta sahaja.

* penginapan utk individu/keluarga terhad.tempahan awal diutamakan.

* bayaran 50 % utk tempahan pendaftaran.

* sijil penyertaan dan ijazah amalan disediakan.

* syarat utk menyertai modul 3 mesti menyertai modul 1 dan 2

* sebahagian yuran akan di infaq ke dana kebajikan pelajar madrasah tahfiz al-akbar,kg panti,kota tinggi.

Harap SEBAR-SEBARKAN!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Wahhabi Talibarut British Freemason 2

(sambungan) Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Abdul Wahab adalah instrumen yang sesuai yang boleh digunakan mereka untuk membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap soal undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat Islam.

Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.

Syeikh Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Abd Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Satu tahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila Britsh Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama-ulama boneka Wahabi.


Kontraktor-kontraktor boneka mula diberanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya membina masjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai suatu projek mempromosi aktiviti “Bunuh Diri Untuk Agama” di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam ialah Osama anak kepada Laden.

Osama yang berfahaman Wahabi ini tahu strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat ia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000. Kenapa pasukan Mujahidin di Afghanistan senang menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia. Cuma yang menyedihkan adalah pasukan Mujahidin yang berhati mulia di sana tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon terhandal keluaran Freemason iaitu Rothschild.

Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan Keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi Keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild. Matlamat tercapai, untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek, adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos-kos pembinaan masjid seluruh Arab Saudi.

Dalam 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik berbincang tentang peranan beliau dalam agenda One World Government sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka-boneka rangkaian Illuminati.

Diterjemah dan diubahsuai dari artikel David Livingstone, penulis buku The Dying God: The Hidden History of Western Civilization

*Tidak semestinya catitan ini adalah pendapat www.rawatanislam2u.com

Rujukan:

05 April 2011

Wahhabi Talibarut British Freemason

pyramid_dollar
Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.

Barat dan Islam mempunyai era yang panjang dalam kesesuaian antara mereka, namun sejarah telah diubah untuk menjana mitos “Pertembungan Ketamadunan” (Clash of Civilazation).

Dalam perancangan untuk membakar sentimen Barat untuk menentang Islam, kesemua perhatian kita telah difokuskan ke arah sifat-sifat Wahabi yang fanatik, atau lebih spesifik, kita diarah memperkatakan tentang individu yang direka personalitinya oleh golongan Freemason iaitu Osama bin Laden.
Peter D. Goodgame
Penulis Buku Konspirasi Politik

Bagaimanapun, menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara Pecah dan Perintah (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.
Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.

Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat 'fanatik' dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.

Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaan,

Bagaimanapun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, Brish amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.

RUJUKAN










bersambung…

04 April 2011

Mesyuarat Agung Ahli Majlis Tertinggi KISWAH


Assalamualaikum semua...

Atas cadangan semua dan pertimbangan beberapa perkara yang perlu diperbincangkan maka dgn ini saya menjemput semua ahli majlis tertinggi forum KISWAH RUQYAH untuk:

MESYUARAT AGUNG PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

(Sabtu malam Ahad 23 April kelas di pusat rawatan 9 pm)

24 April 2011 bersamaan hari Ahad

9 pagi

Pusat Rawatan KISWAH Temerloh


* Agenda akan disediakan oleh saya...

-Semua ahli majlis tertinggi dijemput hadir.

03 April 2011

Harapan Baru utk Pesakit Kanser: Jus Delima + Minyak Zaitun + Jus Bawang



1) Jus Delima

Sesiapa nak jus delima ruqyah (yang diruqyah saya sendiri) secara online sila ke:




Jus Delima Ruqyah
Buah Delima dan Rawatan Kanser Payudara : Satu Harapan Baru,


Ketua Penyelidik dari Beckman Research Institute of City of Hope, Amerika Syarikat Profesor Dr. Shiuan Chen telah membuat satu kejutan penemuan baru dunia sains mengenai buah delima. Buah delima didapati menganduni penghambat enzim (Enzyme Inhibitor), sekaligus menjadikan ia berfungsi melemahkan kanser payudaya dengan membataskan perkembangan estrogen.

Hasil eksperimen makmal menunjukkan bahwa delima (pomegranate) mengandung sebatian kimia yang mampu mengurangi risiko terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara disamping dapat mengelakkan risoko jantung.

Delima yang rasanya segar dan manis ini mengandung fitokimia dan tinggi kandungan polifenol antioksidan. Jika seorang wanita sudah tidak lagi memproduksi hormon estrogen, maka risiko kanser payudara akan menurun iaini sama dengan yang disebabkan oleh kandungan fitokimia yang diperolehi melalui pemakanan delima.

Walaubagaimana pun para penyelidik belum dapat memastikan jumlah dos yang efektif untuk mencegah kanser payudara kerana sebatian kimia yang berasal dari makanan tidak mudah diserap oleh tubuh manusia.

Namun, para ahli mengatakan meminun jus dari sari buah delima adalah amat baik, apalagi kandungan antioksidan dalam satu gelas delima lebih banyak dibanding dengan satu gelas teh hijau atau jus oren.

Inilah kebesaran Allah. Setiap penyakit ada ubatnya iaini akan ada elemen yang membawa kesembuhan kepadanya kecuali MATI. Antara tumbuhan lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah delima sebagai penghambar enzim adalah cendawan. Kumpulan penyelidik Dr. Shiuan juga mengkaji kemungkinan rawatan kanser payudara dengan menggunakan ekstrak bahan dari cendawan selain buah delima! Saya amat pasti dengan meruqyah ekstrak buah delima atau cendawan akan menambahkan lagi kemujarapan bahan-bahan tabii kurniaan Allah SWT ini....

Lagi Maklumat Buah Delima dari Laman Sesawang KL-TODAY untuk di kongsi......

Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata.

Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.

Khasiat buah Delima

1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3. Cara memanfaatkan Delima

Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari

Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam. Perut Kembung – Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.

Menurunkan berat badan – Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.


2) Minyak Zaitun!:

Sila ke: untuk minyak zaitun syam ruqyah!:





Minyak zaitun ruqyah Syam as Syarif
Al Quran:

1) Firman Allah Taala:

“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...

Antara kegunaan minyak zaitun (sesetengahnya adalah anjuran guru saya):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:

4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....

..... dan 10 001 lagi khasiat...... apalagi kalau dibacakan ruqyah syariyyah....

Dengan itu, TAQ Pahang memperkenalkan:

MINYAK ZAITUN RUQYAH SYAM AS SYARIF 250 ml

Minyak zaitun ini telah diterapi oleh Ustaz Hayat dengan ayat al Quran dan doa-doa khas untuk kesihatan anda!!!

3) Jus Bawang

Tambahan: Menurut Maulana Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani bagi pesakit kanser hendaklah minum jus bawang sebiji sehari 1 jam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. Bawang yang terbaik adalah bawang Holland berwarna kuning dan berkulit emas. Jus sebaiknya didapati dari mesin 'juicer' (fruit extractor) dan bukan blender...

Selamat Mencuba!!!

01 April 2011

Jawapan kepada obesiti; 1001 khasiat cuka esp cuka epal cider ruqyah!

Assalamualaikum semua!


Cuka Epal Ruqyah! Dapatkan di sini!~!!!~


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

Cuka Epal Ruqyah – Menguruskan Badan Secara Sunnah, Tenaga Badan, Darah Tinggi, Kolestrol

Nabi saw memakan roti bercecahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum makan apa2 adalah cara rawatan Tibb Nabawi yang AJAIB!!!  Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir. Merupakan makanan sunnah rasulullah saw...

Dalam perubatan Islam:

1) Amat baik untuk rawatan Santau Makan
2) Santau atau sihir merosakkan kulit

Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
4. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
5. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

Jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional, epal cider adalah jawapannya. Kita agak bimbang dengan kesan jangkamasa panjang pelbagai ubat kurus baru dicipta yang terdapat di pasaran. Pengambilan Cuka plus madu, beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional. Kepada yang tidak mengalami berat badan yang berlebihan jangan risau, pengambilan apple cider tidak akan menjadikan anda kurus kering kerana yang dipecahkan adalah lemak bukan tisu otot anda.

Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Cara Penggunaan: 
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…





Rawatan Sihir:  
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh     
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun


Sila dapatkan khal (cuka) epal anda di online kami:

klik di sini untuk membeli secara online

30 March 2011

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM??? -Risalah: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM


KLIK UNTUK BESAR DAN BACA!!!


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM???
-Risalah: Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Amalan Perubatan Tradisional

Seperti yang kita semua maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi.

Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya jampi.

Amalan Jampi Dalam Perubatan

Sabda Nabi Muhammad saw:

Maksudnya: Dari Auf bin Malek berkata: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahliyyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Baginda bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi jampimu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selagi mana tidak mengandungi hal-hal syirik.

Menurut Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab Fatawa al Muasarah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:

1) Ia mestilah disasarkan kepada Allah Taala dan nama2Nya yang mulia.

2) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata (bahasa) syang boleh difahami maksudnya.

3) Beriktikad bahawa ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah Taala jua.


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

Jampi yang diharamkan

Merupakan jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik,pemujaan jin,syaitan,menggunakan ilmu hitam atau sihir,mengandungi bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk seperti jampi yang dimulakan dengan bacaan bismillah , atau alhamdulillah dan disebut dengan nama hantu atau jin kemudian disudahi dengan ucapan ``Berkat kata lailahaillallah Muhammadar rasulullah``atau seumpamanya.

Selain itu, amalan seperti menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri iaitu ilmu kebal, ilmu pengasih ,ilmu pelemah hati ,ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran islam.

Allah telah berfirman dalam surah Yunus: Ayat 106, yang bermaksud:
``Dan janganlah engkau menyembah atau memuja selain dari Allah,yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudharat kepadamu.Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).``



Contoh amalan perubatan tradisonal yang tidak mengikut syariat islam.

1. Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin islam) dalam melakukan perawatan.

2. Pengamal menggunakan ilmu sihir,ilmu hitam,silap mata,tukang nujum dan ramalan tapak tangan.

3. Pengamalkan mengaitkan sesuatu pengeras dengan sesuatu akibat.

4. pengamal melakukan sesuatu perkara yang syirik seperti menyembelih binatang,sembah pantai,buang ancak dan lain-lain.

5. Pengamal menggunakan jampi yang tidak difahami.

6. pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat-ayat al-quran.

7. Pengamal membaca ayat al-quran secara terbalik.

8. Pengamal memberi syarat yang bercanggah pada aqidah,syariah dan akhlak kepada pesakit.Seperti pesakit wanita perlu bersndirian dengan pengamal.

9. Pengamal mengaitkan amalannya berkaitan dengan amalan rasulullah S.A.w dan al-quran tetapi tiada bukti yang kukuh.

10. Pengamal melakukan ilmu sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan bius. Contohnya pembedahan batin.



AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.



APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.



FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.

RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...