**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 March 2011

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM??? -Risalah: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM


KLIK UNTUK BESAR DAN BACA!!!


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM???
-Risalah: Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Amalan Perubatan Tradisional

Seperti yang kita semua maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi.

Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya jampi.

Amalan Jampi Dalam Perubatan

Sabda Nabi Muhammad saw:

Maksudnya: Dari Auf bin Malek berkata: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahliyyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Baginda bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi jampimu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selagi mana tidak mengandungi hal-hal syirik.

Menurut Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab Fatawa al Muasarah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:

1) Ia mestilah disasarkan kepada Allah Taala dan nama2Nya yang mulia.

2) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata (bahasa) syang boleh difahami maksudnya.

3) Beriktikad bahawa ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah Taala jua.


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

Jampi yang diharamkan

Merupakan jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik,pemujaan jin,syaitan,menggunakan ilmu hitam atau sihir,mengandungi bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk seperti jampi yang dimulakan dengan bacaan bismillah , atau alhamdulillah dan disebut dengan nama hantu atau jin kemudian disudahi dengan ucapan ``Berkat kata lailahaillallah Muhammadar rasulullah``atau seumpamanya.

Selain itu, amalan seperti menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri iaitu ilmu kebal, ilmu pengasih ,ilmu pelemah hati ,ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran islam.

Allah telah berfirman dalam surah Yunus: Ayat 106, yang bermaksud:
``Dan janganlah engkau menyembah atau memuja selain dari Allah,yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudharat kepadamu.Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).``



Contoh amalan perubatan tradisonal yang tidak mengikut syariat islam.

1. Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin islam) dalam melakukan perawatan.

2. Pengamal menggunakan ilmu sihir,ilmu hitam,silap mata,tukang nujum dan ramalan tapak tangan.

3. Pengamalkan mengaitkan sesuatu pengeras dengan sesuatu akibat.

4. pengamal melakukan sesuatu perkara yang syirik seperti menyembelih binatang,sembah pantai,buang ancak dan lain-lain.

5. Pengamal menggunakan jampi yang tidak difahami.

6. pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat-ayat al-quran.

7. Pengamal membaca ayat al-quran secara terbalik.

8. Pengamal memberi syarat yang bercanggah pada aqidah,syariah dan akhlak kepada pesakit.Seperti pesakit wanita perlu bersndirian dengan pengamal.

9. Pengamal mengaitkan amalannya berkaitan dengan amalan rasulullah S.A.w dan al-quran tetapi tiada bukti yang kukuh.

10. Pengamal melakukan ilmu sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan bius. Contohnya pembedahan batin.



AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.



APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.



FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.

RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...