13 September 2011
Open House KISWAH 11 dalam kenangan
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, dengan inayah
iradah dan qudrah Allah Taala akhirnya Open House KISWAH berjaya dilangsungkan
dengan penuh mahabbah dan mawaddah.
Majlis yang serba serbi
kekurangan ini digilang gemilangkan dengan alunan maulid dan qasidah dari pagi
hingga ke petang oleh kumpulan maulid “Cinta Kasih Rasul” di bawah pimpinan
Cikgu Adib al Qadahi. Terima kasih kepada Cikgu Adib dan Wan Amirul Syafiq yang
berjaya menghidupkan roh Aasyiqur Rasul sepanjang majlis berjalan.
Majlis diserikan juga dengan
kehadiran hampir 300 lebih tetamu dari pagi hingga ke malam yang terdiri dari
sanak keluarga terutamanya ibu bapa tercinta, adik beradik, ibu mertua, ipar
duai dan sahabat2 seperjuangan dari pelbagai background sejarah sepanjang
perjalanan dakwah saya yang tidak seberapa ini.
Alhamdulillah majlis disertai
juga dengan kehadiran ahli keluarga KISWAH seperti Pak Kasim, Pak Cik Mat Saed,
Abang Wan Hospital, Ir Kamarul, keluarga al Marhum SB Abang Zahari, adik2 bekas
badan dakwah Khairiah dan Maahad SAS, Azhari dan Hanisah serta ahli keluarga
Aura Imtiyaz serta anak murid saya dari jauh JURUS Madrasah Tahfiz al Akbar dan
al Jauhar Kota Tinggi Us Azhari dan Imam Redzuan serta sahabat2 dari syarikat2
yang berjiran dengan pusat rawatan. Tidak kurang pula kunjungan dari sahabat
Naqshbandi; Altaf dan keluarga ke pusat rawatan kami.. Begitu juga sahabat seperjungan yang aktif berjuang mempromosikan KISWAH di internet; Us Zul, Faizah Jah dan adik beradiknya yang sanggup meluangkan masa hadir ke majlis kami... Sahabat seperjuangan
sepanjang zaman dari dahulu, Us Khari dan keluarga, Us Rahmat dan isteri serta
ramai lagi yang hadir ke rumah terbuka kami.. Terima kasih!
Dikesempatan ini saya ingin
mengucapkan tahniah dan infiniti terima kasih kepada bidadari tercinta selaku
pengarah dan master mind program pada kali ini; zaujah yang tercinta, juga
kepada Cikgu Syikin yang merupakan ibu angkat zaujah dan Abang Zul serta
anakanda mereka yang merupakan pembantu setia saya’ Us Lukman dan Us Thoha al
Hafiz yang baru berkhidmat di KISWAH, serta semua yang terlibat menjayakan
secara langsung atau tidak open house kali ini; yang saya tidak sempat ‘listkan’
di sini.
Saya dengan rasa rendah diri
memohon infiniti ampun dan maaf kepada semua hadirin hadirat sekiranya terdapat
kelemahan sepanjang layanan kami kepada semua…
Walaupun kepenatan; sampai
terpaksa balik 12 malam lebih untuk mengemas dengan anak2 murid serta isteri…
namun hati berasa puas tidak terhingga kerana dapat berjuang menyediakan wadah
bersilaturrahmi dan menjamu para muslimin di jalan Rabbul Jalil… Alhamdulillah….
Sehingga kepenatan dan segala kepunyaan yang dikorbankan terasa nyaman dan
damai serta menenangkan hati…. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah….
Terima kasih kepada guru yang
sentiasa mendoakan kami anak2 muridmu… berkat doa gurulah maka alhamdulillah
program ini berjaya dengan rahmatNya jua…
Doakan kami sekeluarga, bahagia
dan sihat senantiasa, dimurah rezeki oleh Allah dan dikurniakan kemuliaan di
dunia dan akhirat.. Semoga Allah memurnikan niat kami lagi dan lagi agar hidup kami dan perjuangan KISWAH dimuliakan Allah lagi dan lagi.... Amin Ya Rabb
Jangan lupa Open House kami tahun
depan…
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
p/s: Program terdekat; kenduri
majlis korban KISWAH… Saya akan maklumkan nanti.
12 September 2011
Rawatan Mendapat Cahayamata dan selalu keguguran
![]() |
| Semoga Pasangan yang Datang Berubat di KISWAH dianugerahkan Allah cahayamata. |
TIADA CAHAYAMATA DAN SELALU KEGUGURAN – minyak zaitun, minyak habbatus
sawda’, madu
1)
Baca
kepada semua bahan2 ini; al Fatihah, Ayatul Kursiy, akhir al Baqarah dan akhir
Ali Imran serta 3 Qul atau al Muawwizat dan selawat:
2)
Minyak
zaitun: Di sapu di anggota kelamin suami dan isteri semasa hubungan kelamin.
3)
Minyak
habbatus sawda’: Sapu di dahi, di sepanjang tulang belakang, di pinggang
(diurut secara huruf ‘M’ selama 3 minit kepada pasangan masing2.
4)
Madu:
Diminum sesudu bercampur air ruqyah sejam sebelum makan apa2 dan dua sudu
setengah jam sebelum hubungan selama 3 bulan berturut.
5)
Doa:
Selepas solat baca: Surah al Anbiya’ ayat 30 dan 89, Ali Imran ayat: 38.
6)
Bernazar
sekiranya dapat cahaya mata akan berpuasa sehari / umrah / kenduri kesyukuran
7)
Selepas
Subuh: Baca Surah as Soffat dan sebelum tidur baca Surah al Maarij.
8)
Bersedekah
setiap hari dengan niat kesembuhan, dan terangkat ujian yang payah.
9) Kalau selalu keguguran, hendaklah diruqyah kerana dikhuatiri ada gangguan dalam tubuh badan dan selalu amalkan Surah as Soffat setiap hari apabila mengetahui diri sudah berbadan dua.
9) Kalau selalu keguguran, hendaklah diruqyah kerana dikhuatiri ada gangguan dalam tubuh badan dan selalu amalkan Surah as Soffat setiap hari apabila mengetahui diri sudah berbadan dua.
Untuk membeli bahan makanan nabawi tersebut; sila ke www.deanjungkiswah.com
Labels:
rawatan islam
11 September 2011
Kisah rawatan yang berakhir dgn ambulans di pusat rawatan
Assalamualaikum...
Hari ini dalam sejarah...
Sesi rawatan di Kiswah pada hari ini berakhir dengan ambulans datang ke pusat rawatan dan mengambil pesakit dan membawanya ke hospital. Inilah pertama kali ambulans datang ke pusat rawatan apabila pesakit yang datang masalah yang dialaminya agak kritikal....
Sebelum ini pernah berlaku kejadian yang mana seorang atuk yang berkeras tidak mahu ke hospital sedangkan sakitnya sudah kritikal terpaksa dihantar oleh saya ke bahagian kecemasan.. Rupa2nya yang di dakwa pesakit tersebut sebagai jin menghempap dadanya, adalah disebabkan sakit jantung yang disahkan doktor pada waktu itu sebagai separa kritikal...... Atuk yang keras hati tadi yang mengatakan ini adalah buatan orang akhirnya akur apabila saya sendiri menghantarnya ke wad kecemasan...
Berkenaan insiden petang tadi, pesakit dibawa ke pusat rawatan oleh anak2nya dari Terengganu... sehingga anaknya yang berkerja di Kedah pun balik menjengok bonda tercinta...
Saya berasa hairan kenapa tidak dibawa ke hospital sedangkan keadaan, bak berdiri, duduk malah membuka mata pun sudah tidak larat... maka dijawab oleh si anak, 'Mak takde sakit2 hospital ni berdasarkan medical check up yang lepas2...'
Nak dijadikan cerita, saya pun membuat air ruqyah untuk mandian air ruqyah ais dan pesakit dimandikan lalu muntah.. Pesakit diruqyah dan menunjukkan tanda2 gangguan dan kepalanya terasa sakit yang amat sangat...
Setelah rawatan saya menasihatkan agar keluarga pesakit membawanya ke hospital.... Menurut hemat saya, benar dia ada gangguan tetapi tidak serius dan tidaklah sampai mengakibatkan kesakitan sebegini... Saya berasa musykil sehingga keadaannya sebegitu rupa... paling kurang dibawa ke hospital dan paling baik di'scan' atau MRI manalah tau ada penyakit ketumbuhan, kanser dan saraf yang wajar dirawat dengan kaedah moden juga yang ternyata belum pernah dilakukan ke atas beliau...
Saya menyatakan bahawa tindakan mereka betul dengan membawa bonda tercinta ke KISWAH dari jauh.. tetapi dalam masa yang sama perlulah dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan dan kajian yang terperinci... saya menyatakan juga bahawa pada kebiasaannya pesakit dibawa kepada saya setelah putus asa merawat di hospital dan pihak doktor sendiri menganjurkan agar dirawat secara alternatif....
Namun, kalau hendak dibawa kepada saya pun tidak mengapa tetapi perlulah disusuli dengan medical check up di hospital... dalam insiden ini.... saya pun berasa terkejut kerana dalam keadaan prestasi kesihatan si ibu begitu kronik masih tidak dibawa ke hospital tetapi, instead of that membawanya berjumpa saya...
Saya berada di sisi pesakit ketika keluarga disoal siasat oleh kakitangan ambulans.... barulah saya tahu apabila anaknya membuat perakuan bahawa bonda sudah beberapa hari tak makan.... Sekiranya saya tahu dari awal... saya sudah tentu mengarahkan agar pesakit di bawa ke hospital untuk 'masuk air' dsb.... Saya menganjurkan agar keluarga memahami pendirian saya dan tidak terlampau berkiblatkan perubatan makhluk halus / bomoh / gangguan jin semata2.....
Adapun bawa kepada saya terus dalam keadaan begitu tidaklah salah.. cuma sekiranya berlaku kematian dan sebagainya.. khuatir ada dakwa dakwi dan siasatan lanjut dari pelbagai pihak....
Ada juga pesakit yang terkena serangan jantung semasa proses ruqyah..... jadi perawat perlulah berhati2..... malah ada juga pesakit yang menemui Allah sehari selepas rawatan..... Ajal dan maut di tangan Tuhan...
Ada beberapa pengajaran kepada perawat baru dan peringatan kepada saya;
1) Pastikan kondisi pesakit.. jikalau nampak kritikal... silalah nasihatkan bawa ke hospital terlebih dahulu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di pusat rawatan..
2) Kenalpasti penyakit pesakit.... lemah jantung, baru operate, mengandung, kecederaan tulang belakang, kecederaan fizikal, reput tulang, bengkak etc hendaklah dikenalpasti.. takut sesetengah kaedah seperti tepuk, mandi ais, dibiarkan duduk melunjur dsb tidak sesuai untuk pesakit...
3) Cepat mengambil tindakan sekiranya berlaku keadaan di mana pesakit semain kritikal semasa rawatan... Eloklah kita sendiri menelefon ambulans atau menyuruh keluarga pesakit membawanya segera ke hospital...
... Saya berharap agar keluarga pesakit yang membaca tulisan saya ini bersikap terbuka.. Menyalahkan sesiapa bukan agenda saya....san saya yakin keluarga terbabit akan membaca tulisan saya ini.... Saya berterima kasih kerana memberi saya peluang merawat bonda kalian...Seperti yang saya katakan kepada ayahanda kalian.. dua2 kena cuba; pendekatan bersepadu.. membaca ruqyah pun kena diikhtiarkan.. rawatan moden pun perlu... Saya doakan semoga cepat sembuh..
Semua pembaca setia blog.. Sama2lah kita membaca al Fatihah dengan niat kesembuhan makcik yang saya kesahkan di sini.... AL FATIHAH!.....
* 'Pengalaman adalah satu pengajian ajaib yang tidak didapati dari mana2 kitab..'

Semoga lekas sembuh.. Amin ya Rabb...
Labels:
pengajaran
10 September 2011
Ciri-ciri ringkas fahaman dan orang yang berfikir macam Wahhabi
Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi
Assalamualaikum Warahmatullah.
PENGENALAN
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap
ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun
golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu
berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya
samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara
mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info
dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya
juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan
Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.
Di sini saya cuba memberikan
beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua
bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan
artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan
Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang
sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan
ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut
lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah
cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca
bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para
ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.
Antara cara-cara mudah mengenali
mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit
tempias dari fahaman Wahabi adalah:
Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.
Dari Sudut FIQH:
01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.
Dari Sudut MANHAJ:
01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.
PENUTUP
Hampir keseluruhan artikel ini
saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang
sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih
natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan
mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat
Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah
Taala. Aminnn.
‘Memberi dan Berbakti’
Sekian. Wallahualam.
p/s: Marilah kita check diri kita, adik beradik, sedara mara dan rakan2 kita kot2 ada yang berfahaman sebegini dan berhati2lah....
09 September 2011
Persediaan rumah terbuka KISWAH 2011
Assalamualaikum..
Alhamdulillah dengan izin Allah, dengan rahmat dan rezekinya serta berkat doa guru, ibu bapa dan kawan2.. bolehlah kami decorate sedikit sebanyak pusat rawatan semata2 untuk menyambut tetamu pada rumah terbuka KISWAH 10 Sept esok...
Semoga tetamu berasa selesa dan tenang apabila berada di KISWAH..
Ahlan bikum wa sahlan bikum .. Jangan lupa esok naaa.....
Link : Open House
07 September 2011
Wong Fei Hung Pendekar Cina-Muslim Terulung
Saya
yakin ramai di antara kita di Malaysia ini yang mengenali Wong Fei
Hong. Watak pendekar Wong Fei Hong, lakonan Jet Li banyak keluar dalam
filem-filem kungfu yang hebat seperti Once Upon in China I, II dan III.
Persoalan yang ingin penulis utarakan ialah, adakah benar Wong Fei Hung
itu seorang Cina Muslim? Jawapannya ya. Namun yang menyedihkan identiti
Muslimnya itu di'padam'kan oleh pengarah-pengarah filem yang dengki
dengan kebenaran Islam.
Wong Fei Hung lakonan Jet Li
Selama
ini kita hanya mengenali Wong Fei Hung sebagai jagoan Kungfu dalam
filem “Once Upon A Time in China”. Dalam filem tersebut, karakter Wong
Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah
sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli
Perubatan, dan Lagenda Seni Beladiri yang namanya ditetapkan sebagai
Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China
sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang
muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga Muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara nama Hung juga merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila disebut dalam bahasa Arab, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Harus di ingat gelaran Fei ini juga merujuk kepada orang-orang Cina Muslim di negara kita seketika dahulu, kumpulan Hai San di Perak.

Wong Kay-Ying merupakan seorang
ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri
Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan
(Harimau) Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari
diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu
perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran
budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan
membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Disebabkan
itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong
yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang
tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap
membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga
Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku,
ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga
Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan
Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas.
Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang
merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti
Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota
keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah
bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah
menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya
dasar-dasar Jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan
Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar
ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang
seguru Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang
terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan
Dinasti Ch’in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan
bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang
dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).
Jika pemerintah Ch’in tidak
meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing seperti Rusia,
Inggreis, Jepun, pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu pasti akan
berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in. Setelah berguru kepada Luk
Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru dengan ayahnya sendiri hingga
pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri
terkemuka. Bahkan beliau juga telah berjaya mengembangkannya menjadi
lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin
sulit ditandingi ketika beliau berjaya memcipta jurus baru yang sangat
taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan
Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir
menggunakan pelbagai senjata.
Masyarakat Canton pernah
menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana beliau seorang
diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30
orang jagoan pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton yang
mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai
dugaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan
mafia Canton .
Wong Fei-Hung berkahwin tiga
kali karana isteri-isterinya meninggal dalam usia yang pendek. Setelah
isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup
sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang
perempuan muda yang kebetulan juga seorang ahli beladiri. Mok Gwai Lan
ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan
turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan
suaminya. Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun.
Masyarakat Cina, khususnya di
Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum
mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan
mereka. Sesiapa dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin,
akan ditentangnya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang
dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan
meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang
hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada
seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima
di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi
kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin. (Tidak menghairankan
sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China digambarkan sebegitu
rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China).
Drs. Khalil Idham Lim
Drs. Khalil Idham Lim
06 September 2011
Seminar Rawatan Islam (2) Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Klinik di Sg Besar 1 Okt 2011
![]() |
| Seminar Pada Kali Ini Dianjurkan Oleh Pusat Bimbingan Al Quran Syatibiyyah al Fadhil Ustaz Nazri Al Hafiz. |
KURSUS RAWATAN ISLAM
“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 2 )”
Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus
Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.
ANJURAN : PUSAT BIMBINGAN AL-QURAN SYATHIBIYYAH
http://zuyyinqiraat79.blog
YURAN PENYERTAAAN : RM 80.00
TARIKH : 01 OKTOBER 2011 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT : Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah
PT.1106 No.14 Tingkat 1, Jalan Gemilang Satu, Tmn. Gemilang,
Sg.Besar, Selangor D. Ehsan
TENTATIF PROGRAM
Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus
Masa/Hari Sabtu ( 01/10/2011 )
7.30 pg - 8.30 pg Pendaftaran Peserta
8.30 pg - 10.30pg Sihir Perkahwinan /Andartu/ Ta’tiluz Zawaj & Kaedah Rawatan
Mandul/ Sihir Jerut Zakar/ Tiada Anak & Kaedah Rawatan
Anak Nakal/ Penerang & Pelembut Hati & Kaedah Rawatan
10.30 pg - 11.00 pg Rehat / Minum Pagi
11.00 pg - 12.00 tgh Anak / Isteri / Suami lari & Kaedah Rawatan
Sihir Penceraian/ Pergaduhan/ Pendamai Rumahtangga & Kaedah Rawatan
Amalan Pendinding
12.00tgh- 12.30tgh Tayangan Perubatan Islam & Ulasan Konsep Perubatan Islam
12.30 tgh - 2.00 ptg Rehat/ Makan Tgh / Solat Zohor
2.00 ptg - 4.30 ptg Simulasi Perubatan Kaedah Ruqyah Syariyyah & Pengijazahan Bacaan Ruqyah Syariyyah serta Amalan Pendinding
4.30 ptg - 5.00 ptg Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah
……………………………………………………………………
KLINIK RAWATAN ISLAM
Perawat : A.F Ustaz Hayat Al-Azhari
( Pengarah & Pengasas )
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
Sila call dahulu sebelum datang dan sedikit bayaran sebagai kos rawatan
TARIKH : 02 OKTOBER 2011 ( Ahad )
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT : Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah.
……………………………………………………………………
Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > KRIM2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0192360579
Cth: KRIM2 MOHD NAZRI SHAHROM 777777107777 SG.BESAR
Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…
Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:
019-2360579 ( U.Nazri )
019-2360573 (U.Siti )
013-5287321 ( U.Othman )
Labels:
berita,
seminar dan ceramah
05 September 2011
Al Fatihah kepada Abah Anom TQN
![]() |
Hadrotu Syaikh KH. A. Shohibulwafa Tajul Arifin r.a.atau Abah Anom |
INNALILLAAHI WA INNA ILAIHI ROOJI’UUN
Telah Berpulang ke Rahmatullah Hadrotu Syaikh KH. A. Shohibulwafa Tajul Arifin r.a. seorang tokoh agama yang hebat di Indonesia dan pemimpin dan Mursyid kepada Tarekat Naqsyabandiyyah Qadiriah; pada hari Senin, 5 September 2011 / 6 Syawal 1432 H pukul 11.50 di Rumah Sakit TMC Tasikmalaya. (berita dari www.http://suryalaya.org/)
TASIKMALAYA, — Pimpinan pondok pesantren Suryalaya, Tasikmalaya, KH Sohibulwafa Tahul Arifindi atau yang dikenal dengan panggilan Abah Anom, Senin (5/9/2011) pukul 11.55 meninggal dunia dalam usia 96 tahun.
Abah Anom mengembuskan napas terakhir dalam perawatan di Tasikmalaya Medical Center (TMC). Saat berita ini diturunkan, ribuan santri dan tokoh masyarakat Tasikmalaya terlihat berdatangan.
Prosesi pemandian jenazah saat ini sedang dipersiapkan. Sementara itu, belum diperoleh keterangan mengenai rencana pemakaman almarhum.
Al Fatihah kepada al Marhum...
Sedikit Riwayat Hidup Al Marhum...
KH. A Shohibulwafa Tajul Arifin yang dikenal dengan nama Abah Anom, dilahirkan di Suryalaya tanggal 1 Januari 1915. Beliau adalah putra kelima Syaikh Abdullah bin Nur Muhammad, pendiri Pondok Pesantren Suryalaya, dari ibu yang bernama Hj Juhriyah. Pada usia delapan tahun Abah Anom masuk Sekolah Dasar (Verfolg School) di Ciamis antara tahun 1923-1928. Kemudian ia masuk Sekolah Menengah semacan Tsanawiyah di Ciawi Tasikmalaya. Pada tahun 1930 Abah Anom memulai perjalanan menuntut ilmu agama Islam secara lebih khusus. Beliau belajar ilmu fiqih dari seorang Kyai terkenal di Pesantren Cicariang Cianjur, kemudian belajar ilmu fiqih, nahwu, sorof dan balaghah kepada Kyai terkenal di Pesantren Jambudipa Cianjur. Setelah kurang lebih dua tahun di Pesantren Jambudipa, beliau melanjutkan ke Pesantren Gentur, Cianjur yang saat itu diasuh oleh Ajengan Syatibi.
Dua tahun kemudian (1935-1937) Abah Anom melanjutkan belajar di Pesantren Cireungas, Cimelati Sukabumi. Pesantren ini terkenal sekali terutama pada masa kepemimpinan Ajengan Aceng Mumu yang ahli hikmah dan silat. Dari Pesatren inilah Abah Anom banyak memperoleh pengalaman dalam banyak hal, termasuk bagaimana mengelola dan memimpin sebuah pesantren. Beliau telah meguasai ilmu-ilmu agama Islam. Oleh karena itu, pantas jika beliau telah dicoba dalam usia muda untuk menjadi Wakil Talqin Abah Sepuh. Percobaan ini nampaknya juga menjadi ancang-ancang bagi persiapan memperoleh pengetahuan dan pengalaman keagaman di masa mendatang. Kegemarannya bermain silat dan kedalaman rasa keagamaannya diperdalam lagi di Pesantren Citengah, Panjalu, yang dipimpin oleh H. Junaedi yang terkenal sebagai ahli alat, jago silat, dan ahli hikmah.
Setelah menginjak usia dua puluh tiga tahun, Abah Anom menikah dengan Euis Siti Ru’yanah. Setelah menikah, kemudian ia berziarah ke Tanah Suci. Sepulang dari Mekah, setelah bermukim kurang lebih tujuh bulan (1939), dapat dipastikan Abah Anom telah mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman keagamaan yang mendalam. Pengetahuan beliau meliputi tafsir, hadits, fiqih, kalam, dan tasawuf yang merupakan inti ilmu agama. Oleh Karena itu, tidak heran jika beliau fasih berbahasa Arab dan lancar berpidato, baik dalam bahasa Indonesia maupun bahasa Sunda, sehingga pendengar menerimanya di lubuk hati yang paling dalam. Beliau juga amat cendekia dalam budaya dan sastra Sunda setara kepandaian sarjana ahli bahasa Sunda dalam penerapan filsafat etnik Kesundaan, untuk memperkokoh Thariqah Qadiriyah Naqsabandiyah. Bahkan baliaupun terkadang berbicara dalam bahasa Jawa dengan baik.
Ketika Abah Sepuh Wafat, pada tahun 1956, Abah Anom harus mandiri sepenuhnya dalam memimpin pesantren. Dengan rasa ikhlas dan penuh ketauladan, Abah Anom gigih menyebarkan ajaran Islam. Pondok Pesantren Suryalaya, dengan kepemimpinan Abah Anom, tampil sebagai pelopor pembangunan perekonomian rakyat melalui pembangunan irigasi untuk meningkatkan pertanian, membuat kincir air untuk pembangkit tenaga listrik, dan lain-lain.
![]() |
| Maulana Sheikh bersama Abah Anom.. |
Dalam perjalanannya, Pondok Pesantren Suryalaya tetap konsisten kepada Tanbih, wasiat Abah Sepuh yang diantara isinya adalah taat kepada perintah agama dan negara. Maka Pondok Pesantren Suryalaya tetap mendukung pemerintahan yang sah dan selalu berada di belakangnya.
Di samping melestarikan dan menyebarkan ajaran agama Islam melalui metode Thariqah Qadiriyah Naqsabandiyah. Abah Anom juga sangat konsisten terhadap perkembangan dan kebutuhan masyarakat. Maka sejak tahun 1961 didirikan Yayasan Serba Bakti dengan berbagai lembaga di dalamnya termasuk pendidikan formal mulai TK, SMP Islam, SMU, SMK, Madrasah Tsanawiyah, Madrasah Aliyah, Madrasah Aliyah kegamaan, Perguruan Tinggi (IAILM) dan Sekolah Tinggi Ekonomi Latifah Mubarokiyah serta Pondok Remaja Inabah.
Didirikannya Pondok Remaja Inabah sebagai wujud perhatian Abah Anom terhadap kebutuhan umat yang sedang tertimpa musibah. Berdirinya Pondok Remaja Inabah membawa hikmah, di antaranya menjadi jembatan emas untuk menarik masyarakat luas, para pakar ilmu kesehatan, pendidikan, sosiologi, dan psikologi, bahkan pakar ilmu agama mulai yakin bahwa agama Islam dengan berbagai disiplin Ilmunya termasuk tasawuf dan tarekat mampu merehabilitasi kerusakan mental dan membentuk daya tangkal yang kuat melalui pemantapan keimanan dan ketakwaan dengan pengamalan Thariqah Qadiriyah Naqsabandiyah. Dalam melaksanakan tugas sehari-hari, Abah Anom menunjuk tiga orang pengelola, yaitu KH. Noor Anom Mubarok BA, KH. Zaenal Abidin Anwar, dan H. Dudun Nursaiduddin.
Telah Berpulang ke Rahmatullah Hadrotu Syaikh KH. A. Shohibulwafa Tajul Arifin r.a. seorang tokoh agama yang hebat di Indonesia dan pemimpin dan Mursyid kepada Tarekat Naqsyabandiyyah Qadiriah; pada hari Senin, 5 September 2011 / 6 Syawal 1432 H pukul 11.50 di Rumah Sakit TMC Tasikmalaya. (berita dari www.http://suryalaya.org/).. Seluruh Alam menangisinya..... al Fatihah
04 September 2011
Pusat Rawatan Dibuka Esok dan Jadual Pusat Rawatan KISWAH
Assalamualaikum semua!
Setelah PR agak lama ditutup, Insya Allah pusat rawatan akan dibuka semula pada hari esok:
Isnin 5 September 2011
Bermula pukul 3 petang - 5 petang.. Sila datang pukul 3 petang.
Hari: Sabtu - Rabu... *** Cuti Khamis dan Jumaat.
dan...
Bermula pada 11 September 2011 bersamaan hari Ahad pusat rawatan akan dibuka:
Dari pukul 10 pagi - 3 petang.
Rawatan kini secara walk in tetapi lebih baik jika menelefon terlebih dahulu.
Rawatan dikendali saya sendiri dengan dua orang pembantu baru... Insya Allah.. Doakan kami...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!...
Labels:
berita,
rawatan islam
AL Fatihah kepada Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumbuh

![]() |
| Gambar2 Pemergian al Marhum |
Ketika singgah di Masjid Buntut Pulau Temerloh tadi saya dipertemukan Allah dengan seorang pelajar pondok Pasir Tumbuh... Dari beliaulah saya dapat tahu bahawa al Marhum Tuan Guru Hj Hashim seorang tokoh ulamak pondok yang tersohor di Kelantan dan Malaysia umumnya rupa2 telah kembali ke rahmatuLLAH pada 1 Syawwal yang lalu.. Ayuh marilah sama2 kita menghadiahkan al Fatihah ke atas rohnya.. Semoga dicucuri rahmat dan digolongkan Allah bersama para kekasihNYA... Al Fatihah!!!
Biodata :
Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
- Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
- Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
- Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
- Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
- Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010
Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..
Al Fatihah ..
Rujukan: Blog Rasmi Pondok Pasir Tumbuh ;
..http://albakriah.wordpress.com/
Labels:
berita
03 September 2011
Rumah Terbuka Idulfitri Keluarga KISWAH, Alumni Badan Dakwah @ Maulid 10 September 2011
Rumah Terbuka Idulfitri KISWAH dan Alumni Badan Dakwah Khairiah dan Maahad Sas dan Maulid Maahad SAS.
Assalamualaikum semua,
Saya, Us Hayat bersama keluarga tercinta; zaujah Ustzh Muliati dan anak2; Abdullah Faiz dan Muhammad Nazim sekeluarga menjemput anda sekeluarga ke:
OPEN HOUSE KELUARGA KISWAH DAN ALUMNI BADAN DAKWAH SERTA MAULID MAAHAD
..pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawwal 1432 di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh.
Bermula 10 pagi sehingga 3.30 petang...
Sila sebarkan kepada "SEMUA AHLI KELUARGA YANG TERCINTA", "AHLI KELAS PERUBATAN KISWAH" dan semua "ALUMNI BADAN DAKWAH KHAIRIAH DAN MAAHAD SAS SERTA MAULID MAAHAD"...
dan sila COMFIRMKAN samaada anda DAPAT HADIR atau TIDAK melalui sms 0179065131 Us Hayat / Ustzh Muliati 0179750665
Dikesempatan ini, sempena Idulfitri yang mulia kami sekeluarga dengan rendah hati memohon ampun maaf batin dan zahir sekiranya terdapat salah dan silap sama ada disedari atau tidak sepanjang perkenalan kita...
Sudilah kiranya memaafkan ketaksiran kami selama ini...
Selamat memburu malam Lailatul Qadar dan Selamat Menyambut Idulfitri yang mulia di samping keluarga tercinta..
Allahu Haq!
Hidayah Seluruh Alam!!!
Assalamualaikum semua,
Saya, Us Hayat bersama keluarga tercinta; zaujah Ustzh Muliati dan anak2; Abdullah Faiz dan Muhammad Nazim sekeluarga menjemput anda sekeluarga ke:
OPEN HOUSE KELUARGA KISWAH DAN ALUMNI BADAN DAKWAH SERTA MAULID MAAHAD
..pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawwal 1432 di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh.
| "Pusat Rawatan Kami Yang Sangat Sederhana Menantikan Kedatangan Anda Yang Mulia.. Tetamu Mengundang Rahmat dan Rezeki Dari Allah....." |
Sila sebarkan kepada "SEMUA AHLI KELUARGA YANG TERCINTA", "AHLI KELAS PERUBATAN KISWAH" dan semua "ALUMNI BADAN DAKWAH KHAIRIAH DAN MAAHAD SAS SERTA MAULID MAAHAD"...
dan sila COMFIRMKAN samaada anda DAPAT HADIR atau TIDAK melalui sms 0179065131 Us Hayat / Ustzh Muliati 0179750665
Dikesempatan ini, sempena Idulfitri yang mulia kami sekeluarga dengan rendah hati memohon ampun maaf batin dan zahir sekiranya terdapat salah dan silap sama ada disedari atau tidak sepanjang perkenalan kita...
Sudilah kiranya memaafkan ketaksiran kami selama ini...
Selamat memburu malam Lailatul Qadar dan Selamat Menyambut Idulfitri yang mulia di samping keluarga tercinta..
Allahu Haq!
Hidayah Seluruh Alam!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)