13 September 2011
Open House KISWAH 11 dalam kenangan
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, dengan inayah
iradah dan qudrah Allah Taala akhirnya Open House KISWAH berjaya dilangsungkan
dengan penuh mahabbah dan mawaddah.
Majlis yang serba serbi
kekurangan ini digilang gemilangkan dengan alunan maulid dan qasidah dari pagi
hingga ke petang oleh kumpulan maulid “Cinta Kasih Rasul” di bawah pimpinan
Cikgu Adib al Qadahi. Terima kasih kepada Cikgu Adib dan Wan Amirul Syafiq yang
berjaya menghidupkan roh Aasyiqur Rasul sepanjang majlis berjalan.
Majlis diserikan juga dengan
kehadiran hampir 300 lebih tetamu dari pagi hingga ke malam yang terdiri dari
sanak keluarga terutamanya ibu bapa tercinta, adik beradik, ibu mertua, ipar
duai dan sahabat2 seperjuangan dari pelbagai background sejarah sepanjang
perjalanan dakwah saya yang tidak seberapa ini.
Alhamdulillah majlis disertai
juga dengan kehadiran ahli keluarga KISWAH seperti Pak Kasim, Pak Cik Mat Saed,
Abang Wan Hospital, Ir Kamarul, keluarga al Marhum SB Abang Zahari, adik2 bekas
badan dakwah Khairiah dan Maahad SAS, Azhari dan Hanisah serta ahli keluarga
Aura Imtiyaz serta anak murid saya dari jauh JURUS Madrasah Tahfiz al Akbar dan
al Jauhar Kota Tinggi Us Azhari dan Imam Redzuan serta sahabat2 dari syarikat2
yang berjiran dengan pusat rawatan. Tidak kurang pula kunjungan dari sahabat
Naqshbandi; Altaf dan keluarga ke pusat rawatan kami.. Begitu juga sahabat seperjungan yang aktif berjuang mempromosikan KISWAH di internet; Us Zul, Faizah Jah dan adik beradiknya yang sanggup meluangkan masa hadir ke majlis kami... Sahabat seperjuangan
sepanjang zaman dari dahulu, Us Khari dan keluarga, Us Rahmat dan isteri serta
ramai lagi yang hadir ke rumah terbuka kami.. Terima kasih!
Dikesempatan ini saya ingin
mengucapkan tahniah dan infiniti terima kasih kepada bidadari tercinta selaku
pengarah dan master mind program pada kali ini; zaujah yang tercinta, juga
kepada Cikgu Syikin yang merupakan ibu angkat zaujah dan Abang Zul serta
anakanda mereka yang merupakan pembantu setia saya’ Us Lukman dan Us Thoha al
Hafiz yang baru berkhidmat di KISWAH, serta semua yang terlibat menjayakan
secara langsung atau tidak open house kali ini; yang saya tidak sempat ‘listkan’
di sini.
Saya dengan rasa rendah diri
memohon infiniti ampun dan maaf kepada semua hadirin hadirat sekiranya terdapat
kelemahan sepanjang layanan kami kepada semua…
Walaupun kepenatan; sampai
terpaksa balik 12 malam lebih untuk mengemas dengan anak2 murid serta isteri…
namun hati berasa puas tidak terhingga kerana dapat berjuang menyediakan wadah
bersilaturrahmi dan menjamu para muslimin di jalan Rabbul Jalil… Alhamdulillah….
Sehingga kepenatan dan segala kepunyaan yang dikorbankan terasa nyaman dan
damai serta menenangkan hati…. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah….
Terima kasih kepada guru yang
sentiasa mendoakan kami anak2 muridmu… berkat doa gurulah maka alhamdulillah
program ini berjaya dengan rahmatNya jua…
Doakan kami sekeluarga, bahagia
dan sihat senantiasa, dimurah rezeki oleh Allah dan dikurniakan kemuliaan di
dunia dan akhirat.. Semoga Allah memurnikan niat kami lagi dan lagi agar hidup kami dan perjuangan KISWAH dimuliakan Allah lagi dan lagi.... Amin Ya Rabb
Jangan lupa Open House kami tahun
depan…
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
p/s: Program terdekat; kenduri
majlis korban KISWAH… Saya akan maklumkan nanti.