Hari ini dalam sejarah...
Sesi rawatan di Kiswah pada hari ini berakhir dengan ambulans datang ke pusat rawatan dan mengambil pesakit dan membawanya ke hospital. Inilah pertama kali ambulans datang ke pusat rawatan apabila pesakit yang datang masalah yang dialaminya agak kritikal....
Sebelum ini pernah berlaku kejadian yang mana seorang atuk yang berkeras tidak mahu ke hospital sedangkan sakitnya sudah kritikal terpaksa dihantar oleh saya ke bahagian kecemasan.. Rupa2nya yang di dakwa pesakit tersebut sebagai jin menghempap dadanya, adalah disebabkan sakit jantung yang disahkan doktor pada waktu itu sebagai separa kritikal...... Atuk yang keras hati tadi yang mengatakan ini adalah buatan orang akhirnya akur apabila saya sendiri menghantarnya ke wad kecemasan...
Berkenaan insiden petang tadi, pesakit dibawa ke pusat rawatan oleh anak2nya dari Terengganu... sehingga anaknya yang berkerja di Kedah pun balik menjengok bonda tercinta...
Saya berasa hairan kenapa tidak dibawa ke hospital sedangkan keadaan, bak berdiri, duduk malah membuka mata pun sudah tidak larat... maka dijawab oleh si anak, 'Mak takde sakit2 hospital ni berdasarkan medical check up yang lepas2...'
Nak dijadikan cerita, saya pun membuat air ruqyah untuk mandian air ruqyah ais dan pesakit dimandikan lalu muntah.. Pesakit diruqyah dan menunjukkan tanda2 gangguan dan kepalanya terasa sakit yang amat sangat...
Setelah rawatan saya menasihatkan agar keluarga pesakit membawanya ke hospital.... Menurut hemat saya, benar dia ada gangguan tetapi tidak serius dan tidaklah sampai mengakibatkan kesakitan sebegini... Saya berasa musykil sehingga keadaannya sebegitu rupa... paling kurang dibawa ke hospital dan paling baik di'scan' atau MRI manalah tau ada penyakit ketumbuhan, kanser dan saraf yang wajar dirawat dengan kaedah moden juga yang ternyata belum pernah dilakukan ke atas beliau...
Saya menyatakan bahawa tindakan mereka betul dengan membawa bonda tercinta ke KISWAH dari jauh.. tetapi dalam masa yang sama perlulah dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan dan kajian yang terperinci... saya menyatakan juga bahawa pada kebiasaannya pesakit dibawa kepada saya setelah putus asa merawat di hospital dan pihak doktor sendiri menganjurkan agar dirawat secara alternatif....
Namun, kalau hendak dibawa kepada saya pun tidak mengapa tetapi perlulah disusuli dengan medical check up di hospital... dalam insiden ini.... saya pun berasa terkejut kerana dalam keadaan prestasi kesihatan si ibu begitu kronik masih tidak dibawa ke hospital tetapi, instead of that membawanya berjumpa saya...
Saya berada di sisi pesakit ketika keluarga disoal siasat oleh kakitangan ambulans.... barulah saya tahu apabila anaknya membuat perakuan bahawa bonda sudah beberapa hari tak makan.... Sekiranya saya tahu dari awal... saya sudah tentu mengarahkan agar pesakit di bawa ke hospital untuk 'masuk air' dsb.... Saya menganjurkan agar keluarga memahami pendirian saya dan tidak terlampau berkiblatkan perubatan makhluk halus / bomoh / gangguan jin semata2.....
Adapun bawa kepada saya terus dalam keadaan begitu tidaklah salah.. cuma sekiranya berlaku kematian dan sebagainya.. khuatir ada dakwa dakwi dan siasatan lanjut dari pelbagai pihak....
Ada juga pesakit yang terkena serangan jantung semasa proses ruqyah..... jadi perawat perlulah berhati2..... malah ada juga pesakit yang menemui Allah sehari selepas rawatan..... Ajal dan maut di tangan Tuhan...
Ada beberapa pengajaran kepada perawat baru dan peringatan kepada saya;
1) Pastikan kondisi pesakit.. jikalau nampak kritikal... silalah nasihatkan bawa ke hospital terlebih dahulu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di pusat rawatan..
2) Kenalpasti penyakit pesakit.... lemah jantung, baru operate, mengandung, kecederaan tulang belakang, kecederaan fizikal, reput tulang, bengkak etc hendaklah dikenalpasti.. takut sesetengah kaedah seperti tepuk, mandi ais, dibiarkan duduk melunjur dsb tidak sesuai untuk pesakit...
3) Cepat mengambil tindakan sekiranya berlaku keadaan di mana pesakit semain kritikal semasa rawatan... Eloklah kita sendiri menelefon ambulans atau menyuruh keluarga pesakit membawanya segera ke hospital...
... Saya berharap agar keluarga pesakit yang membaca tulisan saya ini bersikap terbuka.. Menyalahkan sesiapa bukan agenda saya....san saya yakin keluarga terbabit akan membaca tulisan saya ini.... Saya berterima kasih kerana memberi saya peluang merawat bonda kalian...Seperti yang saya katakan kepada ayahanda kalian.. dua2 kena cuba; pendekatan bersepadu.. membaca ruqyah pun kena diikhtiarkan.. rawatan moden pun perlu... Saya doakan semoga cepat sembuh..
Semua pembaca setia blog.. Sama2lah kita membaca al Fatihah dengan niat kesembuhan makcik yang saya kesahkan di sini.... AL FATIHAH!.....
* 'Pengalaman adalah satu pengajian ajaib yang tidak didapati dari mana2 kitab..'
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!