**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 September 2017

Kaedah Pasang Bubu Ikan dan Udang



Syukur ya Rabbi dah sampai. Terima kasih fb: Bubu Din.

KAEDAH PASANG BUBU:

Perkongsian ilmu perbubuan oleh Sifu Ustaz Amir Shariff Awang
Test dulu tenggelam atau timbul..kalau timbul letak bt kadar tenggelam..ketika pasang bubu kena letakan daun2 diatasnya supaya redup..ikan menyangka itulah tmpt berlindung..
Kalau nk udang masuk bubu kita..cari tanah liat yg basah dan lembik n gaulkan dgn hampas kelapa kemudian buat bebola lps tu nk power lg campur dgn belacan seketul..lps tu masukan dlm bubu..
Kecik besor insyallah ander masok
Satu lg pastikan cari pancang kayu panjang kemudian pacak dkt tmpt bubu dan ikat bubu supaya tak hanyut..
Bila dh siap kena try 2 posisi ..bertukar2 arah pintu masuk bubu..mula2 try pintu masuk ikan melawan arus..besoknya try pulok ikut arus..nanti tengok arus mana yg serasi
Ikat boleh tp takut terapung..melainkan kalau pokok tu dah tumbuh dlm air..yg penting dpt tambat ke dasar air..
Ambik ke dalaman paras pusat dahulu..kemudian baru paras dada kemudian pinggang..jgn terlalu dlm sgt atau cetek kurang dari pinggang ke bawah..

Ada sesiapa nok tamboh?


13 Ogos 2017 - Mawlid dan Aqiqah di Rumah Akhi Go Peng

13 Ogos 2017.Majlis akikah dan mawlid anakanda kpd Tuan Gopeng Hung Feng. Semoga Khaira Safiyya menjadi anak yg solehah, permata ayahbonda, syafaat ke syurga. Amin.








Doa Pembatal Sihir

اللهم أبطل هذا السحر بقوتك يا جبار السموات والأرض..
Ya Allah musnahkanla sihir ini dgn kekuatan-Mu ya Allah yang mempunyai kekuasaan di langit dan bumi.
Didakwa pesakit - disalahgunakan ahli keluarga utk tujuan sihir menarik no ekor. Sejak dikeluarkan dari rumah; katanya rumah semakin luas, bercahaya dan menenangkan. Kalau sebelumnya rumah nampak suram guram, sempit dan menyedihkan...
Semoga ahli keluarga lekas sembuh. Amin..

P/s: Sesiapa yg ada barang mistik lama yg mencurigakan - bawakla ke Kiswah Rawatan Islam Temerloh

Kuliah Bulanan Pelita Penuntut

Kuliah Bulanan oleh Al Fadhil Ust Hayat Kiswah dari Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh dan Kiswah Rawatan Islam Temerloh

"Pelita Penuntut"

Mohon SHARE dan LIKE untuk membantu penyebaran kuliah LIVE. Tkasih..

27 Ogos 2017 - Mawlid dan Qasidah di Rumah Mentua Ustaz Ikmal

27hb Ogos 2017. Mawlid qasidah cukur jambul belah mulut di rumah mentua al fadhil Ustaz Mohd Ikmal Izwan Rosli . dgn kehadiran al fadhil ust @Khairi Jamal ... Meriah!



26 Ogos 2017 - Seminar Ibadah Korban dan Aqiqah Majlis Tafaqquh KISWAH

Sambutan menggalakkan. Semoga bermanfaat. Kurang lebih 50 soal jawab berkenaan Ibadat Udhiyyah dan Aqiqah kita diskusikan sepanjang KURSUS IBADAH KORBAN DAN AKIKAH anjuran Majlis Tafaqquh KISWAH - NGO KISWAH pada 26 Ogos 2017. Meriah!









Doa Ibadah Korban

بسم الله اللهم هذه أضحيتي فتقبل منى..

Niat dan doa ketika melakukan ibadah korban. "Dengan Nama Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, Ini Adalah Korbanku. Maka Terimalah Seadanya Korban Dariku Ini..."


6 September 2017 - 2 Tahun Genap Majlis Tafaqquh KISWAH

Hari ni genap 2 tahun kelas pengajian tafaqquh fiddin dan al-Quran Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh seliaan NGO KSWAH. Kelas ini diwujudkan ats dasar membantu masyarakat average umur dewasa untuk menguasai alQuran dan fardu ain menggunakan kitab turath. Seikhlas hati tanpa sebarang yuran dan bayaran tertentu. Terima kasih kepada semua yg sudi menyumbang seikhlas hati dan mendoakan. Syukur ya Rabbi.






Wadah kelas kami yg kecil ini dipertemukan dgn pelbagai golongan masyarakat. Ada doktor, farmacist, misi, guru, staff hospital, peniaga, kakitangan kerajaan, swasta, kerja sendiri, dll. Tua muda, ada asas mahupun tiada semua kami sambut dgn tangan terbuka penuh kasih sayang.
Cukup membahagiakan apabila ramai pelajar yg mula2 langsung tidak pandai membaca al-Quran sudah mula dpt menguasainya bahkan mahir dalam tajwid. Ibarat syurga dunia apabila mendengar sahabat muslimah yang dahulunya huruf hijaiyyah pun tidak kenal kini sudah tersenyum membaca al-Quran dan tahu sedikit sebanyak hukum tajwidnya.

Terima kasih Allah Rabbul Jalil kerana cita2ku sejak di UIA untuk mempunyai kelas dan pusat pengajian al-Quran sendiri, dimaqbulkan Ilahi secepat ini.

Walaupun dianggap bukan profession yg glemer lagi makan gaji bertangga, daku menganggapnya sebagai satu perjuangan berkhidmat di jalan Allah yg mudah2an layak menjadi persembahan amalan soleh di negeri akhirat yg kekal abadi.

Walaupun ramai pelajar datang dan pergi. Ada yg masih istiqamah ada yg telah menghilangkan diri tanpa khabar berita, kuharap lama atau sekejap sepermukiman di lembah tafaqquh KISWAH menggamit kenangan indah dan mencetus semangat tolibul ilmi sejati di benak hati kalian.

Semoga senantiasa diberi kesihatan agar dapatku beristiqmah di jalan perjuangan serba sederhana yg ku dan mr kekasihku Hayat Kiswah pilih ini.
Amiin ya Rabb...

Cawangan KISWAH Terkini 2017 !

Meskipun nama KISWAH ni tak beso dan glemer sekalipun - Sekiranya ada perawat yg mengaku anak murid Hayat Kiswah atau perawat kiswah di mana2 pun di muka bumi Allah ni jgnlah percaya. Kecuali: Anak murid perubatan Islam KISWAH yg aktif merawat le ni hanya 3 org sahaja. 1) Kiswah Rawatanislam Kotatinggi - Ustaz Azhari Abidin 2) Kiswah Rawatan Islam PasirGudang - Ustaz Mohd Junaidi Sahlan dan 3) Pusat Rawatan Kiswah Bentong - Ustaz Zuhaidi Mukapit. Serta sahabat2 penyokong rawatan seperti Haji Abdul Hafiz Muar dan wakil muslimah Ustazah Noor Hayati Teluk Intan dan Kak Hawa. 

Selebihnya mungkin pernah ikut seminar KISWAH dan tak belajar habis. Atau perawat yg telah digugurkan keahlian kerana masalah disiplin tapi guna nama KISWAH utk kepentingan peribadi..
Bukan apa takut ada yg mengenakan cas tinggi dan unsur penipuan. Pastu mengaku perawat KISWAH. Nyudohnya terfitnahla kome terpalit nama buruk. Sebab pernoh jadi ada yg cas upoh rawatan beratus / beribu ringgit, mengaku anak murid koi.. Pastu tak puas hati ke KISWAH. Naye le gitu gaya.

Sekian dimaklumkan..

8 September 2017. Program Jentait Rumah Rakit Pangsenam Majlis Tafaqquh KISWAH

Indahnya Ukhuwwah. Ahli Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh Tafaqquh Pengajian Quran dan Pengajian Kitab bersillaturrahmi di Rumah Rakit Pangsenam pada 8 September 2017. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
















Rabu Hari Mencukur Rambut

Rabu - Hari cukur rambut. DONE!!! Jom cukur sebanyak 40 Rabu... Mcm budok2 pondok cukur pada setiap Rabu ....

رح المقدمة الحضرمية المسمى بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم (ص: 400)
وخرج بـ (العانة والإبط): الرأس، فلا يسن حلقه إلا لنسك ومولود وكافر أسلم ومن شق عليه بقاؤه، ويباح فيما عدا ذلك .
وخبر "من حلق رأسه أربعين مرة في أربعين أربعاء .. صار فقيهاً" لا أصل له، لكن عمل به، وظهر صدقه.

Hadis yang berbunyi
“ barang siapa yang mencukur gundul rambutnya selama 40 rabu ( tiap hari rabu dicukur gundul) maka orang tersebut akan menjadi orang yang pintar (ahli fiqih/ menjadi orang alim) “....tiada asal padanya:
TETAPI orang yang mahu melakukannya akan nampak kebenarannya ( mujarab).
Kitab Busyrol Kareem halaman 400..

Tarbiyyah Memancing


"Sabar dan tenanglah; kerana tiada siapa bisa menangkap walau seekor ikan dalam ammarahnya.. ~ Be patient and calm - for no one can catch fish in anger..."



Surah at Tin dan Bacaan Selepasnya


Imam Masjid Pangesenam Temerloh Yang Istimewa

Ajeeeb! Nikmat ala nikmat. Berimam terawehkan Pak De; Imam senior Masjid Pangsenam kg apok koi. Umur dah 87 tapi masih cergas lincah jadi imam terawih 20 rakaat ngalohkan org muda. Bacaan ayat lazim bertajweed sayu je mcm imam2 zaman dulu. Zauqnye la wei.. Setiap waktu solat diajak makmum berwirid penuh siap beratib sekali. Dulu pernoh org tak berwirid terus blah dimarohnya waktu tu juga.


Semalam mlm akhir jadi imam terawih. Ada dia 'ijazah' ke koi rahsia amalan dan ayat panjang umur badan sihat cergas amal ibadat dan cerah mata. 3 kali langgor dak kereta takde mende dia kabo.. Ajaib... ;) Aokme nok kena ngadap laa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...