**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

15 January 2010

Selawat Sumber Kesembuhan yang AJAIB!!!!







SELAWAT SUMBER KESEMBUHAN
FADHILAT SELAWAT:

Berkata Sultanul Arifin Al Imam Jalaluddin As Suyuthi rahimahulLahu Ta’ala anhu di dalam kitabnya Al Wasail Fi Syarhi As Syamail berkata:

“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan mauled Nabi SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah. Sesungguhnya malaikat-malaikat al Mutawaqqun bin Nur (Yang Berkalung Cahaya iaitu jibrail, Israfil, Qirbail dan I’nail), as Soffun (malaikat-malaikat yang berbaris), al Haffun (malaikat-malaikat yang mengelilingi A’rasy), dan al Kurbiyyun (malaikat-malaikat yang menolong orang-orang yang di dalam kesusahan) akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW…
SECEBIS KISAH QASIDAH BURDAH… (coretan tentang kesembuhan)
Berkenaan dengan pengarang Qasidah ini, Imam al Bushiri yang merupakan murid kepada Sheikh Abu Hasan as Syazuli... terlalu banyak kisah kesembuhan berkat qasidah yang agung ini... Seumpama yang saya petik di dalam kitab terjemah qasidah burdah karya Sheikh Fahmi Zamzam; Abu Ali an Nadwi al Maliki; (anak murid kepada al Marhum Maulana Abul Hasan Ali an Nadwi dan al Marhum Dr. Sheikh Muhammad Alawi al Maliki al Hasani):
Pernah disebut di dalam sejarah bahawa Imam Bushiri pernah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Saban hari sakitnya bertambah buruk. Dalam keadaan ini timbullah harsratnya mengarang qasidah puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Sebaik saja selesai menulis qasidah, beliau tertidur dan bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Baginda datang menziarahi beliau yang sakit, lalu menyapukan tangan baginda yang mulia ke atas badan Imam Bushiri. Sesudah itu baginda menyelimuti badan Imam Bushiri dengan sehelai selendang (burdah).
Sebaik selesai diselimuti, Imam Bushiri terjaga dari tidurnya dan mendapati penyakit lumpuhnya hilang dengan izin Allah jua. Ada riwayat menyatakan Imam Bushiri memperoleh burdah di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidur....
Begitulah hebatnya KASIH kepada baginda Nabi SAW...
Di dalam satu qasidah dinyatakan: "SOLATAN TAKUNU SYIFA'AN LANA"... 'selawat menjadi penawar kami'!!!!

Solawat adalah sumber penyembuhan yang menakjubkan……


Secara peribadi saya ada pengalaman rawatan dengan menggunakan solawat ketika berada di Mesir. Kami menggunakan solawat Qasidah Burdah (Imam Bushiri) dan Maulid Daibaie (Sheikhul Muhaddithin Abd Rahman al Daibaie) untuk rawatan seorang pesakit gangguan jin plus kanser…. Dipendekkan cerita dengan izin Allah Taala penyakitnya sembuh sedia kala…

Saya juga pernah mendengar dari seorang sahabat saya dari Fathani, Thailand, seorang baba (tok guru) telah kecewa berusaha dengan perubatan moden untuk mengubati penyakit kanser tulangnya… Setelah berusaha dengan memperbanyakkan bacaan qasidah burdah dan mendengarnya akhirnya dengan IZIN ALLAH maka penyakitnya pun sembuh…

INGAT!!!! Solawat ini hanya merupakan ikhtiar kesembuhan lebih-lebih lagi ia padat dengan keberkatan kerana ditulis dan dikarang oleh para wali Allah!!!!!! Namun hakikat penyembuhannya adalah mutlak di tangan Allah semata-mata!!!!!

Telah banyak ‘testimoni’ dan istiqra’ pembacaan serta pengalaman orang-orang sebelum kita yang meraih kesembuhan berkat selawat-selawat yang dibaca!!!! Masya ALLAH!!!!



UNTUK ITU:

Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang dengan rasminya melancarkan penjualan album terbaru solawat tradisional di pasaran yang dikeluarkan oleh Hijjaz Records Sdn Bhd:

Ahli-ahli kumpulan solawat ini adalah sahabat-sahabat rapat saya yang sama-sama berguru dengan mursyid tercinta…

Anda pernah menonton rancangan al Kuliyah TV3… Tentu ada perasan lagu mauled sebagai lagu latar rancangan tersebut kan????? Jadi, anda ingin mendapatkan koleksi mauled mereka…… Inilah peluang yang tidak patut anda persiakan!!!!!!

Sepengetahuan saya sehingga hari ini tidak terdapat satu pun album di dalam main stream yang betul-betul menggambarkan mauled yang asli lagi tradisional dan diberkati guru mursyid kecuali sebuah dua album…… dan yang paling latest album solawat ini.


Untuk mendapatkan album yang sangat bernilai ini… Sila kunjungi: ke





Sekian, Wassalam…

3 comments:

  1. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammadinin Nur Wa Alih.

    ReplyDelete
  2. Sollallahualaika wassalam ya rasulullah..fi kulli lam hatin wanafasin adadama wasi a'hu ilmullah...

    ReplyDelete
  3. Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad bi adadi kulli dain wa dawain wa barik alaihi wa alaihim kathiran kathiran kathira!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...