**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 May 2011

Pengajaran daripada kisah inginkan KEHEBATAN sekelip mata

Kerasukan Jin Disangka Aura / Tenaga Dalam / Nur Allah / Tenaga Asmaul Husna / Cakra / Lataif

InsyaALLAH saya akan keluarkan satu email mengenai rawatan.

ASSALAMUALAIKUM,

Pada semua warga forum Kami doakan agar semuanya mendapat Rahmat Dan perlindungan ALLAH SWT dari Syaitan yang di rejam.

Sedikit pemberitahuan mengenai kaedah rawatan Islam yang telah tercemar dgn kejadian perawat instant. Disini saya ingin mengingatkan kepada semua warga forum khususnya mengenai kejadian yang menimpa seorang pesakit baru baru ini.

Pesakit ini telah mula merawat sejak 2 bulan lalu dan bila ditanya mengenai cara dia belajar ilmunya dia telah berkata bahawa dia belajar dalam kursus sehari dan terus mendapat "ijazah" merawat. Berikutan dgn itu kaedah yang di gunakan adalah amat amat samar kerana tidak perlu membaca apa apa ayat al-Quran cukup dgn sekadar pernafasan sahaja. "ijazah" itu di terima melalui seorang "ustaz" yang mengaku dirinya boleh memberikan pancaran batin pada semua anak muridnya. Seleps menerima "ijazah" itu beliau mendapat mimpi yang datang dan terus di ajarkan cara merawat didalam mimpi. Dan beliau telah mula merawat dari rumah ke rumah menggunakan kaedah yang didapatinya. Memasukan Nur ALLAH kedalam pesakit dan kemudian mengeluarkan cahaya dari badan pesakit kesannya amatlah ajaib. Kesakitan hilang serta merta tetapi pesakit mula merasa pelik bila di rumah.

Pesakit ini datang bersama pesakit yang di rawatnya. Apabila di Ruqyah kedua duanya rebah dan mula di rasuk teruk.

pesakit yang boleh merawat ini datang ke pusat rawatan dengan keadaan tangan sebelah kirinya tidak boleh di angkat. Anak pesakit ini juga sakit di rumah dan sudah mula diam tidak mahu bercakap serta mengetap giginya. (anaknya tidak dibawa ketika rawatan). Pesakit yang dirasuk ini juga bercakap dgn bahasa yang tidak boleh di fahami serta berbuih mulutnya ketika di rasuk. Amat menyedihkan perkara ini. Kesakitan yang di tanggung kini melibatkan keluarganya sendiri.

Disini kami ingin berkongsi sedikit garis panduan agar tidak terjebak dgn bisikan syaitan.

1. Tiada perawat yang boleh menjadi perawat dgn hanya sehari belajar merawat.
2. Jangan merawat tanpa memastikan perkara yang di pelajari itu bersandarkan kepada kitab dan ulamak muktabar.
3. Jangan merawat sekiranya ada sandaran pada benda benda yang pelik seperti kayu, batu cincin, keris, kain dan sebagainya.
4. Sentiasa bertawakal kepada ALLAH SWT dalam rawatan.
5. Dapatkan izin guru sebelum merawat.
6. Ikhtiarkan dgn sebaik baik cara dan jangan terburu buru hendak merawat.
7. Jangan dinantikan kehadiran perkara ghaib dalam rawatan
8. Jangan menelek, scan, meneka, takwil dan menuduh gangguan yang di alami.
9. Jangan anggap diri kita yang menyembuhkan di mulut dan di hati. (aku boleh)


Tuan Admin Forum Ruqyah Syariyyah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...