**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 May 2011

Kenangan Seminar dan Klinik Teluk Intan 28 dan 29 Mei

















Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah seminar dan klinik KISWAH berjalan dengan lancarnya.

Jumaat 27 MEI 2011:

Saya bertolak dari Batu Sawar menuju ke PR Temerloh sejauh 30km pada pukul 7.30 pagi. Sesampai di sana kelihatan Syihan, Syahmi dan Wan (pembantu saya sudah berada di situ.

Kami bersarapan pagi di Jalan Bahagia dan kemudian menjemput Pak Kasim di Temerloh Jaya. Kami bertolak ke Kuala Kubu Baru terlebih dahulu untuk menjemput Us Hanif.

Tiba di KKB hampir pukul 12 dan kami berehat sebentar di rumah Us Hanif al Hafiz di Taman Bujang...Kemudian kami solat Jumaat di Masjid Pusat Islam Darul Quran.

Setelah selesai solat dan berjumpa anak2 murid di DQ saya dan rombongan meneruskan perjalnan ke Teluk Intan dan sampai pada waktu Asar pada hari tersebut. Kami solat Asar di Masjid Daerah Teluk Intan dan kemudian dijemput Haji Osman untuk makan2 dan pergi ke hotel penginapan.

Pada malam tersevut kami dijamu sekali lagi orang sahbat JURUS (jemaah usrah ruqyah syariyyah) dan teris berehat di penginapan.


SABTU 28 MEI 2011;

Selepas bersarapan kami bergegas ke Sek Ren Agama Rakyat Teluk Intan untuk menjayakan seminar. Pada kali ini seminar disertai hampir 60 orang peserta. Alhamdulillah sambutan menggalakkan dengan yuran penyertaan antara yang paling murah di Malaysia setakat ini..

Perbincangan pada kali ini berkisar kepada SAKA< SUSUK< SANTAU dan SELUSUH. Alhamdulillah , respond peserta adalah positif.

Petangnya sesi rawatan dan simulasi untuk peserta seminar.

Pada malam harinya, kami dijemput untuk menghadiri majlis perasmian JURUS dan pelancaran produk Wangian Ruqyah JURUS.

Saya yang hina dina ini diberi peluang untuk merasmikan JURUS cawangan Sg Besar dan Teluk Intan dan Quran Syatibi di Surau Taufiqiyyah JalanBanjar Teluk Intan. Malam tersebut amat bermakna buat saya..dan saya berasa amat sayu dgn komitmen dan ukhuwwah di kalangan ahli JURUS @ SYATIBI di bawah pimpinan Us Nazri merangkap tok guru al Quran dan pengasas SYATIBI

Majlis diakhiri dengan makan2 dan maulid daibaie yang dipimpin Us Hanif...


AHAD 29 MEI 2011:

Kami bergerak ke SRAR Teluk Intan dan rawatan bermula dari pukul 9.30 - 4 petang. Seramai hampir 45 orang pesakit dirawat pada hari itu. Semoga semuanya lekas sembuh.

Selepas itu diadakan majlis perpisahan dengan ucapan dari saya sebagai wakil KISWAH dan Us Nazri Wakil SYATIBI sebagai penganjur. Majlis Wada' yang menyayat hati ditutup dengan pelukan ukhuwwah dan berselawatan...

Kami bergerak ke Masjid Daerah Teluk Intan untuk iktikaf dan solat Asar. Perjalanan seterusnya adalah kembali ke Kuala Kubu Baru. Kami tumpang bermalam d rumah Us Hanif kerana pada keesokan harinya program kami adalah mengadakan sedikit jaulah ..


ISNIN 30 MEI 2011

Kami bertolak ke Sg Sendai Hulu Yam, di sana kami melapangkan pemikiran dengan melihat ciptaan Allah dan melepaskan lelah dan merehatkan minda dan badan yang letih; mandi manda di situ.. Jaulah ini diadakan untuk meraikan pembantu2 KISWAH khususnya Us Shami yang akan menamatkan tugasannya di KISWAH kerana ingin menyambung pelajaran ke INSANIAH Kedah

Berkelah lebih kurang .. dan ballik kembali ke KKB.... Berehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke Temerloh....

Dalam perjalanan pulang kami sempat menziarahi Us Zul di Taman Mawar Bentong untuk menjalinkan SILLATURRAHMI...

Sampai di Temerloh lebih kurang waktu Asar.... dan kemudian saya kembali ke Batu Sawar...

Dalam kesempatan ini saya dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga angkat saya di Teluk Intan ; sahabat2 seperjuangan Syatibi @ JURUS di bawahj pimpinan Us Nazri..

Segala bantuan, tunjuk ajar dan kenangan indah di sana tidak dapat saya gambarkan dengan kata2... Semoga Allah merahmati kalian semua...

Terima kasih juga kepada semua peserta dan pesakit dan tidak ketinggalan warga KISWAH; Us Kasim, Syihan, Shami dan Wan serta Us Hanif yang terus menerus berjuang mendaulatkan perubatan Islam sebenar di negara kita!

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...