|
Rayakan dengan kegembiraan di dalam ketaatan.. |
Assalamualaikum semua....
Sambil kita meraikan Eidul Fitri yang mulia ini marilah kita bermuhasabah berkenaan amalan2 biasa sepanjangSyawwal:
1) Percampuran lelaki dan perempuan secara tidak terkawal antara ajnabi.
2) Bersalaman sesama bukan mahram contohnya antara sepupu sepapat dan ipar duai...
3) Tidak menjaga aurat khususnya bertudung di depan ipar duai dan sedara mara yang ajnabi di dalam suasana menyambut Idul Fitri.
4)
Menghimpunkan tempat tidur cucu cicit ketika balik kampung di rumah
datuk nenek sehingga bercampur sesama lelaki dan perempuan dan akhirnya
terjadi perkara yang tidak diingini.
5) Menjadikan
amalan ziarah dan pertemuan sebagai medan mengumpat dan mengata orang
lain serta melahirkan rasa tidak puasa hati sesama muslim.
6)
Menjadikan hari raya medan menunjuk2 siapa yang lebih kaya dan
berharta, lebih berkedudukan, lebik kelulusan lebih bergaya dan menarik,
lebih baik dan lebih seribu kali lebih.....
7)
Muhasabah
Syawwal.Kecewa dengan tuan rumah dan tetamu Idulfitri yang asyik
melayan 'gajet' sampai tak sempat bertanya khabar dan bersilaturrahmi.
Maulana pernah berkata dalam setiap 'teknologi' ada syaitannya...
Mulailah penggunaanya dengan istiazah dan selalulah beringat!
8) Ziarah sahaja... jangan berbalas... Kalau kawan tak datang rumah kita tak hingin datang ke rumahnya pula...
9)
Tidak melayan tetamu dengan baik. Asyik dengan TV dan anak2 tuan rumah
buat tak tahu sahaja tetamu yang datang.. sibuk melayan TV sambil santai
berbaring.
10)
Tak keluar bilik.. Kalau tak melayan dan berbual2 pun janganlah sampai
tak bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya langsung...
11) Tabarruj dan tidak menutup aurat... make up yang berlebihan dan pakaian yang mencolok mata merosakkan keberkatan idulfitri.
12)
Berlagak sombong dengan tetamu yang dirasakan picisan dan lebih miskin
dari kita. Maklumlah berjawatan tinggi dan kereta BESAR...
13) Berlaku pembaziran makanan berskala besar..... Makanan cuma dijadikan habuan menunjuk2 sahaja..
14)
Mengelak dari tetamu datang ke rumah dengan pelbagai alasan kerana
hendak tidur dan berehat di bilik yang beraircond di rumah..
15) Menyebar keburukan orang lain dan menyampai2 apa komen tak baik yang diceritakan orang tentang diri pendengar report kita.
16) Sibuk memenangkan anak masing2 berbanding anak2 saudara lain seolah2 anak2 kitalah terhebat.
17) Of course ada yang beraya sampai meninggalkan solat berjemaah atau solat fardhu walaupun bersendirian.
18)
Al Quran dah tinggal sebaik menempuh 27 Ramadan... Syawwal dah tak
buka2 dah sehingga 1 Ramadan tahun depan yang tak tentu lagi kita
menjengahnya.
19)
MERCUN....... adui.... janganlah mencampakkan diri kamu ke lembah
kebinasaan .. Haram hukumnya kalau melibatkan mercun yang memberi risiko
kemalangan pada tubuh badan... Trend sekarang.. yang tua2 pun sibuk
berlawan mercun sapa paling mahal...
20) Tak beraya pun... asyik layan FB, internet atau TV.
21)
Kedekut.... langsung tak memberi duit raya kepada anak2 tetamu atau
orang tua dan adik2 yang masih belajar dan belum berkerjaya..... Malah
ada yang sengaja tidak balik kampung dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap orang tua....
22)
Adab berhari raya juga adalah menjaga kebersihan..... Potonglah kuku
dan buang segala 'bulu' yang tidak perlu kerana ia adalah adab seorang
muslim yang sejati....dan jagalah kebersihan tubuh badan dan pakaian
seleruhnya...
23)
Tidak menjaga pandangan khususnya kepada mudi mudi yang berdahi licin
sama ada yang masih menutup aurat dan khususnya yang tidak menutup aurat
mencolok mata.
24) Sombong tidak bermaafan dan bersalaman...
25)
Membesarkan kekhilafan pendapat sama ada politik atau aliran sehingga
bermasan muka dan menyesatkan sesama muslim semasa berbual ketika
ziarah...
26) Sibuk berniaga sesama sanak saudara dan mengabaikan bersilaturrahmi sesama saudara....
27) Lupa mendokan kebaikan saudara seIslamnya di hara raya... Doakan kami ye...
...... dan macam2 lagi.... Selamat Bermuhasabah...
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam...
Hayat an Naqshbandi... 11.25 pm Taman Jaya 2 Temerloh.... :)
No comments:
Post a Comment