Assalamualaikum semua...
MAJLIS PENGAJIAN DISKUSI KITAB TELAH DITUNDA
KE TARIKH 11 MEI 2013
Semua dijemput untuk menghadiri:
Diskusi kitab: "Soal Jawab Yang Wajid Dalam Ilmu Tauhid Pegangan al Asyairah wal Maturidiah"
karya Ustaz Hayat al Mawlawi dan Perjumpaan NGO Pertubuhan pengamal
Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah
Tarikh: 11 Mei 2013
Masa: 8 pagi - 12 Tengahari
Tentatif:
9 pagi: Pendaftaran dan pembelian buku.
9.30 pagi: Mula diskusi buku
11.00 pagi: Bacaan Mawlid Nabi SAW
11.30 pagi: Sambungan diskusi dan kesimpulan.
12.30 tengahari: Sambungan solawat dan wada'
REHAT
2.30 petang: PERJUMPAAN NGO KISWAH
4.30 petang: Solat Asar
Pembacaan kitab, Solawat dan Wada'
Yuran: FREEEE!!!! (makan ditanggung NGO KISWAH)
CUMA BAWA RM UNTUK BUKU iaitu RM17.
Golongan sasaran:
Semua muslimin dan muslimat sekitar Temerloh dan ahli NGO KISWAH khususnya dari Temerloh, Bentong, Kuantan, Johor, Selangor, Perak dan tidak ketinggalan Kuala Kubu Baru...
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Muqaddimah Penyusun
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang
1 Ramadhan 1426–4hbOktober 2005
5.05pm. KubriKuhafahTanta,Mesir
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang memberikan ku kekuatan untuk mempersembahkan kitab 'Pati Faridatul Faraid' ke dalam bentuk dan gaya bahasa yang serba baru.
Selawat dan salamku kirimkan kepada Baginda Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi utama dalam menegak kebenaran yang semakin dinodai dewasa ini.
Pati Faridatul Faraid'merupakan sebuah nukilan 'talkhis' atau ringkasan daripada kitab Tauhid Melayu yang amat penting dalam survival akidah masyarakat Melayu sejak sekalian lama; "Faridatul Faraid",Sheikh Ahmad al-Fathani.
Kitab tulisan Tuan Guru Nik Abdullah al Jambawi ini merupakan mutiara berharga dalam perkembangan ilmuTauhid di dalam dunia Melayu.
Kemudian, dengan sedikit usaha yang diberi kekuatan dari Allah ini maka daku dengan menyedari segala kelemahan dirinya berusaha menyusun kembali isi-isi kitab ini dalam bentuk soal jawab agar dapat memudahkan lagi pemahaman pembaca.
Gayabahasa lama telahku rombak ke dalam bahasa Melayu yang moden agar dapat memaksimumkan lagi kefahaman pembaca semua.
Sudah menjadi satu perkara yang lazim di kalangan masyarakat Melayu, apabila membahaskan berkenaan ilmu Tauhid al Asyai’rah wal Maturidah sudah terpahat di hati mereka bahawa ilmu Tauhid adalah pelajaran yang susah dan sulit. Sedangkan pelajaran Tauhid adalah mudah dan menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila silibus pelajaran ini disusun dengan gaya yang mudah difahami.
Daku berharap agar usaha kerdil ini dapat mengeluarkan minda para muslimin di negara kita dari kepompong yang mengatakan bahawa pelajaran Tauhid ini adalah sukar difahami dan membosankan.
Diharap juga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi sumbangan berharga buat masyarakat Melayu yang berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekalian lama dalam memahami aliran akidah mereka yang sahih lantas mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam khasnya di Malaysia yang semakin dicemari.
Moga-moga penulisan dengan pendekatan bahasa yang serba moden ini dapat memberi kefahaman dan kepuasan yang maksima kepada pembaca dalam ilmuTauhid.Dalam masa yang sama semangat dan roh asal 'PatiFaridatulFaraid' masih dikekalkan seumpama yang diinginkan pengarang asal.
Isi Kandungan
BAB 1: Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Al Asyai’rah Wal Maturidiah
BAB 2: Ulamak Al Asyairah Wal Maturidiah
BAB 3: Pelajaran Tauhid Di Alam Melayu
BAB 4: MuqaddimahPelajaran Tauhid: Islam, Iman, Ihsan
BAB 5: Hukum Akal Dan Persoalan Taqlid
BAB 6: Mengenal Allah Dan Sifat-sifatnya
BAB 7: Mengenal Perutusan Nabi Dan Yang Berkaitan Dengannya
BAB 8: Kalimah Syahadah dan Penerangannya
BAB 9: Mengenal Para Malaikat
BAB 10: Mengenal Kitab-kitab Allah
BAB 11: Semulia-mulia Makhluk dan Perihal Rasulullah r
BAB 12: Kemaslahatan Yang Enam Serta Isu Riddah
BAB 13: Perkara Samiyyat Dan Alam Akhirat
No comments:
Post a Comment