03 August 2016
3 Ogos 2016. KISWAH Menyertai Seminar Penyakit Mental di HOSHAS Temerloh
3 Ogos 2016. Jemputan sebagai peserta Seminar Sakit Mental di HOSHAS tadi. Penerangan yang menarik dr sudut saintifik. Walaupun pihak perubatan moden tidak menafikan campurlibat syaitan dlm masalah mental. Namun kajian sains membuktikan bahawa segala masalah mental berpunca dr kekurangan atau kelebihan bahan kimia di dalam otak walaupun sekadar was was ketika solat dan mandi wajib. Apatah lagi jika melibatkan gangguan pemikiran, perasaan dan kecelaruan identiti termasuklah simptom skizofrenia, psikosis, nuerosis, affektif - bisikan, penampakan dll.
Justeru, wajiblah dirawat dgn ubatan moden berasaskan kimia. Pesakit was was pun mesti makan ubat (based on drugs) yg dibekalkan oleh pihak Jabatan Psikiatri untuk menghilangkan was was ujar pakar terlibat.
Adapun saya tidak memberi sebarang komen, penerangan, bantahan atau pertanyaan kerana mmg ikhlas ingin mendengar facts berkenaan rawatan penyakit mental dari sudut perspektif rawatan moden seumpama yang digariskan oleh WHO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment