07 August 2016
Beberapa Nota Sebagai Peserta Seminar Sakit Mental HOSHAS 3 Ogos 2016
3 Ogos 2016. Jemputan sebagai
peserta Seminar Sakit Mental di HOSHAS tadi.
Penerangan yang menarik dr sudut
saintifik. Walaupun pihak perubatan moden tidak menafikan campurlibat syaitan
dlm masalah mental. Namun kajian sains membuktikan bahawa segala masalah mental
berpunca dr kekurangan atau kelebihan bahan kimia di dalam otak walaupun
sekadar was was ketika solat dan mandi wajib.
Apatah lagi jika melibatkan
gangguan pemikiran, perasaan dan kecelaruan identiti termasuklah simptom
skizofrenia, psikosis, nuerosis, affektif - bisikan, penampakan dll. Justeru,
wajiblah dirawat dgn ubatan moden berasaskan kimia. Pesakit was was pun mesti
makan ubat (based on drugs) yg dibekalkan oleh pihak Jabatan Psikiatri untuk
menghilangkan was was ujar pakar terlibat.
Antara pengisian yang diberikan
oleh pihak Jabatan Psikiatri HOSHAS:
1) Kesihatan
mental bermaksud: Kesihatan minda.
2) Stress
bermaksud ‘perasaan yang mengalami tekanan.
3) Penyakit
yang berada di bawah bidang PSIKIATRI
ada pelbagai namun tidak menafikan campurlibat jin dan syaitan yang memberi
kesan penyakit kepada mental pesakit.
4) Antara
jenis penyakit mental adalah PSIKOSIS ORGANIK iaitu berkaitan dengan elemen
fizikal. Seperti jangkitan kuman. Kecederaan kepada otak dan DIMENSIA (nyanyuk)
akibat proses penuaan.
5) Seterusnya
SKIZOFRENIA:- Iaitu gangguan pemikiran
dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Ada jutaan kimia di
dalam otak. Setiap bahan kimia yang berbeza mempunyai peranan yang berbeza
seperti kimia untuk mengawal emosi. Kimia untuk perasaan. Kimia untuk gerakan
fizikal. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai NEURO TRANSMITTER.
6) Seterusnya
adalah NEOROSIS atau was was. Iaitu menyebabkan konflik emosi. Dikenali sebagai
penyakit NEUROTIK. Antaranya seperti FOBIA, PANIK dan OBSESIS serta KOMPULSIF.
Seperti perbuatan yang berulang-ulang dan kelampaun menjaga kebersihan yang
abnormal.
7) Seterusnya
adalah AFFEKTIF atau gangguan perasaan. Iaitu seperti kemurungan, manik,
depresif dan dll.
8) Akhirnya
adalah KECELARUAN PERSONALITI. Seperti SOSIOPATIK atau ANTISOSIAL, OBSESIONAL,
HISTERIA dan PARANOID.
Adapun saya tidak memberi
sebarang komen, penerangan, bantahan atau pertanyaan kerana mmg ikhlas ingin
mendengar facts berkenaan rawatan penyakit mental dari sudut perspektif rawatan
moden seumpama yang digariskan oleh WHO.
Sudah pasti di situ terdapat beberapa
perbezaan pendapat dalam bab ini lebih2 lagi kami sebagai pengamal perubatan
Islam lebih meraikan isu ini dari sudut spiritual atau kerohanian dan nilai2
keberkatan dalam kaedah rawatan seumpama yang disuluh oleh al-Quran, as-Sunnah,
Ijma’ dan Qiyas. Tidak lupa juga kami juga mempunyai rujukan dari kitab2
rawatan Islam yang masyhur dan qaul-pendapat serta pengamalan dari para ulamak
dan solehin.
Kesimpulannya, kami pengamal
pengubatan Islam berasaskan RUQYAH SYARIYYAH amatlah berbesar hati sekiranya
pihak HOSHAS mengadakan apa jua bentuk wacana perbincangan sama ada FORUM /
BENGKEL / DIALOG secara umum atau tertutup untuk berkongsi info dan ilmu
berkenaan rawatan mental dari sudut RAWATAN ISLAM. Semoga dapat mengharmoni dan
mendekatkan lagi 2 aliran rawatan yang sama2 penting ini...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment