**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 March 2019

Sumbangan Untuk Sekolah Agama Rakyat Kiswah Diperlukan...




Rayuan Sumbangan Untuk Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Kiswah - Kelengkapan Pejabat Sekolah Agama Rakyat Kafa Kiswah dan Tempat Mengambil Wudu'.
Assalamualaikum. (Terima kasih SHARE dan SEBAR)
Dato2/ Tuan Guru2 / Tuan2 / Puan2 / Saudara / Saudari Yang Dirahmati Allah.
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) No. Pertubuhan: PPM 017 06 23102012 (NGO KISWAH) mengendalikan:
-Sek. Agama Rakyat (KAFA) KISWAH
- Pusat Pengajian Untuk Majlis Ta’alim, Tafaqquh dan Zikir
- Pengajian Al Quran
- Kelas Bahasa Arab
di alamat No 17, Tingkat bawah dan 1, Jalan Jaya 7/1, Taman Jaya 7, Seberang Temerloh. KAFA KISWAH betul2 di depan Hospital Besar Temerloh.
Jumlah yang disasarkan: RM10 000 untuk
1) Kelengkapan pejabat
2) Tempat mengambil wudu
3) Sewa dan utiliti
SEJARAH:
Pusat pengajian telah empat tahun dibuka kepada semua orang awam khususnya golongan dewasa berkerjaya yang ingin mempelajari asas Al Quran dan 'Tafaqquh Fardhu Ain Berkitab’ dalam bentuk kelas mingguan.
Pusat ini selama ini dijalankan bukan berunsurkan komersil kerana tiada yuran khas dikenakan.Namun begitu, sumbangan dari peserta dan orang ramai amat dialu-alukan. Pelbagai program telah dan akan diadakan seperti seminar fiqh solat, fiqh wanita, kursus fardhu ain.
Pada tahun 2018 telah dimulakan kelas pengajian al-Quran untuk pelajar sekolah menengah dan rendah dengan sedikit yuran.
Pada tahun 2019 telah dimulakan kelas pengajian Bahasa Arab dan Sekolah Agama Rakyat Sar Kafa Kiswah Temerloh.
Oleh itu, pusat pengajian memerlukan bantuan Tuan / Puan untuk survival lantas mengurangkan beban pengurusan kelas setiap bulan.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun NGO KISWAH;
*Maybank 556057503843 (secara cash deposit) atas nama “Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam” dan dimaklumkan kepada saya.*
atau berhubung terus dengan saya di talian 0179065131 Ustaz Hayat Kiswah.
Semoga segala jasa baik Tuan / Puan diganjari Allah Taala di dunia - dimurahkan rezeki dan di akhirat beroleh syurgaNya. Amin.
Yang benar,
Ustaz Hayat KISWAH
017 9065131 www.rawatanislam2u.com
Pengerusi NGO KISWAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...