**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 October 2010

Jemputan Seminar KISWAH (modul 1) Masjid Batu 10, Kuantan, Pahang 23 Oktober 2010

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam Berasaskan Ruqyah di Masjid Al Makmur, Batu 10, Kuantan

Tarikh : 23 hb Oktober 2010

Tempat : Masjid Al Makmur, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang

Penyertaan: Terbuka kepada peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 30 seorang (nota, sijil dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Masjid Al Makmur, Batu 10, Kuantan, Pahang.



Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk

halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan

tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai



Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda ke nombor di bawah.

Bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Khairul (Imam Masjid al Makmur Kem Batu 10) : 019 9040191

Pendaftaran masih dibuka sehingga hari program!


Layari: blog: http://rawatanislam2u.com/
: portal: http://www.rukyahsyariah.com/

Kenangan di Seminar Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum semua... Ampun sebab lama dah tak update blog.. Maklumlah agak kesibukan...

Alhamdulillah seminar di Hotel Raudhah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan... Perjalanan 1000 km lebih dari Temerloh bersama Abang Kasim, Anas al Karkun dan Kamarul sebenarnya banyak mengajar kami erti kesabaran...

Seminar dengan kehadiran yang sederhana ini sebenarnya bagi saya amat meriah dengan penglibatan dan perbincangan yang ilmiah antara saya dan peserta...

Di kesempata ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Prof Shahnor dari UPM dan Abang Razak serta isteri yang sanggup turun dari Kuala Terengganu dan turut serta bertindak sebagai urusetia program.. Jasamu tetap dikenang....









Kami bertolak dari Temerloh selepas Solat Jumaat pada 15hb Okt dan sampai ke Kelantan pada pukul 3.00 pagi... Sesungguhnya perjalanan yang diisi dengan muzakarah perubatan Islam di dalam kereta ini dimanfaatkan dengan baik oleh semua ahli KISWAH yang terlibat dalam safar ini..... Kami banyak membincangkan isu2 perubatan Islam sepanjang perjalanan ini....

Kami menyewa di sebuah hotel di KB dan keesokan harinya seminar berlangsung dengan meriah sekali... Alhamdulillah..






Seminar yang berlangsung dari pagi hingga petang ini sememangnya merupakan seminar yang banyak memberikan saya pengajaran dan erti kesabaran.... Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur khususnya Prof ShahNor dan sahabat2 seperjuangan merangkap anak2 murid seperti Abang Kasim yang merupakan murid kesayangan saya, Kamarul yang telah menghabiskan duit simpanan peribadinya sebanyak ratusan ringgit bagi menjayakan program ini dan Anas yang ringan tulang menggunakan cuti di Maahad Tahfiznya untuk berbakti kepada agama...

Sesungguhnya inilah usaha kerdil kami melalui dakwah yang seadanya, demi memperkenalkan kaedah rawatan Islam yang bebas dari unsur2 perbomohan dan kesyirikan. Kami akan terus berjuang dan berjuang menyelamatkan masyarakat dari penipuan dan kesyirikan....

Semoga Allah menilai usaha kami ini sebagai persembahan amalan soleh kepadanya... Amin Ya Rabb.... Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!


P/S: Kepada yang belum menyertai lagi seminar kami sila berbuat demikian sekarang... Sila check balik seminar2 kami yang terdekat...

2) Kepada mana2 pihak: Agensi, masjid, universiti dan badan2 kerajaan yang hendak anjurkan seminar / kursus rawatan Islam sila hubungi Saudara Zailan: 018 2027559

13 October 2010

Jangan lupa seminar kami di Kota Bharu Sabtu ni!!!


Jangan lupa seminar kami di Hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan Sabtu ni... Pendaftaran masih dibuka!!!

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam Berasaskan Ruqyah di Kota Baharu , Kelantan

Tarikh : 16 hb Oktober 2010

Tempat : Hotel Raudhah, Kota Bharu, KELANTAN

Penyertaan: Terbuka kepada 50 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 80 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Prof ShahNor Basri, PhD, FASc
Fakulti Kejuruteraan
UPM, Selangor

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk

halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan

tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank

in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

No a.c : MAYBANK (1621 4295 6969) - Siti Kadariah Saman

…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Prof. ShahNor Basri (019 622 3505)

Puan Siti Kadariah Saman (019 330 4140)

Zaini Mustapha (019 923 2200)

Sdra Razak Yusof (Peserta Trengganu) - 019 9869219

Sdra Kamarul (012 6648861)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.


Layari: blog: http://rawatanislam2u.com/
: portal: http://www.rukyahsyariah.com/

12 October 2010

Diganggu Jin Khadam Cincin???

Cincin yang dibeli beratus2 ringgit yang didakwa penjualnya mempunyai khadam penunduk dsb yang boleh membawa kehebatan kepada tuannya....

Akhirnya yang dapat hanyalah sakit dan kesusahan dalam hidup saja.....Namun benarkah cincin2 ini penyebab tuannya menderita sakit?????!!! Bukankah sebelumnya didakwa penjualnya akan membawa kehebatan dan kemegahan???

Saya rendamkan di dalam air ruqyah yang dicampur garam semalaman... Ada orang mengatakan kepada saya;kalau nak tahu cincin itu berisi atau tidak baca Ayatul Kursiy dan letakkan di bawah lidah.. Kalau panas boleh jadi cincin anda berisi dengan jin khadam.... Apapun sejauh mana kebenarannya tidaklah saya ketahui dan usul periksa...... Wallahu A'lam...



Assalamualaikum semua.....

Kali ini saya akan berkongsi kisah rawatan seorang bekas jaga yang mendakwa sakit kerana mengambil ilmu silat ghaib dari seorang yang mendakwa 'ustaz' di Kuala Lumpur...

Kisah bermula apabila pemuda yang berasal dari Jengka ini mula bekerja sebagai jaga. Padanya; seorang yang bekerja sebagai jaga yang berkaliber hendaklah mempunyai ilmu2 kehebatan, kegagahan dan supernatural sedikit sebanyak sebagai persiapan menghadapi sebarang bentuk ancaman penjahat jin dan manusia....

Suatu hari apabila beliau membaca sebuah akhbar tabloid tempatan; terperasan olehnya satu iklan silat ghaib yang menawarkan 'kehebatan' melalui perantaraan cincin yang dimasukkan 'kuasa' tertentu.... Tambahan lagi dia merasakan dirinya mempunyai gangguan sedia ada dan berharap agar pemakaian cincin hikmat tersebut dapat membantu menghilangkan gangguannya dan dalam masa yang sama membantunya menjadi seorang yang GAGAH dan HEBAT.

Tanpa berlengah lagi beliau pun membeli cincin yang berharga beratus2 ringgit tersebut dan disusuli dengan beberapa cincin lain dari orang yang berbeza...

Beliau jugadimaklumkan cincin tersebut telah diisi dengan khadam cincin yang boleh diseru untuk mendapat kekuatan tertentu mengikut jenis dan keistimewaan khadam2 itu...

MALANGNYA,

Semenjak memakai cincin tersebut, mengamalkan manteranya dan melakukan pantang larangnya; hidupnya kini telah berubah... bukan kpd kebaikan tetapi kepada kekusutan, masalah, kesempitan dan kesakitan sehingga akhirnya dia berhenti kerja..... Sakitnya menjadi2 dan beliau mengakui bahawa tanda2 gangguan ketika jaga dan tidur, semuanya beliau miliki.

Lalu beliau memperbanyakkan input berkenaan ilmu perubatan Islam dan diperkenalkan dengan cd ruqyah dari pusat rawatan lain... Dari situlah mulanya perjuangan beliau untuk mendapatkan rawatan.....

SEHINGGALAH,

Akhirnya beliau berkunjung ke pusat rawatan.... Rawatan yang saya lakukan adalah:

  1. Mula2 saya mandikan beliau dengan air ruqyah berais sehingga beliau termuntah.
  2. Saya membacakan ruqyah dan berdakwah kepada jin yang berada di dalam badan dan yang bertapak di dalam cincin tersebut (sekiranya ada) supaya bertaubat dan keluar dari tubuh badannya.....
  3. Saya terpaksa memicit sekali sekala jari kakinya dan beliau menunjukkan rasa sakit dan mula berguling2... sesekali kelihatan dia menggengam penumbuk.... Saya memberanikan diri dan bertawakkal kepada Allah... Maklumlah saya dan dia saja di pusat rawatan.. Tiada orang membantu saya.... kecuali semuanya saya serahkan kepada ALLAH...
  4. Saya teruskan ruqyah lebih dari 30 minit dan menepuk belakangnya...
  5. Saya terpaksa menitik lengannya dengan kayu (kaedah ketuk) ; sambil berbaring dan sing kelihatan mulutnya seperti hendak muntah..... Sesekali nampak pesakit ingin mengamuk... Saya standby dengan memegang kayu rotan saya; buluh tumpat sebagai langkah berjaga2.
  6. Saya mendudukkanya kembali.. Sambil membaca ruqyah dan berdakwah kepada jin tersebut, saya menggelekkan pula 'bola rawatan' saya ke leher mangsa. Untuk pengetahuan pesakit yang kerasukan urat di lehernya tegang... Jika ditekan atau digelek (biasanya dengan buah limau) pesakit akan muda muntah dan mengeluarkan bisa2 penyakitnya.... Pesakit muntah dengan banyaknya....
  7. Saya meneruskan bacaan ruqyah dan menepuk belakangnya...... Pesakit muntah dan muntah... Saya membacakan berulang kali 115-118 Surah al Mukminun...... dan menepuk belakang mangsa dengan tangan dan sejadah yang digulungkan.....
  8. Pesakit mula reda....... saya memicit kakinya sekali lagi, namun dia sudah tidak berasa sakit lagi seperti sebelumnya....... saya sedarkan dengan cara menyuruhnya membuka mata dan minum air ruqyah yang dicampur garam....
  9. Semasa semua proses ini berlaku saya merendamkan cincin2 itu ke dalam air garam ruqyah... Saya biarkan semalaman untuk mematikannya...
Beliau menyatakan tubuhnya berasa lega dan ringan... Alhamdulillah...... Saya ingin memulangkan cincin2 tersebut tetapi beliau tidak mahu... Sudah serik... katanya...

Sama ada benar2 sakitnya disebabkan cincin2 tersebut tidak saya tahu kerana saya tidak pandai menilik..... Apapun saya hanya tukang doa yang berdoa agar pesakit yang hadir ke pusat rawatan sembuh sediakala supaya senang beramal ibadah kepada Allah...

Saya bekalkan dengan amalan2 untuk dibuat di rumah seperti minum, mandi air ruqyah, calit minyak wangi ruqyah, sedekah dsb....

Saya menasihatkan pesakit tersebut agar istiqamah beramal ibadah.... Sekiranya simptom sakit berulang hendaklah dirawat lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehingga benar2 sembuh....

Habis saya nak buat apa cincin2 dia..... Anda nak??? :)

11 October 2010

MISTERI??? Jin Menegakkan Keris Keramat???!!!

Seperti yang diperik dari blog KISWAH Bandar Puteri Klang: http://ubatsihir.blogspot.com/

Assalamualaikum,

Berikut saya pamirkan beberapa barangan yang menjadi tapak jin yang diseru orang orang zaman dahulu kala. Sundang yang saya pamirkan ini merupakan sundang pesakit yang terlantar.

Tapi yer lah orang dulu memang inilah senjata mereka nak kita salahkan mereka tak boleh sebab pada waktu itu memang ini lah senjatanya. Diasap untuk dikeringkan dilimau untuk membisakan. Diikat agar tidak dapat dipermainkan oleh kanak kanak dan sesungguhnya itulah tujuan asal perbuatan perbuatan itu.

Tapi bila mula diperasapkan dan dibacakan mentera dan doa doa tertentu meminta senjata menjadi pelindung dan penyerang dgn izin ALLAH maka hadirlah jin jin kufur yang duduk menggunakan senjata senjata ini sebagai perantaraan manusia dan ALLAH nauzubillah.

Jangan kita menyerang pula penyimpan senjata yang berada di jalan hak...mereka simpan keris dan perasapkan bukan untk kasi jin makan tapi untuk menjaga keris dari menjadi rosak....asal perasap keris sahaja kita anggap syirik...periksa dahulu perasap keris bukan nak panggil jin tapi nak keringkan keris yang di bersihkan. Dan senjata lama kalau dijadikan hiasan memang cantik dan unik.

Ni dia saya pamerkan sundang dan lawi ayam (kerambit buah) dikatakan sudah berusia lebih 150 tahun Wallahualam....









Eh eh apa ni....last last semua barang itu kena rendam dalam air rawatan yang dibacakkan rukyah syariah....

Jadi forumers yang dirahmati ALLAH...jangan lah kita terpedaya dgn kata kata mana mana tukang tukang telek yang menelek nelek, yang menegakkan keris dan sebagainya...SEMUA ITU PEMBOHONG BESAR...... Tiada benda yang ada power semua dgn izin ALLAH.

Sundang itu tegak bukan kerana dia boleh tegak tapi kerana disandarkan pada sarung sundang itu dan juga sebab imbangannya tepat bukan pasal ada karamah atau pun ada kuasa.

"cuba buat berdiri dari hulu keris plak.. letak hulu keris diatas sarung keris kemudian imbangkn ..klu kris tu bagus buatannya gerenti ble berdiri... ni bukan trick cuma skill je.. hebat keilmuan tukang besi melayu yg ble buat keris/sundang/tumbuk lada dan pelbagai senjata melayu berdiri ... Allah Maha Besar...


itu lah dia center of gravity..keris yang seimbang kalau di main akan jadi laju tikamannya. sebab itu ia berlekuk (lok) bukan sahaja untuk merobekkan daging musuh tapi keris yang seimbag bila di tikam tidak akan nampak mata keris itu menuju kearah lawan.

Mengengam keris tidak boleh kuat perlu lembut tetapi kemas sebab itu kesimbangan keris amat penting ...keris yang seimbang boleh tegak di dirikan kepala ke hulu dan hulu ke kepala."

Saya akan buat pendedahan demi pendedahan berani selepas ini sebab kita di jalan ALLAH kita tegakkan yang benar bukan tegakkan keris dan mengatakan keris itu power.........

Saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung tapi ini lah realiti...

Sila join forum kami untuk perbincangan yang bermanfaat!

09 October 2010

Sekitar Pemasangan Signboard Pusat Rawatan KISWAH Temerloh

Alhamdulillah... dengan izin Allah Taala dan keberkatan doa anda semua serta guru2 kami, akhirnya kami berjaya menaikkan signboard Pusat Rawatan setelah berusaha mengumpul dana untuk signboard yang berharga beribu2 RM ni...

Alhamdulillah setelah beberapa lama berlalu perkembangan KISWAH amat menggalakkan dan segala perbelanjaan untuk pengurusan pusat rawatan kami dipermudahkan oleh Allah Taala..

Kami berusaha sedaya upaya, dengan titik peluh serta keringat untuk memperjuangakan perubatan Islam di negara ini... tanpa melalui satu sen pun pinjaman kewangan dari mana2 bank, institusi dan agensi.... Orang kata sikit2 lama2 jadi bukit... kumpullah duit sedaya upaya yang mungkin..... untuk menjadikan segala usaha kita lebih murni dan berkat.......

Prinsip hidup saya adalah "SIFAR HUTANG DAN SIFAR LOAN SERTA PINJAMAN" walau dalam segenap urusan kehidupan.... Setakat mana yang Allah beri itulah nikmat yang wajib disyukuri... Setakat bertimbunnya rezeki yang Allah bagi ini pun tak sempat nak bersyukur lagi..... Memadailah dengan apa yang Allah beri.... "QANAAH"

Lebih2 lagi mengenangkan dunia yang singkat ni, nyawa yang dipinjam Allah Taala ni, yang tak tahu setakat mana dan bila Allah nak kasi pinjam... Bila2 dia boleh ambil...

Ya Allah jadikanlah aku hambanya yang tidak jemu2 bersyukur dan mengharap padaMu sahaja.... Pilihlah diriku menjadi hambamu yang zuhud dan redha.......

Apapun... saya kongsikan gambar pemasangan signboard... sekadar untuk berkongsi kegembiraan... barulah syiar terserlah sikit...Naik sikit seri pusat rawatan....! Maklumlah dah mengumpul dan planning sejak bulan Februari lagi...

Alhamdulillah.....
















Semoga Allah memberkati perjuangan kami... Amin Ya Rabb!!!

08 October 2010

Majlis Tahnik Baby Nazim bersama Sheikh Raja + Penjelasan berkenaan AKIKAH,TAHNIK, TASMIAH, HALAQ

Majlis Tahnik (Belah Mulut) dan Cukur Jambul bersama Tuanku Sheikh Raja Ashman...

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah dengan izin Allah jua kami sekeluarga berangkat ke Zawiyah Bukit Damansara Kuala Lumpur untuk menziarahi guru kami dan turut sama membawa baby Nazim untuk menyertai majis tahnik dan cukur jambul...

Walaupun Baby Nazim dah aqiqah dan diberi nama pada hari ketujuh dan dah bercukur.... Kami mengambil kesempatan ini untuk mengambil berkat guru kami, Tuanku Sh Raja bagi tujuan belah mulut anakanda kami.....

Pada hari yang dijanjikan, majis berlangsung dengan gilang gemilang diserikan dengan solat berjemaah,zikir khatam khawajakan, maulid yang dikendalikan oleh Maulid Ensemble Kedah serta dihadiri ratusan murideen dan muhibbin pada malam barakah, Sayyidul Ayyam tersebut.... Ahli keluarga KISWAH Ruqyah Syariyyah juga tidak ketinggalan mengikuti majlis tersebut... Antara yang hadir adalah Tuan Admin Forum KISWAH dan Us Hasan. Di bawah adalah koleksi gambar majlis tersebut:

Muhammad Nazim; yang ditahnik oleh Tuanku Sheikh Raja Ashman

Abdullah Faiz, semakin membesar. Semoga menjadi penyambung perjuangan abi dan ummi.

Kelihatan Us Wan Tiung Mistik yang bersemangat mendendangkan maulid nabi saw; memuji RasulullALLAH saw.... " Katakanlah sekiranya kamu semua mencintai Allah maka ikutilah Daku nescaya kamu akan dicintai Allah....." petikan Surah Ali Imran.

Kelihatan anak murid saya di dalam perubatan Tuan Puden bersemangat berhadrah bersama ikhwan yang lain... Semoga menjadi perawat yang berdedikasi kelak!

Beginilah kasih saya antara guru dan murid. Semoga Allah memanjangkan umur Sh Raja dan merahmatinya.


Baby Girl Cikgu Fakhrul sedang digunting jambul oleh Sh Raja

Pelbagai keturunan, budaya, bangsa dan negara... akhirnya dipertemukan kerana CINTA!

Tuanku Sh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah, anak raja yang soleh, zuhud dan merendah diri. Sekiranya tiada usaha dari Tuanku, sudah pasti semua tarekat2 di Malaysia berdepan masalah2 khususnya dari serangan puak Wahhabi...

Masya Allah, Tuanku sangat berkenan dengan nama Muhammad Nazim. Kami sayangkan Tuanku kerana Allah... Jangan tinggalkan kami tanpa pimpinanmu!

Doa dari seorang hamba Allah yang banyak mendidik kami. Baginda adalah khalifah Maulana Sheikh Raja untuk kawasan Timur.

Tuanku Sheikh Raja gemar memberi gula2 kepada kanak2 sama seperti Maulana Sh Nazim. Itulah fovourite Abdullah Faiz.. Tuanku tanya mana Muhammad Nazim...??? " ada kat ummi dia.."

Tidak ketinggalan meminta air ruqyah daripada guru kami, untuk ikhtiar penyembuhan kami sekeluarga.. Tuanku Sh Rajalah sebenarnya Sheikhul Mualij!

Majlis Maulidur Rasul saw berlangsung dalam perasaan kasih sayang tidak terperi kepada baginda Rasulullah saw.... Berserban hijau dan berkopiah tajam juga adalah pakaian Nabi Muhammad saw seperti serban hijau yang didapati di Muzium Topkapi Turki ; tinggalan Turki Uthmaniyyah.

Semoga saya menjadi murid yang setia, tawadduk dan lembut bagi mendidik masyarakat ke jalan yang benar.... Teringat pesanan Maulana Sh Nazim kepada saya ketika di pangkuannya di Cyprus.... Maulana berkata kepada saya dengan penuh kasih sayang.. "Malaysia negara kamu bertuah kerana sistem beraja masih ada... Itulah sistem pemerintahan Islam yang sebenar... Peganglah Sh Raja Ashman sungguh2... Jangan berbelah bagi..."

Pernah sekali Maulana berkata;" as Sulthan huwa zilalullah fi ardihi" Sultan adalah lembayung Allah di muka bumiNya".

Mentaati Tuanku Sh Raja adalah mentaati Maulana Sheikh....

Terima kasih Tuanku Sh Raja atas sokongan Tuanku selama ini. KISWAH diberi nama oleh Tuanku Sh Raja dan kami diijazahkan dengan ijazah perubatan Islam oleh baginda... Terus terang dikatakan, semenjak diberi ijazah oleh Tuanku Sh Raja; Masya Allah, perkembangan KISWAH amat pesat sekali di seluruh Malaysia..

MADAD YA SHEIKH RAJA ASHMAN!

____________________________________________

MAKLUMAT BERKENAAN AQIQAH, TAHNIQ, TASMIYYAH DAN HALAQ

Maklumat berkenaan aqiqah, tahnik, tasmiyyah (beri nama), halaq (cukur jambul): (rujukan kitab al Iqna' fi Hall Alfaz Abi Syuja' oleh Imam Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad Khatib as Syarbini)

1) Aqiqah bermaksud: Sembelihan yang dilakukan pada hari ketujuh kelahiran si anak. Pada hari tersebut dicukur rambutnya dan diberi nama yang baik2.

2) Hukum: Sunnat Muakkadah - yang sangat2 dituntut.

3) Dalil: Hadis Nabi Muhammad saw: "Setiap bayi tersebut ditebus (sakit, masa depan dan keperibadiannya) dengan akikah yang disembelih pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama."

" Sesungguhnya Nabi Muhammad saw memerintahkan bayi diberi nama pada hari yang ketujuh kelahirannya."

4) Waktu akikah: Sejak kelahiran bayi dan disunatkan pada hari yang ketujuh kelahiran bayi seperti yang ditulis di dalam kitab Majmu' Imam Nawawi.

5) Sunat2 lain: Dicukur rambutnya dan kemudian kepala bayi tersebut disapu dengan za'faran / saffron. Kemudian dikumpul rambut2 tersebut, dikering dan ditimbang dengan harga PERAK.... Jumlah duit tersebut kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin /mana2 lapan asnaf. Nabi
Muhammad saw membayar harga timbangan cucuandanya Saidina Hasan dan Husian ra dengan harga PERAK.

6) Sunat2 lain: Diberikan nama pada hari yang ketujuh seperti yang ditulis di dalam kitab Majmu'. Tetapi jika ingin diberi nama awal pun tidak mengapa. Disunatkan memberi nama2 yang baik dan sebaik2 nama adalah Abdur Rahman dan Abdullah.Nama2 Nabi khususnya Nabi Muhammad saw dan nabi2 lain,nama para sahabat dan orang soleh... begitu juga nama wanita: Fatimah, Khadijah, Maryam dan Asiah serta nama anak2 & keluarga nabi dan sahabiah.

7) Jumlah kambing: Bayi lelaki: Disunatkan dua ekor kambing. Perempuan: Seekor kambing... Lagi besar dan banyak daging lagi baik!!!

8) Bentuk daging: Hendaklah dimasak MANIS dan diberi / memberi jamuan kepada orang ramai khususnya FAKIR MISKIN. Tidak diberi mentah seperti daging korban.

9) Dagingnya dimasak manis (orang kita biasanya masak kurma atau kari manis) dan disertai dengan manis2an... (orang kita biasa buat bubur jinak @ liar) supaya sabda nabi saw; akhlaknya juga manis di hadapan manusia. Sesungguhnya nabi Muhammad saw suka kepada manisan dan madu!

10) Fadhilat dan kelebihan akikah: Anak2 menjadi pemberi syafaat di akhirat, anak berakhlak mulia dan sihat dengan kehendak Allah jua serta berkat usaha ibu bapanya.

11) RISIKO MENINGGALKAN AKIKAH:Berkata ulamak, anak yang tidak diakikahkan; maka tidak dapat menjadi syafaatnya ibu bapanya diakhirat, berisiko untuk sakit zahir dan batin serta kurang akhlaknya.

12) Perkara yang perlu diberi perhatian: Belanja akikah dan kendurinya adalah duit si bapa bayi tersebut. Bukan duit pemberian orang kepada anak2 kita yang baru lahir... Hasil dari usaha si bapa. Sebab itu, apabila dapat saja berita isteri mengandung; terus diwujudkan dana akikah dan
kelahiran dalam rumahtangga supaya dapat akikah seawal hari ketujuh!

13)Nama disunatkan diberikan oleh bapa kepada ayah bayi... Tok belah ayah.... kerana Nabi Muhammad namanya diberikan oleh Abd Mutalib. Juga 'ayah2 rohani' atau guru2 mursyid kita.... Sekiranya kita ada berhajat dan berkenan mana2 nama, ambillah berkat dengan meminta izin dan dustur mereka serta meminta pandangan mereka.

14) Tahnik (belah mulut) iaitu dengan cara memasukkan manisan khususnya kurma / jus kurma ke dalam mulut bayi yang masih kecil dan disunatkan pada hari yang ketujuh. Disunatkan tahnik dilakukan oleh orang2 alim / mursyid / tok guru supaya keberkatan mereka mengalir ke bayi tersebut dan semoga anak tersebut menjadi seperti orang yang mentahnik.... Jika tiada orang2 alim maka bolehlah ditahnik oleh bapa atau datuknya....

15) Perihal majlis: Selalu majlis diadakan serentak; akikah, cukur jambul dan tahnik... Namun ada juga majlis yang mengasingkan akikah dan cukur jambul. Walaubagaimanapun yang terbaik; semuanya dibuat pada hari yang ketujuh. Majlis juga boleh dimeriahkan lagi dengan bacaan selawat,maulid, tahlil dan doa selamat.

Alhamdulillah pengalaman saya berhadapan situasi mencemaskan anak kedua saya Muhammad Nazim dimasukkan ke NICU kritikal kerana masalah paru2 tidak matang memberi banyak pengajaran kepada saya... Baby Nazim lahir pada 15 Syaaban dimasukkan ke NICU selama 10 hari. Sebaik saja akikah selesai dilakukan di Klang; terus saya diberitakan oleh isteri (ketika itu kami seminar di Masjid Negeri Shah Alam) doktor sudah menaggalkan oksigen... dan ketika jamuan akikah diadakan di masjid tersebut saya dimaklumkan alat2 lain juga ditanggalkan.... dengan IZIN ALLAH JUA!

Sungguh ajaib ibadah akikah ini...

Sebab itu sekiranya ada pihak yang bertanya kepada saya tentang bayi mereka yang sakit.. Maka saya sarankan diakikahkan secepat mungkin kerana akikah; selain menghidupkan sunnah nabi saw, antara fadhilatnya adalah menebus penyakit; untuk kesihatan bayi dan molek akhlaknya di kemudian hari nanti....

Saranan saya kepada sesiapa yang masih tidak akikah, tahnik anak masing2... silalah berbuat demikian secepat mungkin!

06 October 2010

Video Rawatan Pengamal Ajaran Silat Batin



Rawatan dijalankan oleh Us Hasan dan Pak Usu di Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah Syariyyah di Bandar Puteri Klang. (013 4651866- Us Hasan)

Seorang pesakit yang di ganggu jin kerana amalan bertapa dan mengamalkan ilmu kebatinan tanpa usul periksa. ada beberapa waktu kami terpaksa memotong video ini kerana pesakit bangun bersilat dan menyerang perawat. tetapi apabila di azankan dengan izin ALLAH beliau rebah. Dengarkan jin yang merasuk itu bercakap nama yang diberikan ialah Panglima Harimau Berantai dan bila di tanya kali kedua namanya bertukar kepada Sameon...WALLAHUALAM

Perbincangan: Sedekah dan solat: Kaedah Penyembuhan yg Ajaib!


Sebahagian duit anda ada bahagian orang lain... Bersedekahlah!

Ini adalah sebahagian perbincangan kami di dalam forum... berkisar tentang sedekah sumber kesembuhan:
Hayat:
Untuk jauhi penyakit Tuanku Sheikh Raja mengatakan bahawa Maulana Sh  berpesan:

1) Solat sunat 2 rakaat sehari dengan niat hajat jauh dari penyakit dan wabak... zahir dan batin

2) Daily sadaqa dengan niat yang sama...

Putra:
Salam...
Mohon penjelasan ttg sedekah tu.. camna ya... tidak paham..
saya agak konfius mintak pencerahan... niatnya camna ya.. niat kerana Allah Taala itu pasti .. tp klu berniat utk kesembohan tu yg xpaham... klu tak sedekah.. tak semboh ke... puas saya fikir... nk sedekah ke tak nak sedekah... hambo ni mmg xtahu...

Tuan Admin:
Salam.......niat solat tu niat solat........doa dalam solat tu mintak sihat dan kesembuhan......

Sedekah itu sedekah lah saja......Syeikh Raja pesan....simpan lah duit sedikit dalam tabung harian....dan bila hujun bulan sedekah lah......niat sedekah kerana ALLAH.....kerana ikhlas bersedekah itu lah yang membawa kesembuhan...

KENA IKHLAS......mudah kan?...dan tiada siapa kata tak sedekah tidak boleh sembuh.....kalau sedekah boleh sembuh......sedekah tak mendatangkan kesembuhan tapi ALLAH yang datangkan kesembuhan.

macam ni lah kalau jumpa doktor nak bayar ker tak nak?.....lebih kurang gitu lah.....

Macam tuan putra kalau tak mahu sedekah tak der siapa boleh paksa dan kalau terlalu banyak fikir nak sedekah atau tidak baik toksah buat sebab nanti jadi tak ikhlas......nak sedekah tak perlu fikir

Amer:
btl gak mksd tuan putera, bile di pk rs cam keliru jugak mksd ikhlas dalam bersedekah ni.. adakah ikhls sbb mahukan kesembuhan semata2, jd cam tak ikhlas pulak.. klu tak niat seolah mcm btlkah hajat/niat mohon kesembuhan? rs2 kalu tak niat pn, tanpa perlu pk teruskan saje bersedekah sesungguhnya tuhan maha mengetahui.. tak mcm tu ker tuan?? tapi..dlm berdoa kite memohon/berjahat pd Allah... adakah kalau kite tidak niat/mohon/berhajat Allah tidak akan makbulkn? urm..maaf..konfius2..

Tuan Admin:
Jangan berjahat pada ALLAH biggrin.gif .......

baik lah di umpakan berzakat itu seperti membuang daun yang rosak pada pokok...... kita keluarkan zakat agar rezeki kita berkat.....jadi niat tu?....mintak rezeki berkat kan?.....tapi tetap jatuh pada keihlasan untuk berzakat.......tapi zakat itu wajib jadi adakah kita terikat dgn wajib zakat dan hilang pula niat ikhlas?...hah macam mana tu?.....solat wajib......adakah kita solat sebab dia wajib atau sebab kita ikhlas nak solat?....akan pening kalau fikir macam ni.....

Bila di anjurkan solat sunat kita solat lah saja....bila berpuasa pun gitu...bila sedekah pun gitu gak.....tapi niat itu sedekah kita mohon pada ALLAH untuk kita sembuh....kan mudah? biggrin.gif

Amer:
syukran..time kasih atas pencerahan.. sudah sedikit jelas, maknenyer kite lakukan saja tanpa sedikitpn rs kekesalan jika tdk dpt ganjaran sepertimana yg dimohon.. sgghnya ikhlas dan redha atas balasan.. dan bersyukur atas pemberian..

Mienami:
Assalamualaikum,
IKHLAS?

niatkan : buat sesuatu pekerjaan/amalan kerana Allah, untuk kesembuhan/sedekah dll

selalulah periksa amalan/pekerjaan kita sebelum, semasa dan selepas amalan...kerana Allah dan untuk..........

untuk mendapatkan ikhlas perlulah ada istiqhomah, dengan adanya istiqhomah barulah datang nya istikhlas, dengan adanya istikhlas barulah datangnya IKHLAS..

WALLAHUAKLAM

kita sebagai manuasia yang lemah ini tidak akan tahu Ikhlas atau tidak ikhlas kerana

Ikhlas adalah rahsia ALLAH swt..

Ikhlas umpama melihat semut hitam diatas batu yang berwarna hitam dimalam hari yg gelap gelita...itulah ikhlas

Insyaallah....

Hayat:
Ihkhlas tak ikhlas bukan kerja kita nak nilai..... sedekah je dgn niat kesembuhan

benda yang mudah jgn disusah2kan... yassiru wa la tuassiru... jgn dicomplicatedkan sehingga mencacatkan niat kita nak buat kebaikan.... buat saja...

Hayat:
Seorang sahabat ada menyampaikan suhbah / sohbet / tazkirah Maulana Sheikh Adnan baru2 ni semasa guru kami tersebut berada di Sri Lanka... Beliau mengatakan sekarang adalah musim negara kita diturun penyakit..... Ramai orang yang sakit akhir2 ini....

Dalam satu suhbah Maulana Sheikh baru2 ini ada menyentuh berkenaan penyakit ni... Maulana menyatakan bahawa untuk menangkis penyakit2 dari menyerang kita, tidak kira sama ada kita masih sihat atau sedang sakit maka hendaklahL

1) Setiap hari mengerjakan solat sunat dua rakaat bertujuan memohon dari Allah Taala agar menyihatkan tubuh badan kita, semua anggota dan organnya sihat rohaniah dan jasmaniah.

2) Setiap hari membayar sedekah harian, 'tiap2 hari' dengan niat kesembuhan juga...

Sama2lah kita berikhtiar dan berdoa semoga Allah Taala menjauhkan kita dari penyakit...

Amin Ya Rabb!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!


Hayat:


Dalam banyak-banyak kaedah perubatan yang ada; saya sangat teruja dengan teknik perubatan menggunakan metod bersedekah... Yakinlah bahawa 'SEDEKAH' adalah ikhtiar penyembuhan yang sangat mustajab!!!

Kami sering merujuk kepada guru kami tentang kaedah perubatan yang digunakan untuk penyakit tertentu...Kekadang jawapannya adalah 'SEDEKAH'. Mursyid saya memang menyarankan kaedah dan konsep 'bersedekah sumber kesembuhan'.

Lazimnya, banyak penyakit yang dideritai pesakit sembuh setelah bersedekah setelah berputus asa berulang alik menemui doktor dan perawat rawatan Islam... Ajaib bukan!!!

Bagi orang yang berakidah 'rasionalisme' mungkin sahaja terpacul di lidahnya "apa kaitan sedekah dengan sakit kanser / 'gangguan' aku." Namun telah terbukti sebelumnya penyakit yang sukar diubati berjaya sembuh di tangan 'SEDEKAH'. "SEEING IS BELIEVING!!!"

Puteri:
Betul betul betul

Puteri pun tak pandai bab bab ini tapi bila nak sedekah itu kita sedekahlah saja.kalau sakit sedekahlah lebih sikit...kalau dah sihat tambahkan sedekah agar tidak di landa kesakitan lagi.

Buat lah mana mana yang baik walau duit ada seposen kita sedekah dengan ikhlas mohon pula pada ALLAH untuk sembuh pulak.

Macam kita sakit jumpa doktor dan kita kena bayar duit ubat. Kita sakit kira kafarah dosa jadi kita kena bayar dengan kesakitan.

eh eh pandai pandai pula menyampuk!


Hayat:
betul tu puteri...

kata habib ahmad al jakartari  kepada saya... habibnya kata.. sedekah dan juga sembelih kambing untuk dijamu fakir miskin adalah ubat terbaik kepada orang sakit.... niatkan untuk:

1) Kafarah dosa kita yang lepas... mana tahu kita ada buat dosa dan salah kepada sesiapa,, jadi Allah kafarah dosa kita di akhirat dalm bentuk bala dan penyakit dunia supaya kurang beban di akhirat nanti... jadi nak kaffarah (tebus balik) maka hendaklah sedekah dan menjamu orang miskin..

2) situasi kedua... sebab mungkin pernah kita berjanji / bernazar dengan Allah sesuatu kemudian tidak ditunaikan juga akan menjadi penyakit dan bala... kaffarahkan (tebus) ia dengan sedekah dan menjamu orang hasil sembelihan kambing kita.....

.. habib Ahmad beritahu perkara ni kepada saya ketika membincangkan tentang seorang sahabat kami yang terlantar sakit strok.....

Satu perbincangan yang bagus di dalam forum....

04 October 2010

Sekitar Permasalahan Saka dan Keturunan


Saka ibarat pendamping yang diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan yang lain... Tidak semua jin berdialog dengan perawat yang mengaku jin saka adalah saka. Mereka mengaku saka semata2 ingin memfitnah keturunan pesakit yang baik sebagai orang yang hodoh agamanya kerana membela hantu raya, toyol, pelesit (jin saka)

* Ini adalah perbincangan di dalam forum kami berkenaan saka:

Berkata Tuan Admin Forum:

Assalamualaikum,

Atas Permintaan Tuan Puteri......Mari kita tengok pula sedikit sebanyak mengenai saka...... kerana saka amatlah di geruni dan menjadi satu bualan harian Forum ini telah membuka
satu topik khusus SAKA......kenapa?.....kerana ada pendapat yang mengatakan 90% dari kita ini mempunyai SAKA.........

Mari kita tengok pula SAKA SAKA YANG TOP DIMALAYSIA......



1. Saka Harimau
2. Saka Buaya/buaya putih
3. Saka Ular
4. Saka nenek kebayan
5. Saka Puteri Gunung Ledang
6. Saka Pari Pari
7. Saka Dewa Dewi
8. Saka Tanah
9. Saka Laut
10. Saka Panglima Hitam/pendekar
11. Saka Wali
12. Saka perbomohan dan perubatan
13. Saka Hantu Raya
14. Saka Jembalang
15. Saka polong,toyol,pelesit,puntianak,pochong
16. Saka syeikh
17. Saka Malaikat

Macam macam nama saka ada..........tapi benarkah?...........mari kita huraikan sama sama

Sepanjang merawat di pusat Rawatan dan juga sebelum wujudnya pusat rawatan saya ada mencatit sedikit sedikit mengenai rawatan dan bila dilihat kembali...saya dapati bahwa antara perkara yang paling di takuti dan di geruni oleh masyarakat melayu ialah SAKA.........dan boleh di katakan semuanya berkata SAKA amat sukar di rawat......terpaksa buat macam macam benda......terpaksa susun susur galur keturunan....terpaksa buat beberapa pengorbanan.....
.......kita terus bincang sahaja.....yang elok kita ambillah...yang tak elok kita buanglah jauh jauh.......ingat pesan saya........JANGAN TAKWIL atau meneka neka........



Ada pesakit yang mendakwa mereka ini di sihir teruk.......tapi bila beberapa kali rawatan akhirnya dia (JIN) mengaku pendamping (SAKA) dan keluarlah kisah dulu dulu dari jin yang merasuk itu........tapi kita ebagai perawat Islam......kena lah tahu kalau dulu dia boleh menipu
sekarang jugak dia boleh menipu...

Saya pernah berjumpa dengan saka yang mengaku dia Bini ALLAH.......amacam?......... kalau kita dah tahu orang itu ada saka maka kita rawat sahaja.......


Ada kah cara untuk kita tahu ia sebenarnya saka?.....pendapat saya yang tak pandai ni........hanya berdasarkan kepada tanda tanda gangguan itu dan berasaskan kepada pengalaman dan buku dan guru. Tetapi nak confirmed dia 100% saka saya tak pandai mungkin ada orang boleh beri tahu kita didalam forum ini gangguan itu confirmed saka? kalau ada tolonglah kongsi sebab saya pun nak tahu.....tapi mestilah konkrit jawapan itu jangan teka teka...berikan sebab kenapa di katakan saka.....

Kadang kadang jin yang duduk dalam hutan tu merasuk dan mengaku dia dari keturunan ketiga dan sebagainya...mengaku saka....jadi yang tahu silalah beritahu.......


Maka Komen Saya adalah:

Perihal Rahsia Saka dan Keturunan

Definisi: “ Sejenis jin khadam yang diwariskan dari satu keturunan ke satu keturunan dengan perjanjian tertentu dan tempoh masa tertentu dan tugas yang tertentu”

- Kadang2 dikenali sebagai hantu raya, toyol, pelesit, pontianak, pendamping, tok haji dsb.


Dalil

Hadis Abu Tha’labah: Jin itu mempunyai tiga jenis; 1)satu jenis yang
mempunyai sayap dan terbang di udara, 2)satu jenis yang berupa ular dan anjing, dan 3)satu lagi jenis yang menetap di suatu tempat dan berpindah randah.

*Jenis yang berpindah randah inilah juga yang dikatakan jin saka kerana sifatnya yang berpindah dari satu keturunan ke keturunan yang lain secara warisan selepas kematian tuan yang sebelumnya.


Tanda2 utama pemilik saka:

1) Memiliki tanda2 gangguan ketika tidur dan jaga seperti pesakit sihir yang lain.

2)Memiliki kebolehan mengubat esp secara menurun dan ada unsur syirik – jampi tidak difahami.

3) Boleh bersilat esp secara jurus dan tanpa latihan – mempunyai nama pendekar / khadam.

4) Boleh berbidan esp – mempunyai ilmu batin dan mantera.

5) Kadang2 berperangai seperti haiwan cthnya: harimau & monyet.



Ciri2 utama pemilik saka:
Kronologi- *Setelah ‘perumah’ yang lama meninggal maka jin saka akan keluar ibarat layang2 putus tali. Saka berpindah ke anak cucu sama ada dengan rela atau paksa (pilihan jin).

1) Anak cucu yang biasa mengamal jampi serapah nenek moyang.

2) Anak cucu yang menyimpan barang2 lama milik nenek moyang.

3) Biasa tinggal serumah dgn nenek moyang bersaka.

4) Anak cucu harapan dari sudut pengamatan nenek moyang.

5) Pandai bersilat, berbidan, berubat dan berperangai haiwan.



Siapakah sasaran JIN SAKA?

1) Anak cucu cetek pengetahuan agama.

2)Anak cucu yang tidak solat dan selalu melakukan maksiat.

3) Anak cucu yang kuat pegangan agama yang mana jin saka sangat mengidam untuk memusnahkannya.

4)Anak cucu lemah fizikal seperti yang tidak cukup bulan dan selalu sakit.

5)Anak cucu yang memang mengidamkan ilmu kebatinan nenek moyang.

6)Anak cucu yang sudah menceburkan diri dalam ilmu perubatan /silat / bidan…Ingin menambahkan kekuatan dan kehebatan. Sudah mengantuk disorongkan bantal.



Rawatan:
1) Jika ada gangguan hendaklah dirawat dengan ruqyah. Dengar,minum,mandi + cd. Kaedah ini telah diterangkan panjang lebar di dalam seminar satu dan dua. Boleh disertai dengan kaedah rawatan santau dan sihir.

2) Membaca ikrar / doa / rayuan pemutus setiap kali selepas solat iaitu: IKRAR PEMUTUS SAKA:

"WAHAI JIN YANG MENGHUNI DI BADAN KU INI, AKU INGIN MEMUTUSKAN SEGALA PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH NENEK MOYANGKU
TERDAHULU DAN JANGANLAH KAMU MENDAMPINGI KU LAGI, TINGGALKANLAH BADAN KU DAN KETURUNAN KU INI DAN BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH SWT DENGAN BERKAT AYAT

ÙˆَØ£َÙ†َّÙ‡ُ Û¥ تَعَÙ€ٰÙ„َÙ‰ٰ جَدُّ رَبِّÙ†َا Ù…َا ٱتَّØ®َذَ صَÙ€ٰØ­ِبَØ©ً۬ ÙˆَÙ„َا ÙˆَÙ„َدً۬
BAHAWA SESUNGGUHNYA MAHA TINGGI DAN MAHA BESAR KEAGUNGAN TUHAN & BAGINYA TIADA BERISTERI DAN JUGA BERANAK"
(ayat 3 Surah al Jin)

Bagi mereka yang disyaki badannya berSAKA, sila baca ikrar pemutus saka diatas 3x tiap-tiap lepas solat.

*ini adalah sebahagian pengisian modul 3 seminar kiswah..

kena ingat, gangguan saka ini bagi saya adalah jarang2... dalam 50 kes 1 kes saja saka... saya scara peribadi tidak suka takwil apakah penyakit pesakit sebab kita tak tahu hakikat sebenar sakitnya... saya tidak suka klasifikasi penyakit: saka, santau, asyiq dsb....... cuma saya kata gangguan sebab teknik rawatannya SAMA...

MALAH,
jika benar pun pesakit menderita sakit kerana SAKA, saya akan mengelakkan dari memberitahu pesakit bahawa ia adalah saka.... semata2 ingin membersihkan nama keturunannya... supaya tidak dikenang oleh anak cucu sebagai orang yang HUDUH agamanya..... lagipun kemungkinan gangguan tersebut bukan saka masih ada....

Kalaulah telahan kita tidak benar... bermakna seolah2 kita telah menfitnah nenek moyangnya sebagai pembela hantu..

Malah terdapat saudara mara yang marah dan menyerang perawat dengan menafikan dakwaan perawat yang mentakwil saka tadi sebagai PEMBOHONG kerana marah; menuduh arwah ayah bonda dan nenek moyang mereka pembela hantu...


Komen Tuan Admin Forum KISWAH Ruqyah Syariyyah:

Terima kasih UH.....

baik lah setelah kita tengok tanda tanda saka itu........mungkin kita boleh tahu sikit sikit benar atau tidak ianya saka. (bagi Kami disini tak berapa penting perkara ini) tapi kita bincangkan juga sebagai lauk tambahan dalam rawatan.

Biasanya yang terkenal di Malaysia ialah Saka harimau...kita boleh tengok apabila jin ini masuk maka tangan pesakit mula akan menjadi seperti harimau dan mula mencakar.......tapi kalau kena denga Tuan Aji Baba..maka insyaALLAH patahlah kuku kuku harimau itu.......hehehehe.....

Biasanya kemarahan meluap luap yang tidak boleh di kawal oleh pemilik saka ini......... maka seperti kata Tuan Ustaz Hayat ........amalkan selalu doa Rayuan putus saka .......merayulah Pada ALLAH SWT ..... dan bertekad tidak mahu akan kelebihan ini (kelebihan jin di badan).....

Pesakit jgnlah sedih dan memencilkan diri...kerana salah satu agenda jin jenis ini ialah supaya pesakit tidak bercampur dgn kaum keluarga khususnya dan jiran tetanga amnya....memencilkan diri dan mula berburuk sangka dan tidak mahu bergaul dgn orang ramai.........

Jin saka/.pendamping juga akan menjadi tidak tentu arah sekiranya bertemu dgn manusia lain yang turut mempunyai jin pendamping...ada kemungkinan akan menimbulkan pertengkaran dan rasukan antara kedua orang ini dan akhirnya bergaduh........rasukan jin dengan rasukan jin...
(pernah di lihat sendiri perkara ini berlaku) Apabila kami meruqyah pesakit tiba tiba dia di rasuk .....pesakit yang berada di belakang tabir pula merasuk dan mula untuk bertengkar ..........JIN LAWAN JIN........

Dialog dgn jin saya akan elakkan sebaik mungkin......tapi biasalah sifat jin suka membebel....... kerana lebih banyak dia bercakap.........lebih banyak penipuan akan didedahkan........

Pesakit sekelian mulakanlah rawatan secara istiqamah......JANGAN TAKWIL

Satu perbincangan yang menarik..

03 October 2010

Beberapa penjelasan tentang Jin Islam Jin Kafir

Jin kafir boleh didakwah memeluk Islam dengan bacaan ruqyah syariyyah.


Beberapa penjelasan berkenaan masalah jin Islam jin kafir…

1) Allah Taala menciptakan jin beragama Islam dan juga beragama selain dari Islam serta tidak beragama; sama seperti manusia….. Ini terbukti dengan pengakuan jin di dalam al Quran. Firman Allah Taala di dalam Surah Jin ayat 14:

“14. Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat (ISLAM) dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran (KAFIR). barangsiapa yang yang taat, Maka mereka itu benar-benar Telah memilih jalan yang lurus.”


2) Tidak semua jin Islam adalah baik. Malah ada yang menggangu manusia dengan cara masuk ke dalam badan manusia lantas menzalimi manusia. Ini terbukti dengan pengakuan jin di dalam al Quran Surah al Jin ayat 11:

“11. Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda.”


3) Jin kafir boleh dan biasa masuk ke dalam agama Islam setelah didakwah oleh Jin Islam sendiri di dalam alamnya atau didakwah manusia sepertimana di dalam sirah Nabi Muhammad saw mendakwah golongan jin masuk ke dalam agama Islam. Firman Allah Taala:

“29. Dan (Ingatlah) ketika kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, Maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". ketika pembacaan Telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.

30. Mereka berkata: "Hai kaum kami, Sesungguhnya kami Telah mendengarkan Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.

31. Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu[1390] dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.

32. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah Maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata".”

[1390] Maksudnya: dosa-dosa terhadap Allah.


4) Jin juga boleh masuk Islam setelah didakwah oleh perawat. Sekiranya jin mengucap setelah rela masuk Islam dan didakwah perawat serta diajar syahadataini oleh perawat maka dihukum bahawa ia telah Islam…. Sejauh mana tahap keikhlasannya diserahkan kepada Allah. Ini atas dua dalil:

a. Kaedah agama: “NAHNU NAHKUM BI ZAWAHIR WA LA NAHKUM BIL BAWATIN”. Maksudnya: Dalam urusan agama kita berhukum dengan perkara yang zahir (dilafaz, didengar dsb) dan tidak berhukum dengan perkara yang bersifat batin. (apa hakikat niat dan maksud sebenar tindakannya.

b. Tindakan seorang sahabat membunuh seorang askar musyrikin setelah mengucap syahadah. Padanya, tentera tersebut bersyahadah hanya kerana ingin meloloskan diri dan melepaskan diri dari dibunuh. Perkara ini telah ditegur Rasulullah saw dengan mengatakan bahawa kita sepatutnya berhukum dengan perkara yang zahir dilafazkannya.


5) Sekiranya jin tersebut melafazkan syahadah bermaksud secara zahirnya ia telah Islam. (melalui dialog dengan jin yang menguasai tubuh manusia yang kerasukan) Sekiranya ia berbohong maka terserahlah kepada Allah untuk menghukumnya dan bukan kita yang tidak mengetahui selok belok kehidupan dan alam mereka.

6) Ada beberapa ayat yang boleh dibaca berulang kali untuk berdakwah dan ‘menguji’ status agama / keIslaman jin yang dibacakan ruqyah seperti mana2 ayat yang ada menyentuh tentang benarnya Islam dan sesatnya kekufuran…. Sekiranya secara zahir pesakit kerasukan menunjukkan tanda2 tidak bersetuju dan protes terhadap bacaan tersebut spt “ menggeleng2kan kepala”… “boleh jadi” secara telahannya ia tidak Islam… atau berdialog dengan mengatakan aku jin kafir / majusi / atheis / dsb….. Kadang2 ia mengaku Islam tetapi disebabkan jin selalu menipu, kemungkinan besar ia tidak Islam juga ada…. Apapun teruslah berdakwah supaya ia kembali menerima kebenaran… Antara ayat yang boleh dibaca adalah Surah Ali Imran ayat 18 dan 19:

“18. Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu[188] (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

19. Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab[189] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”


[188] ayat Ini untuk menjelaskan martabat orang-orang berilmu.
[189] maksudnya ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al Quran.



7) Jin yang bersetuju memeluk Islam hendaklah diajar syahadatain, maksud dan berilah nama mengikut jantinanya…. Ajarlah ia asas2 agama secara ringkas dan perintahkan ia belajar dengan ulamak jin di alamnya khususnya yang terdapat di masjid2……..

WALLAHU A’LAA WA A’LAM…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...