**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 October 2010

Perbincangan: Sedekah dan solat: Kaedah Penyembuhan yg Ajaib!


Sebahagian duit anda ada bahagian orang lain... Bersedekahlah!

Ini adalah sebahagian perbincangan kami di dalam forum... berkisar tentang sedekah sumber kesembuhan:
Hayat:
Untuk jauhi penyakit Tuanku Sheikh Raja mengatakan bahawa Maulana Sh  berpesan:

1) Solat sunat 2 rakaat sehari dengan niat hajat jauh dari penyakit dan wabak... zahir dan batin

2) Daily sadaqa dengan niat yang sama...

Putra:
Salam...
Mohon penjelasan ttg sedekah tu.. camna ya... tidak paham..
saya agak konfius mintak pencerahan... niatnya camna ya.. niat kerana Allah Taala itu pasti .. tp klu berniat utk kesembohan tu yg xpaham... klu tak sedekah.. tak semboh ke... puas saya fikir... nk sedekah ke tak nak sedekah... hambo ni mmg xtahu...

Tuan Admin:
Salam.......niat solat tu niat solat........doa dalam solat tu mintak sihat dan kesembuhan......

Sedekah itu sedekah lah saja......Syeikh Raja pesan....simpan lah duit sedikit dalam tabung harian....dan bila hujun bulan sedekah lah......niat sedekah kerana ALLAH.....kerana ikhlas bersedekah itu lah yang membawa kesembuhan...

KENA IKHLAS......mudah kan?...dan tiada siapa kata tak sedekah tidak boleh sembuh.....kalau sedekah boleh sembuh......sedekah tak mendatangkan kesembuhan tapi ALLAH yang datangkan kesembuhan.

macam ni lah kalau jumpa doktor nak bayar ker tak nak?.....lebih kurang gitu lah.....

Macam tuan putra kalau tak mahu sedekah tak der siapa boleh paksa dan kalau terlalu banyak fikir nak sedekah atau tidak baik toksah buat sebab nanti jadi tak ikhlas......nak sedekah tak perlu fikir

Amer:
btl gak mksd tuan putera, bile di pk rs cam keliru jugak mksd ikhlas dalam bersedekah ni.. adakah ikhls sbb mahukan kesembuhan semata2, jd cam tak ikhlas pulak.. klu tak niat seolah mcm btlkah hajat/niat mohon kesembuhan? rs2 kalu tak niat pn, tanpa perlu pk teruskan saje bersedekah sesungguhnya tuhan maha mengetahui.. tak mcm tu ker tuan?? tapi..dlm berdoa kite memohon/berjahat pd Allah... adakah kalau kite tidak niat/mohon/berhajat Allah tidak akan makbulkn? urm..maaf..konfius2..

Tuan Admin:
Jangan berjahat pada ALLAH biggrin.gif .......

baik lah di umpakan berzakat itu seperti membuang daun yang rosak pada pokok...... kita keluarkan zakat agar rezeki kita berkat.....jadi niat tu?....mintak rezeki berkat kan?.....tapi tetap jatuh pada keihlasan untuk berzakat.......tapi zakat itu wajib jadi adakah kita terikat dgn wajib zakat dan hilang pula niat ikhlas?...hah macam mana tu?.....solat wajib......adakah kita solat sebab dia wajib atau sebab kita ikhlas nak solat?....akan pening kalau fikir macam ni.....

Bila di anjurkan solat sunat kita solat lah saja....bila berpuasa pun gitu...bila sedekah pun gitu gak.....tapi niat itu sedekah kita mohon pada ALLAH untuk kita sembuh....kan mudah? biggrin.gif

Amer:
syukran..time kasih atas pencerahan.. sudah sedikit jelas, maknenyer kite lakukan saja tanpa sedikitpn rs kekesalan jika tdk dpt ganjaran sepertimana yg dimohon.. sgghnya ikhlas dan redha atas balasan.. dan bersyukur atas pemberian..

Mienami:
Assalamualaikum,
IKHLAS?

niatkan : buat sesuatu pekerjaan/amalan kerana Allah, untuk kesembuhan/sedekah dll

selalulah periksa amalan/pekerjaan kita sebelum, semasa dan selepas amalan...kerana Allah dan untuk..........

untuk mendapatkan ikhlas perlulah ada istiqhomah, dengan adanya istiqhomah barulah datang nya istikhlas, dengan adanya istikhlas barulah datangnya IKHLAS..

WALLAHUAKLAM

kita sebagai manuasia yang lemah ini tidak akan tahu Ikhlas atau tidak ikhlas kerana

Ikhlas adalah rahsia ALLAH swt..

Ikhlas umpama melihat semut hitam diatas batu yang berwarna hitam dimalam hari yg gelap gelita...itulah ikhlas

Insyaallah....

Hayat:
Ihkhlas tak ikhlas bukan kerja kita nak nilai..... sedekah je dgn niat kesembuhan

benda yang mudah jgn disusah2kan... yassiru wa la tuassiru... jgn dicomplicatedkan sehingga mencacatkan niat kita nak buat kebaikan.... buat saja...

Hayat:
Seorang sahabat ada menyampaikan suhbah / sohbet / tazkirah Maulana Sheikh Adnan baru2 ni semasa guru kami tersebut berada di Sri Lanka... Beliau mengatakan sekarang adalah musim negara kita diturun penyakit..... Ramai orang yang sakit akhir2 ini....

Dalam satu suhbah Maulana Sheikh baru2 ini ada menyentuh berkenaan penyakit ni... Maulana menyatakan bahawa untuk menangkis penyakit2 dari menyerang kita, tidak kira sama ada kita masih sihat atau sedang sakit maka hendaklahL

1) Setiap hari mengerjakan solat sunat dua rakaat bertujuan memohon dari Allah Taala agar menyihatkan tubuh badan kita, semua anggota dan organnya sihat rohaniah dan jasmaniah.

2) Setiap hari membayar sedekah harian, 'tiap2 hari' dengan niat kesembuhan juga...

Sama2lah kita berikhtiar dan berdoa semoga Allah Taala menjauhkan kita dari penyakit...

Amin Ya Rabb!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!


Hayat:


Dalam banyak-banyak kaedah perubatan yang ada; saya sangat teruja dengan teknik perubatan menggunakan metod bersedekah... Yakinlah bahawa 'SEDEKAH' adalah ikhtiar penyembuhan yang sangat mustajab!!!

Kami sering merujuk kepada guru kami tentang kaedah perubatan yang digunakan untuk penyakit tertentu...Kekadang jawapannya adalah 'SEDEKAH'. Mursyid saya memang menyarankan kaedah dan konsep 'bersedekah sumber kesembuhan'.

Lazimnya, banyak penyakit yang dideritai pesakit sembuh setelah bersedekah setelah berputus asa berulang alik menemui doktor dan perawat rawatan Islam... Ajaib bukan!!!

Bagi orang yang berakidah 'rasionalisme' mungkin sahaja terpacul di lidahnya "apa kaitan sedekah dengan sakit kanser / 'gangguan' aku." Namun telah terbukti sebelumnya penyakit yang sukar diubati berjaya sembuh di tangan 'SEDEKAH'. "SEEING IS BELIEVING!!!"

Puteri:
Betul betul betul

Puteri pun tak pandai bab bab ini tapi bila nak sedekah itu kita sedekahlah saja.kalau sakit sedekahlah lebih sikit...kalau dah sihat tambahkan sedekah agar tidak di landa kesakitan lagi.

Buat lah mana mana yang baik walau duit ada seposen kita sedekah dengan ikhlas mohon pula pada ALLAH untuk sembuh pulak.

Macam kita sakit jumpa doktor dan kita kena bayar duit ubat. Kita sakit kira kafarah dosa jadi kita kena bayar dengan kesakitan.

eh eh pandai pandai pula menyampuk!


Hayat:
betul tu puteri...

kata habib ahmad al jakartari  kepada saya... habibnya kata.. sedekah dan juga sembelih kambing untuk dijamu fakir miskin adalah ubat terbaik kepada orang sakit.... niatkan untuk:

1) Kafarah dosa kita yang lepas... mana tahu kita ada buat dosa dan salah kepada sesiapa,, jadi Allah kafarah dosa kita di akhirat dalm bentuk bala dan penyakit dunia supaya kurang beban di akhirat nanti... jadi nak kaffarah (tebus balik) maka hendaklah sedekah dan menjamu orang miskin..

2) situasi kedua... sebab mungkin pernah kita berjanji / bernazar dengan Allah sesuatu kemudian tidak ditunaikan juga akan menjadi penyakit dan bala... kaffarahkan (tebus) ia dengan sedekah dan menjamu orang hasil sembelihan kambing kita.....

.. habib Ahmad beritahu perkara ni kepada saya ketika membincangkan tentang seorang sahabat kami yang terlantar sakit strok.....

Satu perbincangan yang bagus di dalam forum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...