Alhamdulillah seminar di Hotel Raudhah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan... Perjalanan 1000 km lebih dari Temerloh bersama Abang Kasim, Anas al Karkun dan Kamarul sebenarnya banyak mengajar kami erti kesabaran...
Di kesempata ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Prof Shahnor dari UPM dan Abang Razak serta isteri yang sanggup turun dari Kuala Terengganu dan turut serta bertindak sebagai urusetia program.. Jasamu tetap dikenang....




Kami bertolak dari Temerloh selepas Solat Jumaat pada 15hb Okt dan sampai ke Kelantan pada pukul 3.00 pagi... Sesungguhnya perjalanan yang diisi dengan muzakarah perubatan Islam di dalam kereta ini dimanfaatkan dengan baik oleh semua ahli KISWAH yang terlibat dalam safar ini..... Kami banyak membincangkan isu2 perubatan Islam sepanjang perjalanan ini....
Kami menyewa di sebuah hotel di KB dan keesokan harinya seminar berlangsung dengan meriah sekali... Alhamdulillah..




Sesungguhnya inilah usaha kerdil kami melalui dakwah yang seadanya, demi memperkenalkan kaedah rawatan Islam yang bebas dari unsur2 perbomohan dan kesyirikan. Kami akan terus berjuang dan berjuang menyelamatkan masyarakat dari penipuan dan kesyirikan....
Semoga Allah menilai usaha kami ini sebagai persembahan amalan soleh kepadanya... Amin Ya Rabb.... Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!
2) Kepada mana2 pihak: Agensi, masjid, universiti dan badan2 kerajaan yang hendak anjurkan seminar / kursus rawatan Islam sila hubungi Saudara Zailan: 018 2027559