**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 October 2010

Diganggu Jin Khadam Cincin???

Cincin yang dibeli beratus2 ringgit yang didakwa penjualnya mempunyai khadam penunduk dsb yang boleh membawa kehebatan kepada tuannya....

Akhirnya yang dapat hanyalah sakit dan kesusahan dalam hidup saja.....Namun benarkah cincin2 ini penyebab tuannya menderita sakit?????!!! Bukankah sebelumnya didakwa penjualnya akan membawa kehebatan dan kemegahan???

Saya rendamkan di dalam air ruqyah yang dicampur garam semalaman... Ada orang mengatakan kepada saya;kalau nak tahu cincin itu berisi atau tidak baca Ayatul Kursiy dan letakkan di bawah lidah.. Kalau panas boleh jadi cincin anda berisi dengan jin khadam.... Apapun sejauh mana kebenarannya tidaklah saya ketahui dan usul periksa...... Wallahu A'lam...



Assalamualaikum semua.....

Kali ini saya akan berkongsi kisah rawatan seorang bekas jaga yang mendakwa sakit kerana mengambil ilmu silat ghaib dari seorang yang mendakwa 'ustaz' di Kuala Lumpur...

Kisah bermula apabila pemuda yang berasal dari Jengka ini mula bekerja sebagai jaga. Padanya; seorang yang bekerja sebagai jaga yang berkaliber hendaklah mempunyai ilmu2 kehebatan, kegagahan dan supernatural sedikit sebanyak sebagai persiapan menghadapi sebarang bentuk ancaman penjahat jin dan manusia....

Suatu hari apabila beliau membaca sebuah akhbar tabloid tempatan; terperasan olehnya satu iklan silat ghaib yang menawarkan 'kehebatan' melalui perantaraan cincin yang dimasukkan 'kuasa' tertentu.... Tambahan lagi dia merasakan dirinya mempunyai gangguan sedia ada dan berharap agar pemakaian cincin hikmat tersebut dapat membantu menghilangkan gangguannya dan dalam masa yang sama membantunya menjadi seorang yang GAGAH dan HEBAT.

Tanpa berlengah lagi beliau pun membeli cincin yang berharga beratus2 ringgit tersebut dan disusuli dengan beberapa cincin lain dari orang yang berbeza...

Beliau jugadimaklumkan cincin tersebut telah diisi dengan khadam cincin yang boleh diseru untuk mendapat kekuatan tertentu mengikut jenis dan keistimewaan khadam2 itu...

MALANGNYA,

Semenjak memakai cincin tersebut, mengamalkan manteranya dan melakukan pantang larangnya; hidupnya kini telah berubah... bukan kpd kebaikan tetapi kepada kekusutan, masalah, kesempitan dan kesakitan sehingga akhirnya dia berhenti kerja..... Sakitnya menjadi2 dan beliau mengakui bahawa tanda2 gangguan ketika jaga dan tidur, semuanya beliau miliki.

Lalu beliau memperbanyakkan input berkenaan ilmu perubatan Islam dan diperkenalkan dengan cd ruqyah dari pusat rawatan lain... Dari situlah mulanya perjuangan beliau untuk mendapatkan rawatan.....

SEHINGGALAH,

Akhirnya beliau berkunjung ke pusat rawatan.... Rawatan yang saya lakukan adalah:

  1. Mula2 saya mandikan beliau dengan air ruqyah berais sehingga beliau termuntah.
  2. Saya membacakan ruqyah dan berdakwah kepada jin yang berada di dalam badan dan yang bertapak di dalam cincin tersebut (sekiranya ada) supaya bertaubat dan keluar dari tubuh badannya.....
  3. Saya terpaksa memicit sekali sekala jari kakinya dan beliau menunjukkan rasa sakit dan mula berguling2... sesekali kelihatan dia menggengam penumbuk.... Saya memberanikan diri dan bertawakkal kepada Allah... Maklumlah saya dan dia saja di pusat rawatan.. Tiada orang membantu saya.... kecuali semuanya saya serahkan kepada ALLAH...
  4. Saya teruskan ruqyah lebih dari 30 minit dan menepuk belakangnya...
  5. Saya terpaksa menitik lengannya dengan kayu (kaedah ketuk) ; sambil berbaring dan sing kelihatan mulutnya seperti hendak muntah..... Sesekali nampak pesakit ingin mengamuk... Saya standby dengan memegang kayu rotan saya; buluh tumpat sebagai langkah berjaga2.
  6. Saya mendudukkanya kembali.. Sambil membaca ruqyah dan berdakwah kepada jin tersebut, saya menggelekkan pula 'bola rawatan' saya ke leher mangsa. Untuk pengetahuan pesakit yang kerasukan urat di lehernya tegang... Jika ditekan atau digelek (biasanya dengan buah limau) pesakit akan muda muntah dan mengeluarkan bisa2 penyakitnya.... Pesakit muntah dengan banyaknya....
  7. Saya meneruskan bacaan ruqyah dan menepuk belakangnya...... Pesakit muntah dan muntah... Saya membacakan berulang kali 115-118 Surah al Mukminun...... dan menepuk belakang mangsa dengan tangan dan sejadah yang digulungkan.....
  8. Pesakit mula reda....... saya memicit kakinya sekali lagi, namun dia sudah tidak berasa sakit lagi seperti sebelumnya....... saya sedarkan dengan cara menyuruhnya membuka mata dan minum air ruqyah yang dicampur garam....
  9. Semasa semua proses ini berlaku saya merendamkan cincin2 itu ke dalam air garam ruqyah... Saya biarkan semalaman untuk mematikannya...
Beliau menyatakan tubuhnya berasa lega dan ringan... Alhamdulillah...... Saya ingin memulangkan cincin2 tersebut tetapi beliau tidak mahu... Sudah serik... katanya...

Sama ada benar2 sakitnya disebabkan cincin2 tersebut tidak saya tahu kerana saya tidak pandai menilik..... Apapun saya hanya tukang doa yang berdoa agar pesakit yang hadir ke pusat rawatan sembuh sediakala supaya senang beramal ibadah kepada Allah...

Saya bekalkan dengan amalan2 untuk dibuat di rumah seperti minum, mandi air ruqyah, calit minyak wangi ruqyah, sedekah dsb....

Saya menasihatkan pesakit tersebut agar istiqamah beramal ibadah.... Sekiranya simptom sakit berulang hendaklah dirawat lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehingga benar2 sembuh....

Habis saya nak buat apa cincin2 dia..... Anda nak??? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...