**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 December 2011

14 Muharram Maulid Shah Naqshband,, Sama-samalah Kita Raikan



Khwaja Shah Muhammad Bahauddin Naqshband ra. Lahir pada 14 Muharram dan merupakan tokoh ulamak sufi yang terkenal. Dari silsilah beliaulah lahirnya tarekat naqshbandi. Marilah sambut maulid beliau pada malam 14 Muharram ini. 

 Imam Tarekat Naqshbandi:
Shah Bahauddian Naqshband

Di dalam himpunan tokoh Naqshbandi, akhirnya tibalah masanya kita membicarakan berkenaan Muhammad Bahauddin Uwaysi al Bukhari yang lebih dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam kepada Tarekat Naqshband. Beliau dilahirkan pada tahun 717H/1317M sdi sebuah kampung yang dikenali sebagai Qasr al Arifan, berdekatan Bukhara. Apabila beliau sudah menguasai bidang Syariah dalam usia yang masih amat muda sekitar lapan belas tahun, beliau sentiasa berdamping dengan Sheikh Muhammad Babab as Samasi, yang merupakan perawi hadis yang berkelayakan di Asia Tengah. Selepas kematiannya gurunya, beliau berdamping pula dengan Sheikh Amir Kulal, yang meneruskan kesinambungan latihannya dalam mendalami ilmu pengetahuan luaran dan dalaman.

Muridin Sheikh Amir Kulal membaca zikir  secara kuat dan dalam keadaan duduk berjemaah dan juga zikir senyap secara berseorangan. Walaupun Sheikh Naqshband tidak pernah memberi komen berkenaan zikir kuat, namun beliau lebih berkenan kepada zikir senyap. Berkenaan perkara ini beliau mengatakan,

"Terdapat dua jenis zikir. Satu senyap dan satu lagu  kuat. Aku memilih zikir senyap kerana zikir ini lebih kuat dan sebab itulah daku memilihnya."

Akhirnya, zikir senyap menjadi salah satu karekteristik istimewa Tarekat Naqshbandi berbanding tarekat lain.

Shah Naqshband menunaikan haji sebanyak tiga kali, selepas beliau menetap di Merv dan Bukhara. Sehingga ke akhir hayatnya, beliau kembali menetap di kampung halamannya di bandar Qasr al Arifan. Ajaran beliau berkembang ke serata tempat dan namanya meniti di setiap lidah. Pengunjung datang dari serata dunia untuk melihat dan mendengar nasihatnya. Mereka menerima ajarannya di sekolah dan masjid, sebuah kompleks yang boleh menampung sebanyak 5000 orang. Sekolah ini adalah pusat pengajian yang terbesar di Asia Tengah  dan masih wujud sehingga ke hari ini. Dewasa ini sekolah ini dibaik pulih dan dibuka semula selepas berhempas pulas selama tujuh puluh tahun untuk memastikannya kekal wujud di bawah pemerintahan komunis.

Ajaran Shah Naqshband berupaya menukarkan hati manusia dari kegelapan kepada cahaya. Beliau terus menerus mengajar anak didiknya pengetahuan berkenaan keesaan Allah yang mana guru-gurunya telah memperhalusi, mentafsir berkenaan hakikat makam ihsan buat para pengikut mereka bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam:

"Ihsan adalah beribadat kepada Allah seolah-olah kamui melihatNya."

Apabila Shah Naqshband meninggal dunia, beliau dikebumikan di kebunnya seperti yang dipinta. Raja Bukhara yang memerintah telah menjaga sekolah dan masjidnya, memperbesar dan menambah pembiayaan dalam urusan keagamaan negara.

Kemudian ramai sheikh Tarekat Naqshbandi menulis biografi Sheikh Naqshband. Antaranya adalah Masud al Bukhari dan Sharif al Jarjani yang menulis kitab Awrad Bahauddin, yang berkisar kehidupannya termasuk fatwa-fatwanya. Sheikh Muhammad Parsa yang meninggal di Madinah pada tahun 822H/1419M telah menulis Risalah Qudsiyyah yang membicarakan berkenaan kehidupan Sheikh Naqshband, peribadi dan ajarannya.

Warisan Sheikh Naqshband termasuklah pelbagai buku. Antaranya adalah: Awrad an Naqshbandiyyah, Tanbih al Ghafilin, Maslak al Anwar dan Hadiyyatu as Salikin wa Tuhfat at Talibin.

Beliau meninggalkan banyak syair yang memuji nabi sollallahu alaihi wa sallam dan beliau banyak memberikan undang-undang yang dikuatkuasa.

Antara pendapatnya adalah kesemua jenis ibadah sama ada wajib atau sunnah adalah dibenarkan kepada salik untuk mencapai makam hakikat. Solat, puasa, zakat, jihad, dan kawalan diri adalah hakikatnya jalan untuk menuju Allah yang Maha Berkuasa.

Shah Naqshband membina sekolahnya atas binaan mengemaskinikan ajaran Islam. Dia menggesa agar memelihara keaslian Quran dan pengajian sunnah.

Apabila ditanya apakah kriteria utama untuk menjadi pengikut jalanmu?" Beliau menjawab, "Mengikut sunnah nabi sollallahu alaihi wa sallam."

Kemudian  beliau menyambung:"Jalan kami adalah sangat berlainan. Ia menjaga janji agar tidak dimungkiri. Ia tidak meminta sesuatu apapun daripada pengikutnya kecuali untuk menjaga kemurnian sunnah nabi sollallahu alaihi wa sallam dan menelusuri jalan para sahabat nabi dalam usaha mereka menuju Allah."

Amalan semasa sambutan Maulid Shah Naqshband - 14 Muharram saban tahun:

Hidupkan malam dengan zikir khatam, solat malam dan sambutan maulid dedikasi untuk Khwaja Shah Naqshband serta mengambil berkat dari kehidupan beliau yang penuh barakah. Semoga kita semua dapat meneladani kehidupannya yang indah dengan lembanyung redha Ilahi,

06 December 2011

Pelancaran Madu Tualang Ruqyah 100% Asli KISWAH

Alhamdulillah dengan izinNya KISWAH berjaya mengeluarkan produk madu berjenama sendiri... " MADU TUALANG ASLI RUQYAH KISWAH"

 Assalamualaikum semua..


KISWAH dengan rasa rendah dirinya memperkenal dan melancarkan produk madu tualang ruqyah 100%


MADU TUALANG ASLI (mendapat pengiktirafan Makmal Labtest MARDI, FAMA, KKLW, HALAL JAKIM)
Madu tualang yang benar2 asli sebenarnya mempunyai khasiat 5 kali ganda dari madu lebah ternak. Dihasilkan oleh lebah sialang yang menghasilkan madu GRED A. Agak cair, masam dan menyengat serta berbau pati bunga. Apabila dibakar di atas sudu maka akan menghasilkan belon yang besar dan bukan kecil2. “Menurut kajian, madu yang berwarna gelap dan kehitaman adalah lebih baik kandungan mineralnya”. – Universiti Wisconsin

Sabda Nabi saw: "Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan. Iaitu dengan menggunakan: 1) Madu 2) Al Quran"

Khasiatnya:

1) Baik untuk masalah pencernaan dan gas dalam perut

2) Baik untuk masalah penghadaman dan penyahtinjaan

3) Masalah kelesuan: Untuk kesegaran badan

4) Baik untuk kesihatan kulit.

5) Menambahkan tenaga badan.

6) Membuakkan gejolak kesuburan suami isteri

7) Baik untuk rawatan sihir dan gangguan makhluk halus


Madu Tualang Asli mestilah berwarna keperanghitaman. Elok juga untuk rawatan sihir dan santau!


CARA KEGUNAAN:

Campurkan sesudu teh madu dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

Keterangan ringkas penggunaan madu:

Batuk: madu + limau nipis (diperah)

Menguatkan minda: madu + kismis

Menguatkan tulang: madu + susu segar

Menyembuhkan luka dan melecur: Sapukan pada luka

Lelah dan sesak nafas (sufi healing sheikh nazim): madu + lobak putih (diparut dan dicampur)

Pembersih muka: Putih telur + limau nipis (diperah) + madu

Pelembab muka: kobis + madu

Melangsingkan badan: madu + pati kunyit (minum seminggu sekali)

Tenaga batin: 1 sudu madu + kuning telur

Wanita mengandung: 1 sudu teh madu dua kali sehari....

Sakit mata dan katarak: Sapu di kelopak mata bawah 2 kali sehari… Bangun tidur dan sebelum tidur!

AWAS: MADU TIRUAN:


Kebiasaannya berharga murah dan agak pekat kerana sudah dimasukkan bahan pemekat dan akan merosakkan anggota dalaman seperti buah pingganh, hati dan jantung. Ada juga mencampurkan gula perang, kurma dan polistrin serta bahan hidrokarbon! Asalnya ingin khasiat tetapi dapat mudarat!!! Berleluasa di mana2.

330 gram

Dapatkan di sini:

Pelancaran DVD Pengajian Perubatan KISWAH Siri 1

Assalamualaikum semua...

.... Salam Asyura'.. Sehubungan dengan hari yang pernah berbahagia ini, saya melancarkan DVD video rakaman kelas pengajian KISWAH tempoh hari bertarikh 26 November 2011bertajuk:

"RAWATAN 1001 Penyakit (1) SEKITAR RAWATAN PENYAKIT2 FIZIKAL":


Sila Click di Banner Deanjungkiswah di bawah untuk pembelian Online.. Hantar terus ke rumah anda.. Harga Promosi... RM 20 termasuk kos penghantaran.. Selama seminggu sahaja kemudian harga akan berubah...

"1001 Rawatan utk 1001 Penyakit"

Membincangkan: 

Rawatan gastrik
Asma
Lemah dalam pelajaran
Buah Pinggang
Pencarian Jodoh
Ketagihan
Gout
Batu Karang
Resdung
Mata
Tak boleh bercakap
Kulit
Lutut
Buasir
Darah Tinggi
Strok
Kencing Manis
..dan Kanser

Semua ini anda dapat dalam satu DVD..

Format video MPG... Hanya boleh dimainkan dengan komputer...

Sila dapatkan sekarang di:


Siri kedua untuk lebih banyak penyakit selepas ini!

05 December 2011

Amalan Pada Hari Asyura


Sabda Nabi saw: Puasa pada hari Asyura akan dikira oleh Allah yang boleh menghapuskan segala dosa pada tahun sebelumnya - Riwayat Muslim...

 
Keutamaan Memperbanyak Puasa Sunnah Pada Bulan Muharram

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

"Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardlu." (HR. Muslim, no. 1982)


Assalamualaikum semua... Ini adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari Asyura seumpama yang diajarkan oleh guru2 kami yang mulia:

  • Fast on the 9th and 10th of Muharram or on the 10th and 11th.
On the Day of Ashura (10th of Muharram), do the following:
  • Between Dzuhur and Asar, pray 4 raka’ats.
In each raka’at, read Surah Al-Fatihah once, and Surah Al-Ikhlas, eleven times.
  • Then recite the following Zikir:
La ila ha illallah 1000 times
Salawat 1000 times
Surah Al-Ikhlas 1000 times
  • Then make the following do’a:
Allahumma thabbitna ‘alal Haqq
Ya Ghaliban ghaira maghloob
Ya Nasiral Mu’mineen
Ya Ghiyathal Musta ghi theen
Ya Qariban ghaira ba’id
Ya Shahidan ghaira ba’id.
Hasbi Allahu wa ni’mal wakeel, ni’mal mawla wa ni’man naseer (70 times)
La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azdheem
Ghufranaka rabbana wa ilaykal maseer
Rabbana taqabbal minna, bi hurmatil habeeb, Fatiha.

Credit to Shaykh Abd Sattar Khan Singapore....

04 December 2011

Kenangan Tafaqquh November dan Jualan CD Pengajian KISWAH

Assalamualikum semua..

Tak terlambat rasanya saya update kenangan kelas rawatan Islam pada 26 November lalu..

Keluarga KISWAH yang turut serta dalam halaqah kita pada kali ini adalah seperti Anas, Saiful, Farhi, Sobri, Wan, Azwan Sabah, Lukman dan lain2..

Terima kasih diucapkan atas kedatangan anda...

Kelas bertajuk "1001 Rawatan utk 1001 Penyakit"

Selepas kelas kami semua bermaulid:


Ya Sayyidi Ya RasulALLAH:




dan ...

Bagaimana Mungkin Kupuji...




Tak lah sedap.. boleh dianggap sebagai latihan saja...


Kemudian saya sempat masak untuk anak2 murid dan kita makan malam beramai2 pada malam tersebut... Alhamdulillah rezeki Allah...


Sehubungan dengan itu saya melancarkan:

"JUALAN DVD PENGAJIAN ISLAM KISWAH (Bahagian 1)" Rawatan untuk penyakit2 fizikal:


Sila Click di Banner Deanjungkiswah di bawah untuk pembelian Online.. Hantar terus ke rumah anda.. Harga Promosi... RM 20 termasuk kos penghantaran.. Selama seminggu sahaja kemudian harga akan dinaikkan...

"1001 Rawatan utk 1001 Penyakit"

Membincangkan: 

Rawatan gastrik
Asma
Lemah dalam pelajaran
Buah Pinggang
Pencarian Jodoh
Ketagihan
Gout
Batu Karang
Resdung
Mata
Tak boleh bercakap
Kulit
Lutut
Buasir
Darah Tinggi
Strok
Kencing Manis
..dan Kanser

Semua ini anda dapat dalam satu DVD..

Format video MPG... Hanya boleh dimainkan dengan komputer...

Sila dapatkan sekarang di:


Siri kedua untuk lebih banyak penyakit selepas ini!!

03 December 2011

Waktu Rawatan KISWAH Yang Terbaru. Pesakit Sila Datang 2.30 Petang!

Untuk rawatan ruqyah datanglah pada pukul 2.30 petang.. Sesiapa yang datang lambat dari 3 petang tidak akan dirawata. Cuma akan dibacakan air jampi sahaja.


Assalamualaikum semua..

Dimaklumkan bahawa jadual terbaru Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Temerloh dibuka adalah:

Hari: Setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat

Waktu:

10.00 Pagi - 12 Tengahari:  Waktu membeli barang dan berjampi air. Rawatan ruqyah tiada pada waktu pagi.


2.30 Petang: Pendaftaran untuk rawatan ruqyah...


3.00 Petang: Rawatan dimulakan sehingga pukul 5.15 petang.


(SESIAPA YANG DATANG LEWAT MELEBIHI 3 PETANG TIDAK AKAN DIRAWAT. Saya akan membaca air jampi sahaja kepada yang lewat. Sehari satu sesi ruqyah sahaja akan dijalankan)


4.30 Petang: Solat Asar, Bacaan Kitab Sairus Salikin dan Maulid


5.45 Petang: Rawatan Bekam dan Jampi air sahaja untuk orang yang lambat datang.


6.15 Petang: Rehat dan minum petang untuk perawat.


Sekian dimaklumkan...

Sebaik-baiknya call dahulu sebelum datang..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

02 December 2011

Amalan Ketika Malapetaka Menimpa di Sekeliling Rumah

Pada akhir zaman ini eloklah banyak duduk di rumah. Ini kerana di luar rumah sana sarat dengan ujian fitnah akhir zaman. Duduk di rumah sambil bermuraqabah adalah cara yang paling praktkal menyelamatkan diri dan keluarga.. Jangan keluar kecuali atas urusan penting!


Assalamualaikum...

Baru2 ini maulana sheikh kami mengatakan bahawa dunia akan berhadapan dengan saat2 kesukaran pada masa akan datang...

Sekiranya malapetaka, peperangan, bala dan fitnah akhir zaman terjadi maka sebaik-baiknya kita hendaklah:

"DUDUKLAH DENGAN TENANG DI DALAM RUMAHMU"

Ini kerana duduk di dalam rumah sambil bermuraqabah adalah cara yang terbaik menyelamatkan diri dari sebarang anasir2 jahat di sekeliling rumah yang datang menyerang.

Sekiranya berlaku huru hara dan peperangan di negaramu hendaklah:

  1. Masuklah ke dalam rumah dan kuncilah segala pintunya
  2.  Tutuplah segala lampu yang menerangi rumah anda.
  3. Ambil wuduk, bentangkah sajdahmu  dan solatlah pada waktunya atau solat sunat 2 rakaat.
  4. Duduklah di atas tikar solatmu dan bacalah solawat munjiyyat sebanyak 40 kali.
  5. Bacakanlah Ayatul Kursiy mengadap 4 arah atas dan bawah.... Insya Allah rumahmu akan selamat.
Jangan banyak keluar dari rumah..

Surah an Naml ayat 18:

"18. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

'Udkhuluu masakinakum".... Masuklah kamu ke dalam rumah2 kamu semuanya.. "


Semoga Allah Taala menyelamatkan kita dari fitnah2 akhir zaman.. Amin Ya Rabb..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...