- Masuklah ke dalam rumah dan kuncilah segala pintunya
- Tutuplah segala lampu yang menerangi rumah anda.
- Ambil wuduk, bentangkah sajdahmu dan solatlah pada waktunya atau solat sunat 2 rakaat.
- Duduklah di atas tikar solatmu dan bacalah solawat munjiyyat sebanyak 40 kali.
- Bacakanlah Ayatul Kursiy mengadap 4 arah atas dan bawah.... Insya Allah rumahmu akan selamat.
02 December 2011
Amalan Ketika Malapetaka Menimpa di Sekeliling Rumah
Assalamualaikum...
Baru2 ini maulana sheikh kami mengatakan bahawa dunia akan berhadapan dengan saat2 kesukaran pada masa akan datang...
Sekiranya malapetaka, peperangan, bala dan fitnah akhir zaman terjadi maka sebaik-baiknya kita hendaklah:
"DUDUKLAH DENGAN TENANG DI DALAM RUMAHMU"
Ini kerana duduk di dalam rumah sambil bermuraqabah adalah cara yang terbaik menyelamatkan diri dari sebarang anasir2 jahat di sekeliling rumah yang datang menyerang.
Sekiranya berlaku huru hara dan peperangan di negaramu hendaklah:
Jangan banyak keluar dari rumah..
Surah an Naml ayat 18:
"18. (Maralah angkatan
itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor
semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing,
jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak
menyedari".
'Udkhuluu masakinakum".... Masuklah kamu ke dalam rumah2 kamu semuanya.. "
Semoga Allah Taala menyelamatkan kita dari fitnah2 akhir zaman.. Amin Ya Rabb..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!