**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 December 2011

14 Muharram Maulid Shah Naqshband,, Sama-samalah Kita Raikan



Khwaja Shah Muhammad Bahauddin Naqshband ra. Lahir pada 14 Muharram dan merupakan tokoh ulamak sufi yang terkenal. Dari silsilah beliaulah lahirnya tarekat naqshbandi. Marilah sambut maulid beliau pada malam 14 Muharram ini. 

 Imam Tarekat Naqshbandi:
Shah Bahauddian Naqshband

Di dalam himpunan tokoh Naqshbandi, akhirnya tibalah masanya kita membicarakan berkenaan Muhammad Bahauddin Uwaysi al Bukhari yang lebih dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam kepada Tarekat Naqshband. Beliau dilahirkan pada tahun 717H/1317M sdi sebuah kampung yang dikenali sebagai Qasr al Arifan, berdekatan Bukhara. Apabila beliau sudah menguasai bidang Syariah dalam usia yang masih amat muda sekitar lapan belas tahun, beliau sentiasa berdamping dengan Sheikh Muhammad Babab as Samasi, yang merupakan perawi hadis yang berkelayakan di Asia Tengah. Selepas kematiannya gurunya, beliau berdamping pula dengan Sheikh Amir Kulal, yang meneruskan kesinambungan latihannya dalam mendalami ilmu pengetahuan luaran dan dalaman.

Muridin Sheikh Amir Kulal membaca zikir  secara kuat dan dalam keadaan duduk berjemaah dan juga zikir senyap secara berseorangan. Walaupun Sheikh Naqshband tidak pernah memberi komen berkenaan zikir kuat, namun beliau lebih berkenan kepada zikir senyap. Berkenaan perkara ini beliau mengatakan,

"Terdapat dua jenis zikir. Satu senyap dan satu lagu  kuat. Aku memilih zikir senyap kerana zikir ini lebih kuat dan sebab itulah daku memilihnya."

Akhirnya, zikir senyap menjadi salah satu karekteristik istimewa Tarekat Naqshbandi berbanding tarekat lain.

Shah Naqshband menunaikan haji sebanyak tiga kali, selepas beliau menetap di Merv dan Bukhara. Sehingga ke akhir hayatnya, beliau kembali menetap di kampung halamannya di bandar Qasr al Arifan. Ajaran beliau berkembang ke serata tempat dan namanya meniti di setiap lidah. Pengunjung datang dari serata dunia untuk melihat dan mendengar nasihatnya. Mereka menerima ajarannya di sekolah dan masjid, sebuah kompleks yang boleh menampung sebanyak 5000 orang. Sekolah ini adalah pusat pengajian yang terbesar di Asia Tengah  dan masih wujud sehingga ke hari ini. Dewasa ini sekolah ini dibaik pulih dan dibuka semula selepas berhempas pulas selama tujuh puluh tahun untuk memastikannya kekal wujud di bawah pemerintahan komunis.

Ajaran Shah Naqshband berupaya menukarkan hati manusia dari kegelapan kepada cahaya. Beliau terus menerus mengajar anak didiknya pengetahuan berkenaan keesaan Allah yang mana guru-gurunya telah memperhalusi, mentafsir berkenaan hakikat makam ihsan buat para pengikut mereka bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam:

"Ihsan adalah beribadat kepada Allah seolah-olah kamui melihatNya."

Apabila Shah Naqshband meninggal dunia, beliau dikebumikan di kebunnya seperti yang dipinta. Raja Bukhara yang memerintah telah menjaga sekolah dan masjidnya, memperbesar dan menambah pembiayaan dalam urusan keagamaan negara.

Kemudian ramai sheikh Tarekat Naqshbandi menulis biografi Sheikh Naqshband. Antaranya adalah Masud al Bukhari dan Sharif al Jarjani yang menulis kitab Awrad Bahauddin, yang berkisar kehidupannya termasuk fatwa-fatwanya. Sheikh Muhammad Parsa yang meninggal di Madinah pada tahun 822H/1419M telah menulis Risalah Qudsiyyah yang membicarakan berkenaan kehidupan Sheikh Naqshband, peribadi dan ajarannya.

Warisan Sheikh Naqshband termasuklah pelbagai buku. Antaranya adalah: Awrad an Naqshbandiyyah, Tanbih al Ghafilin, Maslak al Anwar dan Hadiyyatu as Salikin wa Tuhfat at Talibin.

Beliau meninggalkan banyak syair yang memuji nabi sollallahu alaihi wa sallam dan beliau banyak memberikan undang-undang yang dikuatkuasa.

Antara pendapatnya adalah kesemua jenis ibadah sama ada wajib atau sunnah adalah dibenarkan kepada salik untuk mencapai makam hakikat. Solat, puasa, zakat, jihad, dan kawalan diri adalah hakikatnya jalan untuk menuju Allah yang Maha Berkuasa.

Shah Naqshband membina sekolahnya atas binaan mengemaskinikan ajaran Islam. Dia menggesa agar memelihara keaslian Quran dan pengajian sunnah.

Apabila ditanya apakah kriteria utama untuk menjadi pengikut jalanmu?" Beliau menjawab, "Mengikut sunnah nabi sollallahu alaihi wa sallam."

Kemudian  beliau menyambung:"Jalan kami adalah sangat berlainan. Ia menjaga janji agar tidak dimungkiri. Ia tidak meminta sesuatu apapun daripada pengikutnya kecuali untuk menjaga kemurnian sunnah nabi sollallahu alaihi wa sallam dan menelusuri jalan para sahabat nabi dalam usaha mereka menuju Allah."

Amalan semasa sambutan Maulid Shah Naqshband - 14 Muharram saban tahun:

Hidupkan malam dengan zikir khatam, solat malam dan sambutan maulid dedikasi untuk Khwaja Shah Naqshband serta mengambil berkat dari kehidupan beliau yang penuh barakah. Semoga kita semua dapat meneladani kehidupannya yang indah dengan lembanyung redha Ilahi,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...