**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 November 2010

Terapi Medan Elektrostatik Membantu Rawatan Sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Di dalam kitab Wiqayatul Insan pengarang mengatakan bahawa terapi medan elektrostatik atau aliran arus elektrik membantu menyahkan gangguan jin sihir dari tubuh badan manusia. Ini kerana arus elektrik tersebut membuatkan jin yang berada di dalam tubuh pesakit kesakitan.

Menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan kesihatan badan.

Saya secara peribadi menggalakkan pesakit untuk mencuba rawatan ini.

Perawat juga sesuai untuk menggunakan teknik ini bagi membersihkan daki2 sihir yang mungkin terhinggap di tubuh para mualij.

Dalam masa yang sama saya kini mengintai2 peluang untuk memiliki sendiri mesin ini dan sedang 'survey' apakah jenis yang terbaik dan economical untuk dimiliki.

Selamat mencuba!!!

04 November 2010

Kenangan Seminar dan Kem Mualij Ulu Tiram Johor

Assalamualiakum semua.. Alhamdulillah seminar 2 hari kami di Ulu Tiram berjalan dengan lancar dan meriahnya... Seminar 1 dan 2 serta Kem Mualij anjuran Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (anak buah Azlan Ghanie) ni mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Johor khususnya dan seluruh negara amnya...

Seminar satu disertai hampir 60 orang peserta dan seminar dua hampir 70 orang peserta.. Manakalah kem mualij yang dirasmikan oleh qadhi Johor Bharu disertai hampir 50 orang peserta...

Agak mengejutkan apabila peserta kem mualij sudah boleh merawat pesakit semasa seminar dua dan sesi rawatan kepada masyarakat awam pada petangnya.. Saya menyerahkan bulat2 urusan rawatan pesakit pada petang seminar kedua kepada peserta kem mualij dan Masya Allah mereka berjaya merawat pesakit tanpa rasa takut dan kekok ... Alhamdulillah.....

Saya dan Abang Kasim bertolak dengan menaiki SAGA 86 saya pada pagi Jumaat dan kami singgah solat Jumaat di sisi al Marhum Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh...

Kami meneruskan perjalanan dan sampai 4.30 petang di Ulu Tiram dan dijemput Saudara Syahrul... pada malamnya kami bertemu dengan urusetia dari Lok 9 dan terus survey kawasan yang bakal diadakan program keesokan harinya...

Masya Allah seminar ini mendapat sambutan yg amat baik dari dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Us Zaki and da geng sebagai penganjur amat boombastik!!! Saya teruja dengan semangat berpasukan yang ditonjolkan urusetia.

Walaupun berdepan geng2 mantera, jurus, kawin dan bersahabat dengan jin.... saya cekalkan diri menyampaikan mesej dakwah agar difahami semua golongan!

Qadhi Johor Bharu turut hadir memeriahkan program dan beliau merasmikan program kem mualid.. Satu slot bacaan Ratib al Attas dan pengijazahannya turut diadakan... Tuan Qadhi juga menyatakan sokongan penuhnya kepada KISWAH dan program yang dianjurkan adalah julung2 kalinya diadakan di 'wilayahnya'.

Kami pulang pada keesokan harinya dan tiba di Temerloh pukul 1 pagi setelah bertolah pulang pada pukul 6.30 petang...

Terima kasih kepada Us Zaki and da geng dari Keris lok 9 dan semua yang menjayakan seminar dan kem mualij pada kali ini...

Kenagan di Ulu Tiram tidak akan saya lupakan...

Ini adalah sebahagian gambar kenangan di sana...



Abang Kasim membawa saya menziarahi al Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah semasa solat jumaat di sana.... Pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Bersama sahabat2 seperjuanagan; anak2 buah Azlan Ghanie; Us Zaki and da Gang malam sebelum seminar..

Anak murid yang cekal bersama saya ke mana2 ; Ustaz Kasim Batu Pahat!!!
Demo mandi ais ditunjukkan kepada peserta.. Ada mualij; peserta muslimat memandikan pesakit yang sudah bertahun2 sakit. Alhamdulillah selepas muntah pesakit mengaku tidak sakit lagi.. Alhamdulllah..


CEPAT BELAJAR>>> Alhamdulilalh sehari selepas kem rakan2 dari Lok 9 dah boleh merawat!!!!


Peserta bertukar pandangan dengan saya.... Alhamdulillah peserta mudah faham apa yang saya cuba sampaikan

Kem Mualij, penyertaan memberangsakan .. Sebelum saya dedah dan ajar teknik rawatan... mereka diwajibkan berikrar dan bersumpah untuk meninggalkan teknik karut marut yang mereka pelajari sebelum ini!!!

Saya mengawal selia perawat baru yang sedang merawat


Suasana ceria menyelubungi Majlis Ratib al Attas dan zikir Asmaul husna bersama al Fadhil as Sheikh Azman Mohsin Qadi Johor Bharu bersama saya dan Us Zaki. Merasmikan kem mualij 2010. Suasana yang seram dan menakutkan menjadi tenang dan damai dengan ZIKRULLAH!!!


KENANGAN KEM MUALLIJ 2010...terasa pilu,hiba,sedih,geram puun ada,,bila melihat ANAK merawat IBU..SUAMI merawat ISTERI..AYAH merawat ANAK...suasana penuh EMOSI.dengan lantunan bacaan ayat2 rukyah syariyyah..ALLAHU AKBAR..


Ole2 dari Ulu Tiram

Alhamdulillah..berkat kesabaran,keikhlasan,,syukur kepada Allah yang melembutkan hati2 kami untuk bersama2 mendalami ilmu perawtan islam bersama Ust Hayat pengasas Pusat Rawatan ISLAM KISWAH..tahniah kepada muallij2 dan muallijah,,laksanakan amanah anda kerana ALLAH..

p/s: Terus terang saya katakan pertama kali menjejakkan kaki di sana; kem terasa suram dan guram dan apabila tiba.. meremang bulu tengkok... (maklumlah sebelum ni dilaporkan banyak kejadian mistik di kem ini) Setelah program tempat ini terasa ceria dan dipenuhi nur.....

ALLAHU HAQQ!!! HIDAYAH SELURUH ALAM!!!

Kenangan Seminar Di Kem Rela Wilayah Selatan

Asslamualaikum semua... Ini adalah sebahagian gambar kenangan seminar di KEM RELA Wilayah Selatan.


Kem yang dikatakan selalu berlaku peristiwa mistik dan gangguan makhluk halus... tetapi pada kami kem ini 'biasa2' saja... Jangan takut dan obses makhluk halus. Sempatlah kami bermalam di sini; Kem Rela Wilayah Selatan untuk 5 buah negeri di Selatan tanahair.


Slot petang di Surau ..iaitu pembacaan ruqyah dan hizib bahar beramai2... beserta simulasi perubatan Islam.




Saya yang tidak sihat kerana selsema meneruskan juga perjuangan ini..... Ya Allah berikanlahku kekuatan dariMU...

Simulasi perubatan beramai2. 6 Peserta kerasukan!


Abdullah Faiz teruja dengan hamper bahan2 makanan tradisional Melaka... Terima kasih RELA!!!

Assalamualaikum semua..

Maaf sudah lama tak update blog sebab agak sibuk dengan seminar semenjak dua menjak ni
Alhamdulillah saya baru pulang dari seminar khas untuk anggota2 RELA Wilayah Selatan yang terdiri dari ketua2 pegawai daerah setiap daerah lima negeri di Selatan Semenanjung...

Alhamdulillah seminar berlangsung dengan meriah sekali dengan keterlibatan pegawai Rela yang ceria dan sporting. Seminar ini adalah sebahagian dari kursus kerohanian pegawai Rela Wilayah Selatan..

Saya dan Abang Kasim bertolak sehari lebih awal iaitu selepas Zuhur hari Selasa dan tiba lebih kurang Maghrib di Ayer Keroh untuk membeli barang di Mydin Hypermart.. Kemudian kami bergerak ke Sungai Udang dan disambut oleh al Fadhil Ustaz Fadhli al Hafiz yang merupakan penyelaras program terbabit... Kami tidur di Kem Rela dengan lenanya... Alhamdulillah...

Keesokan harinya, seminar berlangsung di dalam dewan kuliah kem dengan dihadiri lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri dari pegawai Rela, pihak pentadbiran dan urusetia...

Seminar berlangsung dengan meriah dan pada sesi petang seminar berpindah ke Surau Kem untuk sesi pembacaan ruqyah beramai2 dan simulasi perubatan Islam. Lebih kurang 6 peserta yang hadir muntah2 dan menjerit; berkemungkinan mempunyai gangguan makhluk halus...

Kemudian diikuti dengan bacaan Hizib Bahar dan pengijazahn serta solat Asar berjemaah. Kemudian kami berwida' dan makan petang...

Kami bertolak pulang setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Us Fadhli dan kami tiba di Temerloh lebih kurang pukul 11 malam...

Sesungguhnya pengalaman di Kem Rela ini tidak akan kami lupakan sampai bila2!

27 October 2010

Jangan lupa Seminar kami di Ulu Tiram Sabtu dan Ahad ini.


Assalamualaikum semua...

Seminar Rawatan Islam Ruqyah Syariyyah
anjuran Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 JOHOR

bersama

PUSAT RAWATAN ISLAM RUKYAH SYARIYYAH

30-31 oktober 2010

Tiram Indah Village, Ulutiram Johor

(1) modul 1 (MENANGANI GANGGUAN MAKHLUK HALUS)
bayaran rm 80 (sabtu 30 oktober)
(2) modul 2 (KELUARGA BAHAGIA-BEBAS SIHIR,JIN)
bayaran rm 60 (ahad 31 oktober)

*termasuk makan minum dan sijil
*bayaran pendahuluan 50 % (utk memudahkan pengurusan)
*sekiranya memerlukan penginapan,maklumkan segera penganjur

*TEMPAT TERHAD

*peserta yang ingin membuat rawatan maklumkan segera...

hubungi cikgu Kamal 0127259255
ust mohd zaki 0177600775

PENCERAMAH UST HAYAT-pengasas pusat rawatan KISWAH
www.rawatanislam2u.com

...moga Allah merahmati usaha kita dan sebarkan pada saudara2 kita,,jauhi perkara syirik dan berbomoh................

Jemputan Seminar KISWAH (modul 1 & 2 serta Kem Mualij) Teluk Intan 13 & 14 Nov 2010

Seminar KISWAH di Teluk Intan 13 dan 14 Nov anjuran Pusat Bimbingan Al Quran as Syatibiyyah


SEMINAR PERUBATAN ISLAM

TAHAP 1 & 2

Oleh:

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

Anjuran:

PUSAT BIMBINGAN AL-QURAN SYATHIBIYYAH

http://zuyyinqiraat79.blogspot.com

Dengan Kerjasama:

PERSATUAN KHAIRAT

KAKITANGAN ISLAM TELEKOM MALAYSIA

HILIR PERAK, TELUK INTAN, PERAK.

“ Al-Quran : Penawar Kesejahteraan Ummah Sejagat ”

TARIKH CADANGAN

-13 November 2010 ( Sabtu ) : Tahap Satu.

-14 November 2010 ( Ahad ) : Tahap Dua.

MASA

- 8.00 pagi – 5.00 petang ( Tahap Satu )

- 8.00 pagi – 5.00 petang ( Tahap Dua )

TEMPAT

- SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT BANDAR TELUK INTAN,
TELUK INTAN, PERAK D.R.

YURAN PENYERTAAAN

RM 80.00 ( TAHAP 1 ) / RM 80.00 ( TAHAP 2 )

RM 150.00 ( PAKEJ TAHAP 1&2 )

Tahap 1:

Tajuk: Menangani Gangguan Makhluk Halus Menggunakan Kaedah al-Quran

Masa/Hari

Sabtu ( 13/10/2010 )

7.30 pg - 8.00 pg

Pendaftaran Peserta

8.00 pg - 9.15 pg

Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir

9.15 pg - 10.00 pg

Keterlibatan Jin dan Sihir

10.00 pg - 10.30 pg

Rehat / Minum Pagi

10.30 pg -11.30 pg

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam

11.30 pg -12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 3.00 ptg

Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus

3.00 ptg - 4.00 ptg

Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakn ruqyah syariyyah

4.00 ptg - 4.30 ptg

Bacaan Hizib bahar dan selawat Tibbiah serta Taziah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Tahap 2:

Tajuk: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Masa/Hari

Ahad ( 14/10/2010 )

7.30 pg - 8.30 pg

Pendaftaran Peserta

8.30 pg - 9.30 pg

Masalah sihir perkahwinan /andartu/ ta’tiluz zawaj & rawatan

9.30 pg - 10.00 pg

Masalah mandul/ sihir jerut zakar/ tiada anak & rawatan

10.00pg-10.30pg

Masalah anak nakal/ penerang hati/ pelembut hati & rawatan

10.30 pg - 11.00 pg

Rehat / Minum Pagi

11.00 pg -11.30 pg

Masalah anak lari/ suami lari/ isteri lari & rawatan

11.30 pg -11.50 pg

Masalah sihir penceraian/ sihir pergaduhan/ pendamai rumahtangga & rawatan

11.50 pg - 12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00tgh- 12.30tgh

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam secara ringkas

12.30 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 4.30 ptg

Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan pembacaan ruqyah syariyyah & Pengijazahan ruqyah syariyyah, hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Terhad kepada 100 peserta terawal sahaja !



Pendaftaran & Maklumat lanjut sila hubungi:

Ustaz Nazri - 0192360579 / Ustaz Othman - 0135287321 / Ustaz Hassan - 0133943719 / Ustaz Idris -0135295539

http://zuyyinqiraat79.blogspot.com/

Seminar Tertutup anjuran RELA Melaka; (3 Nov 10; Modul 1)

Berikut adalah maklumat berkenaan seminar rawatan Islam tertutup KISWAH bersama RELA Melaka yang bertempat di Sungai Udang, Melaka pada 3 November 2010:

TAJUK PROGRAM : ‘SEMINAR SATU HARI : MENANGANI ANGKARA JIN DAN SYAITAN’

TARIKH : 3 NOVEMBER 2010 (RABU)

MASA : 8.30 pagi – 5.00 petang

SASARAN PESERTA : 65 ORANG (Kakitangan, Para pegawai Pusat latihan Rela Wilayah Selatan, Ibu Pejabat Rela Malaysia dan Para Penolong Pegawai Rela Daerah negeri-negeri wilayah Selatan)

BERTEMPAT : DEWAN KULIAH PLRWS.

ANJURAN :

PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH SELATAN (Unit Hal Ehwal Islam)

(KEMENTERIAN DALAM NEGERI)

KM21, SUNGAI UDANG,

76300, MELAKA.

A. PERJALANAN SEMINAR.

8.30 PAGI : Kehadiran dan Pendaftaran Peserta.

9.00 : Ucapan aluan pengerusi dan pebentangan 1.

10.00 : Soal jawab.

10. 30 : Kudapan.

10.45 : Pebentangan 2.

12.30 : Soal jawab.

1. 00 : RESOMA

2.00 : Pebentangan 3.

2.45 : Soal jawab

3.00 : Bacaan Ruqyah, simulasi.

4.00 : Majlis Ijazah ruqyah.

4.15 : Perasmian penutup seminar (oleh Komandan PLRWS)

4.30 : Minum petang dan bersurai.

B. TAJUK-TAJUK PEBENTANGAN

1. Menyingkap Alam Jin dan Keterlibatannya dengan Sihir.

2. Konsep Perubatan Islam.

3. Tanda-Tanda Gangguan.

4. Amalan-Amalan Perisai.

5. Teknik Menangani Kejahatan makhluk Halus.

6. Pengenalan Ruqyah Syariyyah (jampi), Hizib dan Pengamalannya.



*Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah Taala dan mengiktirafnya sebagai amal soleh di sisiNya.... Amin...

Allahu Haqq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...