Slot petang di Surau ..iaitu pembacaan ruqyah dan hizib bahar beramai2... beserta simulasi perubatan Islam.
Saya yang tidak sihat kerana selsema meneruskan juga perjuangan ini..... Ya Allah berikanlahku kekuatan dariMU...
Maaf sudah lama tak update blog sebab agak sibuk dengan seminar semenjak dua menjak ni
Alhamdulillah saya baru pulang dari seminar khas untuk anggota2 RELA Wilayah Selatan yang terdiri dari ketua2 pegawai daerah setiap daerah lima negeri di Selatan Semenanjung...
Alhamdulillah seminar berlangsung dengan meriah sekali dengan keterlibatan pegawai Rela yang ceria dan sporting. Seminar ini adalah sebahagian dari kursus kerohanian pegawai Rela Wilayah Selatan..
Saya dan Abang Kasim bertolak sehari lebih awal iaitu selepas Zuhur hari Selasa dan tiba lebih kurang Maghrib di Ayer Keroh untuk membeli barang di Mydin Hypermart.. Kemudian kami bergerak ke Sungai Udang dan disambut oleh al Fadhil Ustaz Fadhli al Hafiz yang merupakan penyelaras program terbabit... Kami tidur di Kem Rela dengan lenanya... Alhamdulillah...
Keesokan harinya, seminar berlangsung di dalam dewan kuliah kem dengan dihadiri lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri dari pegawai Rela, pihak pentadbiran dan urusetia...
Seminar berlangsung dengan meriah dan pada sesi petang seminar berpindah ke Surau Kem untuk sesi pembacaan ruqyah beramai2 dan simulasi perubatan Islam. Lebih kurang 6 peserta yang hadir muntah2 dan menjerit; berkemungkinan mempunyai gangguan makhluk halus...
Kemudian diikuti dengan bacaan Hizib Bahar dan pengijazahn serta solat Asar berjemaah. Kemudian kami berwida' dan makan petang...
Kami bertolak pulang setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Us Fadhli dan kami tiba di Temerloh lebih kurang pukul 11 malam...
Sesungguhnya pengalaman di Kem Rela ini tidak akan kami lupakan sampai bila2!