**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 November 2010

Terapi Medan Elektrostatik Membantu Rawatan Sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Di dalam kitab Wiqayatul Insan pengarang mengatakan bahawa terapi medan elektrostatik atau aliran arus elektrik membantu menyahkan gangguan jin sihir dari tubuh badan manusia. Ini kerana arus elektrik tersebut membuatkan jin yang berada di dalam tubuh pesakit kesakitan.

Menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan kesihatan badan.

Saya secara peribadi menggalakkan pesakit untuk mencuba rawatan ini.

Perawat juga sesuai untuk menggunakan teknik ini bagi membersihkan daki2 sihir yang mungkin terhinggap di tubuh para mualij.

Dalam masa yang sama saya kini mengintai2 peluang untuk memiliki sendiri mesin ini dan sedang 'survey' apakah jenis yang terbaik dan economical untuk dimiliki.

Selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...