**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

04 November 2010

Kenangan Seminar dan Kem Mualij Ulu Tiram Johor

Assalamualiakum semua.. Alhamdulillah seminar 2 hari kami di Ulu Tiram berjalan dengan lancar dan meriahnya... Seminar 1 dan 2 serta Kem Mualij anjuran Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (anak buah Azlan Ghanie) ni mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Johor khususnya dan seluruh negara amnya...

Seminar satu disertai hampir 60 orang peserta dan seminar dua hampir 70 orang peserta.. Manakalah kem mualij yang dirasmikan oleh qadhi Johor Bharu disertai hampir 50 orang peserta...

Agak mengejutkan apabila peserta kem mualij sudah boleh merawat pesakit semasa seminar dua dan sesi rawatan kepada masyarakat awam pada petangnya.. Saya menyerahkan bulat2 urusan rawatan pesakit pada petang seminar kedua kepada peserta kem mualij dan Masya Allah mereka berjaya merawat pesakit tanpa rasa takut dan kekok ... Alhamdulillah.....

Saya dan Abang Kasim bertolak dengan menaiki SAGA 86 saya pada pagi Jumaat dan kami singgah solat Jumaat di sisi al Marhum Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh...

Kami meneruskan perjalanan dan sampai 4.30 petang di Ulu Tiram dan dijemput Saudara Syahrul... pada malamnya kami bertemu dengan urusetia dari Lok 9 dan terus survey kawasan yang bakal diadakan program keesokan harinya...

Masya Allah seminar ini mendapat sambutan yg amat baik dari dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Us Zaki and da geng sebagai penganjur amat boombastik!!! Saya teruja dengan semangat berpasukan yang ditonjolkan urusetia.

Walaupun berdepan geng2 mantera, jurus, kawin dan bersahabat dengan jin.... saya cekalkan diri menyampaikan mesej dakwah agar difahami semua golongan!

Qadhi Johor Bharu turut hadir memeriahkan program dan beliau merasmikan program kem mualid.. Satu slot bacaan Ratib al Attas dan pengijazahannya turut diadakan... Tuan Qadhi juga menyatakan sokongan penuhnya kepada KISWAH dan program yang dianjurkan adalah julung2 kalinya diadakan di 'wilayahnya'.

Kami pulang pada keesokan harinya dan tiba di Temerloh pukul 1 pagi setelah bertolah pulang pada pukul 6.30 petang...

Terima kasih kepada Us Zaki and da geng dari Keris lok 9 dan semua yang menjayakan seminar dan kem mualij pada kali ini...

Kenagan di Ulu Tiram tidak akan saya lupakan...

Ini adalah sebahagian gambar kenangan di sana...



Abang Kasim membawa saya menziarahi al Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah semasa solat jumaat di sana.... Pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Bersama sahabat2 seperjuanagan; anak2 buah Azlan Ghanie; Us Zaki and da Gang malam sebelum seminar..

Anak murid yang cekal bersama saya ke mana2 ; Ustaz Kasim Batu Pahat!!!
Demo mandi ais ditunjukkan kepada peserta.. Ada mualij; peserta muslimat memandikan pesakit yang sudah bertahun2 sakit. Alhamdulillah selepas muntah pesakit mengaku tidak sakit lagi.. Alhamdulllah..


CEPAT BELAJAR>>> Alhamdulilalh sehari selepas kem rakan2 dari Lok 9 dah boleh merawat!!!!


Peserta bertukar pandangan dengan saya.... Alhamdulillah peserta mudah faham apa yang saya cuba sampaikan

Kem Mualij, penyertaan memberangsakan .. Sebelum saya dedah dan ajar teknik rawatan... mereka diwajibkan berikrar dan bersumpah untuk meninggalkan teknik karut marut yang mereka pelajari sebelum ini!!!

Saya mengawal selia perawat baru yang sedang merawat


Suasana ceria menyelubungi Majlis Ratib al Attas dan zikir Asmaul husna bersama al Fadhil as Sheikh Azman Mohsin Qadi Johor Bharu bersama saya dan Us Zaki. Merasmikan kem mualij 2010. Suasana yang seram dan menakutkan menjadi tenang dan damai dengan ZIKRULLAH!!!


KENANGAN KEM MUALLIJ 2010...terasa pilu,hiba,sedih,geram puun ada,,bila melihat ANAK merawat IBU..SUAMI merawat ISTERI..AYAH merawat ANAK...suasana penuh EMOSI.dengan lantunan bacaan ayat2 rukyah syariyyah..ALLAHU AKBAR..


Ole2 dari Ulu Tiram

Alhamdulillah..berkat kesabaran,keikhlasan,,syukur kepada Allah yang melembutkan hati2 kami untuk bersama2 mendalami ilmu perawtan islam bersama Ust Hayat pengasas Pusat Rawatan ISLAM KISWAH..tahniah kepada muallij2 dan muallijah,,laksanakan amanah anda kerana ALLAH..

p/s: Terus terang saya katakan pertama kali menjejakkan kaki di sana; kem terasa suram dan guram dan apabila tiba.. meremang bulu tengkok... (maklumlah sebelum ni dilaporkan banyak kejadian mistik di kem ini) Setelah program tempat ini terasa ceria dan dipenuhi nur.....

ALLAHU HAQQ!!! HIDAYAH SELURUH ALAM!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...