 |
| Salam Nisfu Syaaban @ Lailatul Bara'ah Buat Semua Dari KISWAH |
Artikel 1:
Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4718-hukum-puasa-solat-a-doa-pada-nisfu-syaban.html#.T_Eq3_Er8_o.facebook
Malam Nisfu
Sya’ban ( Antara Helah, Malas dan Tekun Beribadah )
Petikan Fatwa Fadhilah
Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa
pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya'ban merupakan
malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang
kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang
saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis
tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap
malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada
agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah
disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang
menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang
menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ
رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ
تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ
وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ
نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ
شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata
: "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah
keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan
perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata
: Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke
atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan
kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas
perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda
bersabda : Sesungguhnya
Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan
perintahNya) pada malam
nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa
(yang dilakukan oleh hambaNya) lebih
banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing
peliharaan (bani) Kalb."
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.]
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ
مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu'adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda :"Allah memandang pada kesemua makhluk
ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua
makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan
Allah) dan dosa
orang yang bermusuhan."
[Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي
طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا
فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ
إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ
لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ
أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه
ابن ماجه
.
Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka
hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya,
Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya
setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon
keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon
rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah
maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian
...sehinggalah terbitnya fajar."
[Riwayat Ibnu Majah]
Tidaklah mengapa seandainya
membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara
terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara
menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya
adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan
sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam
perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut
tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara
tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa sekiranya
meninggalkannya.
Hadis daripada Ibnu Umar R.A
telah berkata :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً"
- متفق عليه
.
"Nabi S.A.W akan
mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu
samada dengan berjalan ataupun
menaiki tunggangan."
[Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.]
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di
dalam kitabnya (Fathul Bari) :
"Di dalam hadis
ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan
kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan
sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara
berterusan." -tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di
dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :
"Ulama' di Syam
telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam
nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan
malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma'dan dan Luqman ibn
'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan
mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya
dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat
dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah
mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : "Perkara
tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini dinukilkan oleh Harb
Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan
pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan
tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini
adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan
'Alim." -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu
Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana
sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang
disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat
tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut
diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak
mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang
menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan
RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan
para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya'ban.
Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut
adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Oleh itu, digalakkan menghidupkan
malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti
Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan
Al-Tantawi
Sumber : Majalah Minbar
Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya'ban 1430, m/s 136.
____________________________________________________
Artikel 2:
MALAM NISFU
SYAABAN
Oleh
: Al-Fadhil Ustaz Syed Abd Kadir Al-Joofre
Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah
malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).
Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada
malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan
oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan
dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.
Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh
dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada
dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah).
Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.
Ada fatwa
ulamak kontemporari yang mengatakan perbuatan ini tiada asal dan bid'ah lagi
haram. Para ulamak kita di tempat lain (di
Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain)
kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut. Oleh kerana itulah amalan
beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman
berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban
dengan jelas dan adil.
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis
shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah
Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka
diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau
orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu
Hibban)
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan
doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada
kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam
Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan
malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan
daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis
yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan
sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan
zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk
Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa
para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul,
mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka
dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam
tersebut.
Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam
Nishfu Sya`baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam
(qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak
mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan
malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara
bersendirian.
Ada pun cara
kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran
seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di
masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau
perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para
tabi`in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf
antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali
dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada
pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut
seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa
yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat
Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya
sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini
boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan
atau pada malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh
para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh
pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak
bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan.
Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak
solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan
individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang.
Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup
jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan
yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju
dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali
jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih
suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau
tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang
menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan
mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik.
Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub
dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang
menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat
pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam
___________________________________________________________________
Artikel 3:
Panduan malam nishfu sya’ban
- Doa dimalam nisfu sya’ban adalah
sunnah, dan memang jelas riwayat dimalam itu adalah ditentukannya takdir2
ketentuan kita hingga 15 sya’ban yg akan datang, walaupun pendapat terkuat
adalah malam lailatulqadar, demikian dijelaskan pd Tasfir Imam Attabari,
tafsir Imam Ibn Katsir, Tafsir Imam Qurtubi dll.maka doa di malam itu
adalah amal yg mulia, namun mengenai membaca Yaasiin 3x itu adalah saran
para ulama, jika hal itu dikatakan bid;ah maka hal itu adalah bid;ah
hasanah, sebagaimana banyak bid;ah2 hasanah yg juga dilakukan oleh para
sahabat ra, karena telah diperbolehkan oleh Rasul saw dg hadits beliau saw
:
“Barangsiapa membuat kebiasaan baru berupa kebaikan maka baginya pahalanya
dan pahala orang yg mengikutinya, dan barangsiapa yg membuat kebiasaan
buruk berupa kebaikan maka baginya dosanya dan dosa orang yg
mengamalkannya” (Shahih Muslim hadits no.1017).maka pelarangan akan hal
ini adalah hal yg salah dan batil. Sumber
disini
- Mengenai doa dimalam nisfu sya’ban
adalah sunnah Rasul saw, sebagaimana hadits2 berikut : Sabda Rasulullah
saw : “Allah mengawasi dan memandang hamba hamba Nya di malam nisfu
sya’ban, lalu mengampuni dosa dosa mereka semuanya kecuali musyrik dan
orang yg pemarah pada sesama muslimin” (Shahih Ibn Hibban hadits
no.5755)berkata Aisyah ra : disuatu malam aku kehilangan Rasul saw, dan
kutemukan beliau saw sedang di pekuburan Baqi’, beliau mengangkat
kepalanya kearah langit, seraya bersabda : “Sungguh Allah turun ke langit
bumi di malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa dosa hamba Nya sebanyak
lebih dari jumlah bulu anjing dan domba” (Musnad Imam Ahmad hadits
no.24825)berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5
malam, yaitu malam jumat, malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama
bulan rajab, dan malam nisfu sya’ban” (Sunan Al Kubra Imam Baihaqiy juz 3
hal 319). dengan fatwa ini maka kita memperbanyak doa di malam itu,
jelas pula bahwa doa tak bisa dilarang kapanpun dan dimanapun, bila mereka
melarang doa maka hendaknya mereka menunjukkan dalilnya?, bila mereka
meminta riwayat cara berdoa, maka alangkah bodohnya mereka tak memahami
caranya doa, karena caranya adalah meminta kepada Allah,
pelarangan akan hal ini merupakan perbuatan mungkar dan sesat, sebagaimana
sabda Rasulullah saw : “sungguh sebesar besarnya dosa muslimin dg muslim
lainnya adalah pertanyaan yg membuat hal yg halal dilakukan menjadi haram,
karena sebab pertanyaannya” (Shahih Muslim). Sumber
disini
- Yg paling pokok adalah berdoa,
karerna memang ada pendapat para Mufassirin bahwa malam nisfu sya’ban
adalah malam ditentukannya banyak takdir kita, walaupun pendapat yg lebih
kuat adalah pd malam lailatul qadar,namun bukan berarti pendapat yg
pertama ini batil, karena diakui oleh para muhadditsin, bisa saja saya
cantumkan seluruh fatwa mereka akan malam nisfu sya’ban beserta bahasa
arabnya, namun saya kira tak perlulah kita memperpanjang masalah ini pada
orang yg dangkal pemahaman syariahnya,para ulama kita menyarankan membaca
surat Yaasiin 3X, itu pula haram seseorang mengingkarinya, kenapa
dilarang?, apa dalilnya seseorang membaca surat Alqur’an?,melarangnya
adalah haram secara mutlak. Sumber
disini
- Disunnahkan untuk memperbanyak shalat
malam di malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa keesokannya, sebagaimana Hadits
Rasul saw : “Bila sudah masuk Malam Nisfu Syaban maka bangunlah dimalamnya
(perbanyak shalat malam dan dzikir) dan berpuasalah disiang harinya,
sungguh Allah turun ke langit yg terendah berhadapan dg bumi saat
terbenamnya matahari di hari itu (turun ke langit yg terdekat dg bumi =
mendekatkan Rahmat Nya kepada hamba Nya), dan berkata: adakah yg
beristighfar kuampuni dosanya, adakah yg ditimpa musibah (yg berdoa)
hingga kuangkat musibahnya, adakah yg meminta rizki akan kulimpahi rizki,
adakah..dan adakah.. (Rasul saw menjelaskan banyak kemuliaan malam itu
dari Allah swt menjawab doa doa kita).
sumber :
- Tafsir Imam Qurtubi Juz 16 hal 127.
- Sunan Ibn Maajah hadits no. 1388
- Walaupun ada pendapat bahwa riwayat ini tdk shahih,
namun baik pula kita banyak bermunajat di malam ini karena Pengampunan
Allah tercurah di malam ini, sebagaimana riwayat shahih dibawah ini.dan
Rasul saw bersabda bahwa malam Nisfu Sya’ban Allah mengampuni semua hamba
Nya kecuali Musyrik dan orang yg suka iri dan dengki/pemfitnah. (Shahih
Ibn Hibban hadits no.5667), (Mawarid Dhamaan hadits No.1980) (Sunan
Tirmidzi hadits no.739) . Sumber
disini
Artikel 4:
PEMBAHASAN SEKITAR MALAM NISFU
SYABAN (Bagian I) Bersama Gus Im
Assalamualaikum wr.wb
Sahabatku Rahimakumullah,
Besok Insya Allah tanggal 13 Sya’ban. Senin malam lusa tanggal 14 dan Insya
Allah malam Nisfu Sya’ban. Di kalangan Nahdliyin (NU) malam Nisfu sya’ban ini
selalu menjadi malam yang istimewa dinatara malam2 di bulan Sya’ban Berkenaan
dengan malam Nisfu (pertengahan) Sya’ban ada beberapa hal yang patut diketahui
bersama, karena malam Nisfu Sya’ban ini sejak lama menjadi perdebatan di
kalangan Ulama dan para ahli hadist dan menjadi mahallun-khilaf nyaris sepajang
zaman. Tidak akan ada penyelesaiannya, karena masing-masing pihak berangkat
dengan ijtihad dan dalil masing-masing. Sebagian Ulama menganggapnya sebagai
sunnah dan sebagian Ulama menganggapnya sebagai bi’dah hasanah mamduhah (bid’ah
yang secara syar’i dikategorikan baik dan terpuji ) dan sebagian lain
menganggap sebagai amalan bid’ah yang tidak pernah dijalankan oleh Nabi SAW.
Sehubungan dengan hal tersebut,
terlampir saya sajikan beberapa tulisan berseri, terkait Nisfu Sya’ban. Tentu
saja saya menerima perbedaan pendapat dan pandangan, namun demikian tetap
dengan azas saling menghormati terhadap pemahaman masing2 dan tidak menuduhnya sebagai
suatu kesesatan dan mengangggap pendapatnya sebagai yang paling benar.
Para Imam Mazhab saja hampir
dalam setiap bab pembahasan kitabnya selalu menyandarkan kebenarannya hanya
pada Allah semata, dengan kalimat Wallahualam bissawab.
Semoga Bermanfaat.
Wassalam, Gus Im/IPH
=======================================
Malam Nisfu Sya’ban (Bagian I)
Nisfu Sya’ban adalah hari
peringatan Islam yang jatuh pada pertengahan bulan Sya’ban. Dalam kalangan
Islam, Nisfu Sya’ban diperingati menjelang bulan Ramadhan. Pada malam ini
biasanya diisi dengan pembacaan Surat Yaasiin tiga kali berjamaah dengan niat
semoga diberi umur panjang, diberi rizki yang banyak dan barokah, serta
ditetapkan imannya.
Peringatan Nisfu Sya’ban tidak
hanya dilakukan di Indonesia
saja. Al-Azhar sebagai yayasan pendidikan tertua di Mesir bahkan di seluruh
dunia selalu memperingati malam yang sangat mulia ini. Hal ini karena diyakini
pada malam tersebut Allah akan memberikan keputusan tentang nasib seseorang
selama setahun ke depan. Keutamaan malam nisfu Sya’ban diterangkan secara jelas
dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.
Imam Ghazali mengistilahkan malam
Nisfu Sya’ban sebagai malam yang penuh dengan syafaat (pertolongan). Menurut
al-Ghazali, pada malam ke-13 bulan Sya’ban Allah SWT memberikan seperti tiga
syafaat kepada hambanya. Sedangkan pada malam ke-14, seluruh syafaat itu
diberikan secara penuh. Dengan demikian, pada malam ke-15, umat Islam dapat
memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu
tahun. Karepa pada malam ke-15 bulan Sya’ban inilah, catatan perbuatan manusia
penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT.
Para ulama menyatakan bahwa Nisfu Sya’ban juga
dinamakan sebagai malam pengampunan atau malam maghfirah, karena pada malam itu
Allah SWT menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi, terutama kepada
hamba-Nya yang saleh.
HADIST KEUTAMAAN NISFU SYA’BAN
Tentang keutamaan malam Nisfu
Sya’ban ini, dimana kita dianjurkan untuk melakukan ibadah terutama untuk
memohon ampun, memohon rezeki dan umur yang bermanfaat, terdapat beberapa hadis
yang menurut sebagian ulama sahih.
Diantaranya
Hadist pertama
Diriwayatkan dari Siti A’isyah ra
berkata, :”“Suatu malam rasulullah salat, kemudian beliau bersujud panjang,
sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, karena curiga maka aku
gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah usai
salat beliau berkata: “Hai A’isyah engkau tidak dapat bagian?”. Lalu aku
menjawab: “Tidak ya Rasulullah, aku hanya berfikiran yang tidak-tidak
(menyangka Rasulullah telah tiada) karena engkau bersujud begitu lama”. Lalu
beliau bertanya: “Tahukah engkau, malam apa sekarang ini”. “Rasulullah yang
lebih tahu”, jawabku. “Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban, Allah mengawasi
hambanya pada malam ini, maka Ia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi
kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang
yang dengki” (H.R. Baihaqi) .
Hadits Kedua
Diriwayatkan dari Siti Aisyah ra
bercerita bahwa pada suatu malam ia kehilangan Rasulullah SAW. Ia lalu mencari
dan akhirnya menemukan beliau di Baqi’ sedang menengadahkan wajahnya ke langit.
Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada
malam nishfu Sya’ban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu
domba Bani Kalb.” (HR Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah)
Hadis Ketiga
Diriwayatkan oleh Abu Musa
Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah pada malam
nishfu Sya’ban mengawasi seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali
orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)
Hadis Keempat
Diriwayatkan dari Ali bin Abi
Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika malam nishfu Sya’ban tiba, maka
salatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya
pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan
berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah
yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’,
lalu Aku menyelamatkannya, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar.” (HR
Ibnu Majah).
Demikianlah keutamaan dan
kelebihan malam Nishfu Sya’ban yang Insya Allah akan jatuh pada Senin tgl 26
Juli 2010 sore hingga subuh . Marilah kita manfaatkan malam yang mulia ini untuk
mendekatkan diri dan memohon ampunan dan berdzikir sebanyak-banyaknya kepada
Allah. SWT
KESIMPULAN
Dari paparan di atas, kita
sebagai umat Islam semestinya tidak melupakan begitu saja, bahwa bulan sya’ban
dalah bulan yang mulia. Sesungguhnya bulan Sya’ban merupakan bulan persiapan
untuk memasuki bulan suci Ramadhan. Dari sini, umat Islam dapat mempersiapkan
diri sebaik-baiknya dengan mempertebal keimanan dan memanjatkan doa dengan
penuh kekhusyukan.
Meski menurut para ahli hadist
masih berbeda tentang malam nisfu sya’ban ini, namun demikian menurut saya
sangat dianjurkan untuk meramaikan malam Nisfu Sya’ban dengan cara memperbanyak
ibadah, shalat sunnah, memperbanyak bacaan zikir, memperbanyak baca’an
shalawat, membaca al-Qur’an, bersedekah, berdo’a dan mengerjakan amal-amal
salih lainnya.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa
kita. Amiin.
Wallahualam bissawab
Bârakallâhu lî wa lakum, Matur
syukran n Terima kasih.
Semoga Bermanfaat ya
Jakarta, 24 Juli 2010
Billahit taufiq wal hidayah
Wassalamualaikum wr.wb
Imam Puji Hartono/IPH(Gus Im)
“Utamakan SEHAT untuk duniamu,
Utamakan AKHLAK dan SHALAT untuk akhiratmu”
Artikel 5:
KELEBIHAN NISFU SYAABAN
Oleh: Ust Syaiful Nizam bin Md
Jan
Penolong Mufti Bahagian Tarekat Tasawuf
Sabda Nabi saw,
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا
كان ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها، فإن الله تعالى
ينزل فيها لغروب الشمس إلى سماء الدنيا فيقول: ألا مستغفر فأغفر له، ألا
مسترزق فأرزقه، ألا مبتلى فأعافيه، ألا كذا، ألا كذا حتى يطلع الفجر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw
telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya
dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya
dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang
yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang
meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang
ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini…
sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw,
إن الله عزّ وجلّ ينزل إلى سماء الدنيا ليلة من شعبان فيغفر
لأكثر من شعر غنم بنى كلب.
Yang bermaksud, Sesungguhnya
Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka
diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.
(Riwayat daripada Imam Ahmad,
al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Terdapat pula dalam hadith yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,
أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح
فيها
أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ
وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه
ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل
الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم،
فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام
فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ
عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا
أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.
Yang bermaksud, Jibril a.s pernah
datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah
malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka
bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit.
Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam
yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka
yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan
kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang
yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang
derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan
silaturrahim.
Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka
bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan
bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku
berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku
dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji
diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.
Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang
dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan
malam Nisfu Syaaban.
Daripada Saidina Umar Abdul Aziz
r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
Bagi kamu empat malam yang
istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya
sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam
Idul Fitri dan malam Idul Adha.
Apabila tiba bulan Rejab,
Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب
وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Justeru, pada Nisfu Syaaban kita
digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan
memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat
sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang
keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.
KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU
SYAABAN
Membaca surah Yasin tiga kali,
tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
Bacaan pertama dengan meminta
dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak
bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya
daripada manusia.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ
وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا
ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ
اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ،
اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا
أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ
فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي
وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ
سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ
الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا
يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى
الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى
يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ
تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ
بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ
تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Rujukan:
Kitab
al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur
al-Qamariyah.
Artikel 6:
Sumber: http://pondokhabib.wordpress.com/2011/07/15/apa-keistimewaan-malam-nisfu-syaaban/
Apa keistimewaan malam
Nisfu Syaaban?
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam
dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke
langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka
buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi
Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku
pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa
yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini
akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun
ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang
akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal
mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya
rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian
kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar
permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi
perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada
Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya
dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana
sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari
terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“,
bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah
memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar
permintaan dan keampunan hambanya)“
Apakah amalan pada malam
Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari
Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?
Rasulullah s.a.w. ada melakukan
solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara
fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang
amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun
orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.
Abdullah bin Masud ada
meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan
apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya
dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Bolehkah berpuasa dalam
Bulan Syaaban? Ada
yang mengatakan kalau nak puasa pada bulan Syaaban kena puasa sebelum 15hb
Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?
Dalam
Islam cuma 5 hari (4 hari raya haji, 1 hari raya puasa) yang diharamkan
berpuasa setahun, selain dari itu dibenarkan. Rasulullah s.a.w. banyak
Artikel 7:
Sumber: http://pondokhabib.wordpress.com/2011/07/15/kelebihan-syaaban-malam-nisfu-syaaban/
Kelebihan Syaaban & Malam
Nisfu Syaaban
Posted on 7 Julai 2011 by Ustaz Halim
Sempena bulan Syaaban dan malam
Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan
kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz
Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan
Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Abdullah b Yusuf menyampaikan
kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra.
dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami
mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak
berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan
(dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak
selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan
kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra
meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam
satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban
semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut
kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang
jemu (dulu – pent)”.
Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw
ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw
apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970
riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada
kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah
ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara
(iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat
Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah
menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan
ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw
bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap
malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada
aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku,
untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku
mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di dalam Hadis-hadis Sahih
riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari
Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa
sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan
Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak
disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut
berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan
Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam
Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut
kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan,
dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis.
Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak,
namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas,
ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah)
dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam
masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah
mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan
yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya,
bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang
Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah)
dan bukan bid’ah.
Berikut adalah sebahagian
hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab
Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata,
“Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam
bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah
bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan
Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian
alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan
sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan
selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan
Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah
apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata
At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari
Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu
berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah
swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah
disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon
rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana,
lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana …
adakah di sana
… ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan
sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril
telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada
malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai
bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam
itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki
batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang
yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang
memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata, Allahumma a’inni ala
zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati,
mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Selamat Beramal Dari Keluarga kecil KISWAH 2012
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!