**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 July 2012

Tahlil dan Maulid 100 Hari Kemangkatan Sheikh Raja Ashman di Istana Perak 7 Julai 2012


Bersama Us Hasif Lebai Fansuri semasa jamuan..
  Assalamualaikum semua...

Masya Allah wa TabarakALLAH...


KISWAH diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis tahlil dan maulid sempena 100 hari kemangkatan al marhum guru kami yang tercinta al Marhum Sheikh Raja Ashman di istana Perak Kuala Kangsar.

Kelihatan Sheikh Jamaluddin dan Us Hanif al Hafiz al Husofi di situ.. Nur.....

Tetamu yang hadir adalah as Syeikh Adnan al Kabbani dan as Syeikh Bahauddin Adil. Kehadiran mereka dan sejumlah besar masyayikh yang tercinta serta ahli-ahli jemaah naqshi dari seluruh Malaysia dan Singapura menambahkan lagi keberkatan malam tersebut.

Alhamdulillah, diri ini berpeluang bersilaturrahmi dengan tetamu-tetamu yang hadir. Ukhuwwah FiLLAH lestari selamanya.. Mudah-mudahan Allah menyatukan hati dan menyebarkan bunga-bungaan kasih sayang sesama kita dan bukannya tahi fitnah dan bangkai permusuhan... :)

Us Suffian bertemu dengan seorang adik yang saling tak tumpah menyerupai wajahnya.Syarifuddin.. Adik angkat..
Syukur ya Rabbi, kami dberi kesempatan oleh Rabbul Jalil untuk membaca Yaasin, Tahlil untuk al Marhum juga bermulid bersama semua masyayikh, kerabat kesultanan Perak yang sangat-sangat rendah diri dan amat kasih kepada majlis zikir, majlis selawat kepada Rasul Agung dan pencinta tegar awliya'Nya... Semoga Allah merahmati kerabat Sultan Perak RahimahumuALLAH...

al Fatihah thumma al Fatihah kepada guru mulia al Marhum Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Muhibbuddin Shah as Sulthani.

AL FATIHAH...

Jemaah dari Pahang yang hadir hanya berjumlah 4 orang sahaja. Alhamdulillah.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...