04 July 2012
Kenangan Ambang Ramadan dan Maulid di Felda Ulu Jempol 30 Jun 2012
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, tausiyyah ambang Ramadan dan Maulid di Felda Ulu Jempol berlangsung dengan jayanya..
Masya Allah, al faqir wal haqir ila ALLAH al Ghaniy dijemput untuk menyampaikan sedikit pengisian. KISWAH menggunakan kitab an Nasaih dan Sairus Salikin sebagai rujukan untuk pengisian malam yang penuh barakah ini. Saya menyediakan edaran dan flyers sebagai rujukan kepada para hadirin berkenaan KELEBIHAN RAMADAN dan ADAB-ADAB RAMADAN. KISWAH juga mencadangkan agar mereka menampalnya di rumah masing2.. INSYA ALLAH pengisian ini saya akan postingkan nanti di dalam blog ini.
Pengisian diselangselikan dengan maulid dari kumpulan maulid Mevlevi Maulid Ensemble Pahang Group yang diketuai Cikgu Adib al Qadahi. Turut sama memeriahkan maulid kali ini adalah kumpulan Maulid Maahad 08 dan adik2 Maahad SAS..
Masya Allah wa TabarakALLAH, bermula sahaja majlis dan selawat hujan rahmat pun turun membasahi bumi Ulu Jempol dan berlanjutan betul2 sehingga majlis tamat.
Selepas Isyak; tahlil dan maulid ad Daibaie dan hadrah diteruskan.
Jamuan dari orang kampung hasil tajaan muhsinin dari kalangan orang kampung mengakhiri majlis pada kali ini.
KISWAH sempat mengadakan rawatan ringkas kepada orang kampung yang memerlukan..
Terima kasih kepada warga Ulu Jempul khususnya Us Nasaie Bani Nawawie dan pengerusi Surau Peringkat 3 Ulu Jempol.
Segala pengorbanan kalian demi menyebarkan CINTA kepada ALLAH dan RASULNYA saw tidak akan kami lupakan dan moga2 Allah Rabbul Jalil sahaja yang membalasnya...
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam.
Hayat al Mevlevi
Labels:
artikel,
berita,
seminar dan ceramah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment