**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

09 July 2012

Temuramah Pelajar Kedoktoran USM Kubang Kerian



Pelajar kedoktoran menyaksikan sesi rawatan ruqyah kepada pesakit

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Baru-baru ini KISWAH dikunjungi oleh 4 orang pelajar FAKULTI KEDOKTORAN USM Kubang Kerian bertujuan menemuramah KISWAH berkenaan perubatan Islam secara umum dan penggunaan buah-buahan di dalam al Quran dan as Sunnah di dalam perubatan Islam.

Ini adalah temuramah kedua saya oleh pelajar-pelajar IPT selepas ditemuramah oleh pelajar-pelajar Kolej Islam Pahang pada tahun lepas.

Mereka tiba dari Kelantan pada pagi 4 Julai 2012 dan sanggup menunggu untuk menemuramah saya pada pukul 2.30 petang yang diketuai oleh adik Syahira dari Sabah yang awalnya menghubungi pembantu dan isteri tersayang.

Para pelajar yang kesemuanya muslimat ini begitu teruja untuk menyaksikan sendiri rawatan ruqyah yang berlangsung lebih kurang 1 jam.

Pelbagai pertanyaan ditanyakan berkenaan rawatan Islam
Kemudian disusuli dengan penerangan dari saya berkenaan rawatan di rumah selepas sesi ruqyah dan penggunaan barangan makanan sunnah untuk tujuan rawatan penyakit fizikal dan spiritual.

Selepas Solat Asar dan pembacaan Sairus Salikin pelajar-pelajar tersebut memulakan sesi soal jawab. Saya dimaklumkan bahawa mereka semua sedang melakukan kajian lapangan, assignment berkenaan penggunaan buah-buahan sunnah di dalam perubatan Islam. Terdapat 5 buah yang disebut di dalam al Quran yang menjadi kajian mereka.
Tekun.. semoga berjaya di dalam pelajaran Insya Allah kami doakan.

Antara soalan yang ditanyakan kepada saya antara lain berkisar kepada.

  1. Pengeluar barangan sunnah
  2. Negara atau tempat tanaman buahan2 sunnah yang terbaik di dunia
  3. Dalil-dalil penggunaan makanan dan buah-buahan sunnah.
  4. Kenapa banyak menggunakan bahan makanan dan buahan sunnah berbanding ubatan dan herba lain.
  5. Penggunaan minyak zaitun dan buah zaitun dalam rawatan penyakit serta hadis yang berkenaan.
  6. Berkenaan rawatan kanser dan penggunaan buah-buahan sunnah.
  7. Berkenaan buah tin dan nilai perubatannya.
  8. Perbandingan antara rawatan Islam dan rawatan moden 'Alopathy'
  9. Isu2 pendaftaran latarbelakang KISWAH dan biografi pengasas KISWAH biodata.
  10. Persoalan pasaran saingan dan modal setiap bulan. Aspek2 teknikal.
  11. .. dan lain-lain lagi.

Terima kasih kepada pelajar muslimah yang berusaha hadir ke pusat rawatan kami yang serba kerdil dan kurang ternama ini. Masya Allah, dari 1001 pusat rawatan yang tumbuh bagaikan cendawan setiap hari di Malaysia ini, maka KISWAH yang masih baru dan banyak kekurangan ini dijadikan medan kajian mereka.

Terima kasih juga kerana cenderahati yang diberikan.. 

Tidaklah pandai mana.. harapnya jawapan memuaskan penemuramah yang ramah...
Harapan saya semoga kalian semua berjaya di dalam pelajaran dan dalam bidang yang akan diceburi nanti. Bittaufiq wan Najah Insya Allah dari semua ahli keluarga KISWAH dari seluruh pelusuk Malaysia..

Semoga perubatan Islam yang sebenar berasaskan ruqyah syariyyah dan pemakanan sunnah mendapat tempat istimewa di dalam masyarakat Malaysia suatu hari nanti. Insya Allah.

Terima kasih atas cenderahati kepada KISWAH. Allahu Yubarik 'Fikunna'...
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...