08 October 2013
Kenangan Mawlid Bersama Habib Abd Rahman bin Hasan al Jufri di Masjid Gunung Senyum 7 Okt 2013
Assalamualaikum..
Pengalaman yang cukup berharga....
Labels:
berita,
event,
mawlid,
NGO KISWAH
01 October 2013
Program Rehlah Dakwah Ilmiah Bersama Dr Habib Abdul Rahman bin Hassan al Jufri Universiti al Ahqaf Tarim, di Pahang Pada 7 Okt 2013
![]() |
| Jangan Ketinggalan... |
Program Rehlah Dakwah Ilmiah Bersama Dr Habib Abdul Rahman bin Hassan al Jufri Universiti al Ahqaf Tarim, di Pahang Pada 7 Okt 2013
23 September 2013
Herba Penawar Kanser Insya Allah Mujarab: Herba Katik Murai / Belalai Gajah / Sabah Snake Grass. Tidak Rugi Mencubanya. RM20 + RM8 (SM) / RM12 (SS)
Assalamualaikum semua..
Antara rawatan kanser adalah adalah:
Kanser, ketumbuhan dan tumor – katik murai / belalai gajah, minyak zaitun, jus delima, bawang, serai, cuka kurma, durian belanda
Qurani:
1) Guru kami berkata operation bukanlah satu rawatan .Baca “Ruqyah Saratan” setiap hari. Atau baca dan dengar cd ruqyah untuk gangguan biasa sekerap mungkin.
2) Al Fatihah, al Ikhlas dan baca doa bengkak dan ketumbuhan:
* اللَّهُمَّ يَا مُصَغِّرَ الْكَبِيرِ, وَيَا مُكَبِّرَ الصَّغِيرِ، صَغِّرْ مَا بِهِ / بِهَا (نية سبوت نام فساكيت) يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Maksudnya: Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil. Kecilkanlah apa yang menimpanya wahai Allah yang Maha Mengasihani.
3) Dengar: Cd ruqyah sekerap mungkin
4) Surah al Qalam ayat 1-3:
Tabie:
1) Mandi: Mandi air yang telah diruqyah beserta ais sekali sehari sebelum maghrib.
2) Minum: Minum air yang diruqyah dua kali sehari dan dicampur dengan a) 1 sudu cuka kurma 2) 1 sudu minyak zaitun 3) satu sudu jus delima.
3) Sapu: Sapu anggota yang terkena kanser dengan minyak zaitun; extra virgin olive oil yang telah diruqyah sekerap mungkin. Sekiranya terkena kanser darah atau leukimia atau anggota di dalam perut maka hendaklah diminum 3 sudu minyak zaitun setiap hari. Minyak zaitun adalah anti kanser yang kuat.
4) Minum jus bawang sebiji sehari 1 jam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. Bawang yang terbaik adalah bawang Holland berwarna kuning dan berkulit emas. Jus sebaiknya didapati dari mesin 'juicer' (fruit extractor) dan bukan blender... Bawang adalah anti kanser yang kuat.
5) Amalkan makan buah durian belanda. Buah belanda merupakan anti kanser yang kuat.
6) Sayuran pula adalah bayam dan serai. Minum air serai atau dibuat ulam setiap hari. Merupakan anti kanser.
7) Mengambil secara rutin rebusan air herba katik murai / belalai gajah selama seminggu - 40 hari.
Urut / sakit badan / sengal / masuk angin – minyak zaitun, garam bukit, madu, cuka epal
Qurani:
Pegang dengan tangan kanan dan baca
Qurani:
Pegang dengan tangan kanan dan baca
Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.
2) Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ
Tabie:
1) Urut kawasan sakit dengan campuran minyak zaitun + ma’ warad (air mawar).
2) Panaskan semangkuk garam bukit dan letak di dalam kain. Urut dengan garam panas tersebut.
3) Mandi ais setiap petang selama 7 hari sebelum Maghrib. Campuran segelas air ruqyah, sebaldi besar air paip, garam secawan dan limau purut. Jangan lap selepas mandi. Selepas 7 hari mandi jadi ketika perlu.
4) Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a. Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b. Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.
5) Sapu / urut dengan minyak zaitun sekerap mungkin. Pastikan sentiasa berminyak.
6) Sapu tempat kebas dan sesemut dengan minyak wangi ros / kasturi ruqyah.
7) Lemah badan: Madu 1 atau dua sudu, dua kali sehari, kismis 21 biji sejam sebelum makan apa2 waktu pagi. Boleh juga campurkan madu dan cuka epal sesudu di dalam segelas air ruqyah untuk lebih tenaga.
Anak murid saya Pak Cik Mat Saed yang memang mahir dalam perubatan berasaskan herba dan pucuk kayu juga menyatakan bahawa daun ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi khususnya untuk rawatan awal sakit buah pinggang.
Menurutnya alhamdulillah biizinillah dengan izin Allah, ada pesakit yang baru dikesan menghidap penyakit buah pinggang sembuh dengan izin Rabbul Jalil jua setelah hampir sebulan mengambil air rebusan daun ini. Alhamdulillah..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
| Testimoni SEBENAR dari Pengguna |
Daun Katik Murai
Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.
![]() |
| Hanya Allah yang menyembuhkan |
Cara-cara menggunakannya:
Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.
Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.
Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.
Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari. Atau dua kali sehari (Selepas Subuh dan Sebelum Tidur) untuk tempoh dua minggu.
ATAU: paling kurang:
Secekak katik murai direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.UNTUK MENDAPATKAN HERBA PENAWAR SAKIT BELIKAT; KATIK MURAI, MINYAK ZAITUN, GARAM BUKIT DLL YANGTELAH DIRUQYAH SILA KE ONLINE STORE RASMI KAMI: (KLIK DI BAWAH)
1 paket belalai gajah rm20. Hantar rm8 = RM28
Bank in Maybank 156057415555 Muliati bt Saad .Dah Bank in sms / whatsaap nama, alamat dan bukti bayar ke USTAZ HAYAT 017 9065131
Sepaket belalai gajah untuk 2 minggu. Secekak belalai gajah rebus seperiuk kecil air. Habiskan minum dalam sehari. Esp sebelum tidur. Buat 40 hari. Minum panas2. Jangan campur gula.. Dapatkan DI SINI atau DI SINI atau ikut sahaja aturan pembelian di atas.
Sedekah hari2 dengan niat kesembuhan.. Sedekah memanjang umur dan mengangkat bala'
Bernazar: Jika sembuh akan berpuasa sehari / umrah / jamu fakir miskin etc
Sembelih seekor kambing dan buat kenduri Doa Selamat dan Solat Hajat. Minta tuan2 guru dan orang soleh mendoakan kesihatan kita...
Iklan Penawar Buah Pinggang:
Iklan Penawar Buah Pinggang:
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
produk,
rawatan islam
22 September 2013
Kenangan Mawlid Di Masjid Bera Bersama NGO KISWAH Pada 21 September 2013
Assalamualaikum semua.
Kenangan Mawlid Di Masjid Bera Bersama NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH). Pada 21 September 2013. Semoga majlis diberkati oleh Allah. Terima kasih kepada pihak Tuan Qadi daerah Bera, Pengerusi, Imam, AJK Masjid dan khususnya Ustaz Khairy Alias kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengepalai bacaan mawlid ad daibaie..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
16 September 2013
Ceramah Bahaya Syiah Oleh Mawlana Johari Kg Gelugor Kuantan Pada 17 September 2013
Assalamualaikum semua..
Masya
Allah..penerangan yg hebat dan jelas berkenaan syiah oleh mawlana johari di
Masjid Kampung Gelugor Kuantan. Alangkah baiknya jika ustaz amin Sohibul Tafsir ustaz Mohd Fadli Johari dan
ustaz Amir Azmi blh jemput
ke tempat masing2...
Mmg clear jelas n terperinci...diadun pula dgn kisah pengalaman hidup beliau berhadapan dgn agen syiah di pakistan.
Seumpama menonton televisyen. Dari satu plot ke satu plot.
Mawlana Johari menceritakan juga kisah gurunya yang dibunuh Syiah...
Mawlana Johari memanggil Syiah sebagai agama Syiah VS agama Islam....
Bukan firqah di dalam agama Islam. Sahabat2 Irani yang belajar di Jamiah Ahlussunnah di Pakistan..
Bila pulang disembelih oleh Syiah Iran
..dan dalil2 membuktikan bahawa Syiah telah terkeluar dari Islam dalam bab Usuluddin lagi..
Semoga pelbagai pihak di luar sana dapat menjemput Mawlana Johari; ulamak tersohor di Negeri Pahang ini untuk membentangkan tajuk ini di tempat anda semua... Siapa nak no telefon beliau boleh SMS saya 017 9065131 Ustaz Hayat..
Labels:
berita
15 September 2013
Al Fatihah Kepada Habib Munzir al Musawa Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada 15 September 2013
Assalamualaikum kepad al Habib Munzir bin Fuad al Musawa...
Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa dikabarkan meninggal dunia, Minggu(15/9/2013). Pimpinan Majelis Rasulullah ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 15.30 WIB di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta.
Sang kakak Habib Nabil Almusawa yang juga Ketua DPP PKS mengabarkan berita duka tersebut melalui akun twitternya.
"Adinda Habib Munzir meninggal, mohon maafkan kesalahannya dan mohon doanya," tulis Habib Nabil di akun Twitternya, Minggu(15/9/2013).
Belum diketahui penyebab meninggalnya Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa.
Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa atau lebih dikenal dengan Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa lahir di Cipanas, Cianjur, Jawa Barat, 23 Februari 1973. Ia adalah pimpinan Majelis Rasulullah, majelis dzikir terbesar.
Ia merupakan anak keempat dari empat bersaudara dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Ayahnya bernama Fuad yang lahir di Palembang dan dibesarkan di Mekkah.
Setelah lulus pendidikan jurnalistik di New York University, Amerika Serikat, ayahnya kemudian bekerja sebagai seorang wartawan di harian 'Berita Yudha' yang lalu menjadi Berita buana. Masa kecilnya dihabiskan di daerah Cipanas, Jawa barat bersama-sama saudara-saudaranya, Ramzi, Nabiel Al-Musawa, serta Lulu Musawa.
Ia mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bahasa arab di LPBA Assalafy Jakarta Timur.
Ia memperdalam lagi Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur,yang dipimpin oleh Habib Naqib bin Muhammad bin Syehk Abu Bakar bin Salim,beliau banyak menimba ilmu di ma'had al Khairat dan disinilah beliau kenal dengan Habib Umar bin Hafidz yang kemudian diteruskan ke Ma’had Darul Musthafa di pesantren Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syech Abubakar bin Salim di Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994 untuk mendalami bidang syari'ah selama empat tahun. Di sana ia mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir Al Qur'an, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawwuf, mahabbaturrasul, ilmu dakwah, dan ilmu ilmu syariah lainnya.
Labels:
berita
13 September 2013
Ceramah Bahaya Syiah Oleh Mawlana Johari di Kg Gelugor Maran 16 September 2013
ASSALAMUALAIKUM
JOM P KULIAH..
SIAPA2 YANG ADA BERDEKATAN DGN TEMERLOH, JERENTUT, JENGKA DAN MARAN...MOH LA WEI..(JOM LA..) HEHE
"BAHAYA SYIAH" OLEH MAULANA JOHARI BIN ALI.
MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU INI.
ALLAHU HAQ HIDAYAH SELURUH ALAM!!!
Labels:
berita
11 September 2013
Gotong Royong KISWAH di Pejabat Arufa Simpang Songsang 22 September 2013
Assalamualaikum kepada semua ahli
Pada 22hb sep pagi ahad slps mawlid di bera pd malamnya..dipohon anggota kiswah menyertai gotong royong membersihkan pejbt ayahanda di simpang songsang merangkap stor dan 'kilang' air ruqyah kiswah..siapa boleh join?
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
NGO KISWAH,
produk
10 September 2013
09 September 2013
Kecewa Dengan Syarikat Botol MI MURNI INDUSTRY Yang Tidak Bertanggungjawab Menghantar Botol Yang Salah
Assalamualaikum semua...
Kepada sesiapa yang nak buat bisnes botol air mineral... Tak perlulah berurusan dengan syarikat Murni Botol yang suka putar belit pelanggan.. Sebab tu kadang2 kecewa dengan pengusaha melayu. Bukan nak tolong bangsa sendiri.. Ngap orang lagi ada..
Sudahlah menghantar botol yang salah, tidak mahu menghantar semula botol yang betul. Apabila kita tidak bersetuju dengan botol tersebut; disalahkan kita pula lalu passing botol kami yang salah kepada syarikat Tasnim Gau dan digunakan tanpa memberitahu kami terlebih dahulu. Padahal kami telah bayar cash kepada Murni Botol.
Murni Botol lepas tangan selepas dapat duit dengan jualan yang mahal dari biasa dan tak mahu mengganti botol yang sepatutnya. Selepas tu suruh kami berurusan dengan Syarikat Tasnim Gau pula. Dengan egonya memaksa kami menjual botol yang salah kepada Syarikat Tasnim Gau. Tasnim Gau hendak beli dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga yang kami beli dengan Murni... Apa ni???
Itulah sesama Islam kalau tak mahu amanah dan jujur...
Janji dia untung.....
P/S: Pendedahan ini sekadar satu perkongsian pengalaman.
Supaya anda semua berjaga2 dengan Syarikat Murni ini.
Murni sebenarnya tidaklah semurni mana...
Murni sebenarnya tidaklah semurni mana...
08 September 2013
Kenangan Rawatan Ruqyah Perdana di Felda Ulu Jempol 7 September 2013
Assalamualaikum semua.. Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang telah diberi peluang untuk mengadakan rawatan ruqyah perdana kepada penduduk Felda Ulu Jempol Pahang dan pelajar-pelajar KIPSAS yang sedang berprogram di sana...
Kenangan rawatan ruqyah perdana kiswah di felda ulu jempol. 7 september 2013
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH,
rawatan islam
05 September 2013
Rawatan Ruqyah Perdana KISWAH di Felda Ulu Jempol Maran Pada 7 September 2013. Hadir Beramai-ramai!!!
![]() |
| Jangan lupa.. Bawak semua sedara mara yang memerlukan rawatan ke sana. Ayuh beramai-ramai... |
"RAWATAN RUQYAH PERDANA FELDA ULU JEMPOL - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"
~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~
Anjuran: Masjid Ulu Jempol dan NGO KISWAH..
Bayaran: Seikhlas Hati...
(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)
Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."
8.30 pagi: Pendaftaran
9:00 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.
9:30 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.
10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi
11:30 pagi: Bersurai...
HUbungi:
Ustaz Mohd Nasaie Nawawi ... 013 3875849
Ustaz Hayat Kiswah al Mevlevi... 017 9065131
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
NGO KISWAH,
rawatan islam
03 September 2013
Tarikh Bekam Yang Terdekat di KISWAH: 23 September 2013. Jemput Datang Berbekam di Tempat Kami
Jadual bekam kiswah seterusnya pada
23 sept 2013 bersamaan 17 Zulkaedah.
Dtg 5.30ptg. Jgn lupa ye.
Siapa berminat pm atau sms saya 0179065131.
Labels:
berita
26 August 2013
Tarikh dan Hari yang Sesuai untuk Berbekam. Ayuhlah Serbekam di Pusat Rawatan Islam KISWAH Secara Sunnah!!!
Assalamualaikum.. Syukur Ya Rabbi.. Kami di KISWAH hanya membekam pesakit pada hari Isnin, Selasa atau Khamis.. yang bertepatan dengan tarikh 17, 19 atau 21 Hijrah (Bulan Islam)...Ini adalah untuk memenuhi ciri-ciri BEKAM SUNNAH yang tulen.. Bukan berasaskan keuntungan maksimum semata-mata... Bekam Sunnah bukan sekadar tarikh dan harinya, malah titik bekamnya, waktu, kaedah dan adab2nya...Malah kami juga meruqyah pesakit ketika membekam...
Ini adalah panduan2 kami:
Bilakah tarikh yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan. Nabi Muhammad r bersabda: “Barangsiapa yang berbekam pada
tanggal 17, 19 dan 21 maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.” (HR Abu
Dawud).
Hari apakah
yang sesuai untuk berbekam?
Hari Isnin, Selasa atau
Khamis.
Hadis Riwayat Ibn Umar t, bahawa Rasulullah r bersabda, “Berbekam dilakukan dalam keadaan
perut kosong adalah yang paling baik. Ia akan menambahkan kecerdesan otak dan
menambahkan ketajaman menghafal. Oleh itu, barang siapa hendak berbekam, maka
sebaik-baiknya dilakukan pada hari KHAMIS dengan menyebut nama Allah I . Hindarilah
berbekam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan
Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari Rabu adalah hari Nabi
Ayyub u ditimpa ujian. Tidaklah timbul penyakit kusta dan
lepra (sejenis sakit kulit dan saraf
yang menyebabkan kecatan pada badan) kecuali pada hari Rabu atau malam
hari Rabu.” (HR Ibn Majah)
Labels:
artikel,
rawatan islam
21 August 2013
SERTAILAH PROGRAM DROPSHIP KISWAH SEKARANG UNTUK MENJANA PENDAPATAN. RM0 MODAL BARANG..
Assalamualaikum semua... Peluang untuk anda menjana pendapatan..
BAGAIMANA SISTEM DROPSHIPPING BERLAKU:
1)
Reseller
(anda) melakukan promosi sebagai penjual. Promosi di dalam website, blog,
facebook, forum etc. Gambar dan maklumat dari FB: Deanjung Kiswah.
2)
Jika
ada yang berminat, sila PM pembeli akaun anda dan jumlah yang perlu dibayar
(Harga produk dan kos penghantaran).
3)
Pembeli
melakukan tempahan untuk pembelian. Sila check stok dengan KISWAH. Sekiranya
ada soalan dr pembeli sila PM: Deanjung Kiswah. Forward kepada pembeli.
4)
Pembeli
membayar harga produk dan kos penghantaran secara online / offline ke dalam
akaun anda.
5)
Anda
membayar kepada KISWAH harga tolak kepada agen dan penghantaran.
6)
KISWAH
akan memeriksa transaksi dan menghantar produk kepada pembeli.
KELEBIHAN MENYERTAI
SISTEM DROPSHIPPING KISWAH
a)
Anda
dapat membeli barangan di dalam deanjungkiswah dengan harga murah (harga tolak
kepada agen).
b)
Dapat
menjana pendapatan tanpa memerlukan sebarang modal. Hanya berbekalkan gambar
dan promosi sahaja.
SILA SMS SAYA DI TALIAN: 017 9065131 (USTAZ HAYAT / USTAZAH MULIA KARIMAH)
Labels:
produk
16 August 2013
Kenangan Mawlid di Rumah Anakanda Syarifuddin Taman Temerloh Jaya 15 Ogos 2013
Assalamualaikum semua pembaca blog..
15 Ogos 2013 yang lalu NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWA) dijemput menghadiri majlis mawlid dan jamuan hari raya di rumah anakanda kami Ahmad Syarifuddin bin Syamsuddin..
Kami diberi kesempatan menyampaikan sedikit tausiyyah dan mengepalai bacaan mawlid daibaie pada malam tersebut..
Terima kasih atas jemputan..
Wassalam..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)








































