**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 July 2021

NOTA UHK 19: RAWATAN ISLAM UNTUK MASALAH BATU HEMPEDU – GALL BLADDER STONES

 


NOTA UHK 19: RAWATAN ISLAM UNTUK MASALAH BATU HEMPEDU – GALL BLADDER STONES

Assalamualaikum semua...

 

Satu perkongsian yang baik untuk kita semua.. 

 

Semua boleh buat.. Sama ada yang sudah disahkan sakit atau saja2 nak cuba.. Kot la mana tau ada batu hempedu yang dah termendap..

 

Kakak saya yg dah detected kena batu hempedu, buat kaedah ni memang ..dengan izin Allah semua batu2 tersebut keluar...

 

*CREDIT TO:  Dr. Hamid Arshat

 

Selamat mencuba..

 

Sakit batu hempedu –Jus Epal Asli, Minyak Zaitun, Lemon dan Epsom Salt (Garam Epsom)

 

Qurani:

1) Al Fatihah, selawat Syifa’, surah al Mukminun ayat 115-118 dan as Syuara’ ayat 130. Baca pada pesakit / baca pada air / bahan seperti di bawah atau memegang perut semasa membaca.

 

Tabie:

1)      Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama lima hari berturut-turut.

2)      Hari keenam JANGAN makan malam. Buat yang di bawah:

3)      Pada pukul 6 petang hari tersebut makan sudu camca EPSOM SALT ( Magnesium Sulphate) – boleh beli dari farmasi.

4)      Pukul 8 malam ulang  makan garam epsom tadi.

5)      Pukul 10 malam – Campurkan satu cawan (250ml) olive oil – minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon yang fresh (3 biji lemon). Campur minyak zaitun dan 3 biji lemon tadi dan minum.

6)      In Sya Allah besok paginya buang air besar akan kelihatan batu2 karang hempedu akan keluar dengan  banyaknya.

 

Selamat mencuba

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

NOTA UHK 18: BACAAN AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT AD DABILAH – BARAH - KANSER

 


NOTA UHK 18: BACAAN AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT

AD DABILAH – BARAH - KANSER


Di dalam kitab Sairus Salikin  tulisan Sh Abd Somad al Falimbani ada disebut berkenaan adab dan sunah2 yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

 

Kita sedia maklum berkenaan amalan membaca al-Kahfi pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal di akhir zaman. Namun tahukah tuan puan bahawa surah tersebut juga bagus ikhtiar kesembuhan penyakit barah – kanser?

 

Beliau menukilkan satu hadis riwayat dari Saidina Ibn Abbas RadiyAllahu Anhuma dan Saidina Abu Hurairah RadiyAllahu anhu seumpana diriwayatkan oleh ad Dailami. ( Saya naqalkan qit’ah – potongan dari hadis tersebut supaya fokus dan tidak panjang.)

 

 

“..Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahdfi pada malam Jumaat atau pada harinya :

.. dan disembuhkan akandia daripada segala penyakit dan daripada penyakit ‘ad-DABILAH’ iaitu penyakit BARAH yang merupakan bengkak yang memecah di dalam perut (badan) ….”

 

 

Semoga kita tidak ketinggalan untuk membaca al-Kahfi saban minggu. Jika tidak tahu membaca, tak sempat dan cuti baca boleh memperdengarkan bacaan al-Kahfi kepada pesakit kanser setiap hari Jumaat. Alal Aqal – At Least…

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

 

 

 

 

02 July 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 17: JAWAPAN KEPADA ORANG YANG JAHIL ADALAH DIAM



NOTA UHK 17: JAWAPAN KEPADA ORANG YANG JAHIL ADALAH DIAM

 

Kebanyakan manusia yang jahil suka berdebat. Khususnya perkara furu’ dan cabang. Terbawa-bawa melayan orang yang suka berdebat dan berkelahi boleh menyebabkan sakit jiwa dan gangguan mental. Spiritualmu makin lemah tempang dan cacat. Celaru, kecewa dan menderita.

 

Tidak perlu berdebat dengan mereka kerana akan menyeksa jiwamu. Hatimu membara dan kepanasan. Yang terbakar dengan kepanasan jiwa itu adalah imanmu.

 

Terbakar, hangus, hilang berkurang dengan ammarah dan marahmu.

 

Jawapan untuk orang yang bodoh dan jahil adalah DIAM. DIAM dan tumpulah kepada amal ibadahmu semata-mata.

 

Tidak perlu mengatakan dan menjelaskan kepada mereka apa-apa. Kerana mereka tidak akan menerima apapun darimu meskipun engkau memberikan hujah dan dalil yang cemerlang bahkan gilang gemilang.

 

Mereka tidak mau menerima apapun darimu. Sementara itu kamu istiqomah dengan pendapatmu yang kamu yakini haq lagi benar.

 

Dalam diam terdapat banyak nasihat yang ingin disampai Allah kepada diri  kita. Terdapat bahasa nasihat Tuhan kepada hambaNya yang ingin bermuhasabah.

 

Dari itu berdoalah agar Allah mengirim utus orang yang baik2 sahaja di dalam kehidupan kita.

Amin

 

-Hayat Kiswah –

 

…………………………………………………………………………………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

 

Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

 

 

 


NOTA MINDA USTAZ HAYAT 18: BACAAN AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT AD DABILAH – BARAH - KANSER

 


NOTA UHK 18: BACAAN AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT

AD DABILAH – BARAH - KANSER


Di dalam kitab Sairus Salikin  tulisan Sh Abd Somad al Falimbani ada disebut berkenaan adab dan sunah2 yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

 

Kita sedia maklum berkenaan amalan membaca al-Kahfi pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal di akhir zaman. Namun tahukah tuan puan bahawa surah tersebut juga bagus ikhtiar kesembuhan penyakit barah – kanser?

 

Beliau menukilkan satu hadis riwayat dari Saidina Ibn Abbas RadiyAllahu Anhuma dan Saidina Abu Hurairah RadiyAllahu anhu seumpana diriwayatkan oleh ad Dailami. ( Saya naqalkan qit’ah – potongan dari hadis tersebut supaya fokus dan tidak panjang.)

 

 

“..Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahdfi pada malam Jumaat atau pada harinya :

.. dan disembuhkan akandia daripada segala penyakit dan daripada penyakit ‘ad-DABILAH’ iaitu penyakit BARAH yang merupakan bengkak yang memecah di dalam perut (badan) ….”

 

 

Semoga kita tidak ketinggalan untuk membaca al-Kahfi saban minggu. Jika tidak tahu membaca, tak sempat dan cuti baca boleh memperdengarkan bacaan al-Kahfi kepada pesakit kanser setiap hari Jumaat. Alal Aqal – At Least…

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

 

 

 

 

28 June 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT 16: KAEDAH MENCARI BARANG HILANG

 NOTA MINDA USTAZ HAYAT 16: KAEDAH MENCARI BARANG HILANG

Larangan mendatangi tukang nujum
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].
KAEDAH:
1) Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.
Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:
يا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِى
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!
2) Bernazar: Sekiranya berjumpa; saya akan berpuasa sehari, menjamu fakir miskin dan lain2. Sekadar kemampuan kita.
3) Sedekah tiap2 hari dengan niat:
a) Panjang umur dalam ketaatan kepada Allah
b) Terangkat bala' ujian yan tak mampu dihadapi; seperti sakit, barang hilang dll
4) Jangan ada unsur menilik. Sekali menilik khuatir tak jumpa sampai sudah dan mendapat kemurkaan Allah. Syirik hukumnya.
5) Redha ketentuan Allah Taala kepada kita.. " Hilangnya harta kita bermakna, Allah Taala menolak ujian yang lebih besar. Memanjangkan umur, menyihatkan tubuh, mengelakkan kemalangan dan menyembuhkan penyakit."
6) Doa lembutkan hati pengambil supaya memulangkan barang kita...
اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ, وَيَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ قَلِّبْ
Maksudnya:" Ya Allah yang Maha Menukarkan satu keadaan kepada keadaan yang lain; TUKARKAN, yang Maha Membolak Balikkan hati.. Balikkan hatinya (untuk memulangkan barang tersebut)."
7) Bertawakkal kepada Allah Taala.. Serahkan keputusan 'jumpa atau tidak' kepada Allah Jalla Jalaluh..
Silalah amalkan!
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
Bank Rakyat: 1101587095
Maybank: 556057503843
Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Kiswah Shoppe
Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
May be an image of money and text that says "50 AYSIA ALAYSIA A MALAYSIA MALAYSIA AIEGARA IEGARA MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA MEGARA RANK NEGARA MALAYSIA கM NEGARA MALAYSIA 20 20 10 ANK NEGARA MALAYSIA MALAYSIA 10 Nota UHK 16: Mencari Barang Hilang"

27 June 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)

 


NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)

 

Bilakah tarikh yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan.

 

Hari apakah yang sesuai untuk berbekam?
Hari Isnin, Selasa atau Khamis.

 

 

Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?
Waktu Dhuhaa. Waktu tengahari dan malam tidak digalakkan. Tengahari kerana panas terik dan malam kerana badan sudah lemah dan memerlukan rehat.

 

Bilakah waktu yang kurang sesuai berbekam?

Pada awal dan akhir bulan.

 

 

Sila sebutkan adab dan aturan bagi pesakit sebelum dibekam.

  1. Pesakit hendaklah berpuasa 2 -5 jam sebelum dibekam.
  2. Hendaklah memilih hari-hari yang dianjurkan Rasulullah r.
  3. Solat Taubat dan Hajat sebelum berbekam.
  4. Jangan mandi sejuk sebelum berbekam. Namun digalakkan mandi air panas 15 – 30 minit sebelum berbekam untuk menggalakan pengaliran darah.
  5. Duduk di atas kerusi mengadap kiblat. Duduk lebih baik dari baring.
  6. Pesakit jangan terlampau letih, terlampau tua atau muda serta tidak digalakkan berjima’ malam sebelum berbekam kerana menyebabkan badan menjadi lemah.
  7. Tenangkan jiwa dan fikiran semasa berbekam agar darah kotor mudah keluar.
  8. Sebelum berbekam hendaklah membaca doa:

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

أَعُوذُ بِاللهِ مِنْ عَيْنِي فِى دَمِّي وَفِى هذِهِ الحِجَامَةِ وَمِن كُلِّ سُوءٍ

 

  1. Semasa dibekam hendaklah
    1. Istighfar
    2. Berselawat
    3. Membaca zikir: الله هو الشافى: Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Sebanyak mungkin.
    4.  Membaca zikir sebanyak mungkin:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ أَسْتَغْفِرُ الله

  1. Setelah bekam baca doa

 

 اللَّهُمَّ رَبّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِى لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ, شِفَاءً لايُغَادِرُ سَقَمًا وَلا أَلَمًا وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

 

Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan bagi seluruh manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau wahai Tuhan yang Maha Menyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhanMu, sebagai kesembuhan yang tidak dapat diapa-apakan oleh sebarang penyakit dan kesakitan,  dan tiada daya (meninggalkan maksiat) dan upaya (melakukan ketaatan) melainkan dengan Allah s.w.t. yang Maha Tinggi (keagunganNya) lagi Maha Agung.

 

  1.  Berharap sepenuhnya dengan rahmat Allah dan yakin hanya ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.
  2. Bersabar jika tidak beransur pulih. Ujian Allah. Bekam lagi secara berkala iaitu sebulan sekali.
  3. Banyakkan bersedekah. Kalau boleh sedekah setiap hari dengan niat kesembuhan.
  4. Memberi hadiah sebagai upah kepada juru bekam.

 

 

(PETIKAN DARI MODUL 7 ; KURSUS RAWATAN ISLAM KISWAH)

 

 

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan

 

Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...