**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 September 2021

NOTA UHK 28: RAWATAN SAKIT KULIT

 


NOTA UHK 28: RAWATAN SAKIT KULIT

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dari semasa ke semasa ramai pesakit yang datang mengadu sakit kulit. Ada yang disebabkan fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, salah makan ubat, side effect ubat dan tak kurang pula disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah  seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.

 

Qurani:

 

1) Sakit kulit: Tunjuk pada kulit (kenakan hujung jari telunjuk ke kulit) yang sakit dan bacakan 259 Surah al Baqarah:

2)  Kudis: Tunjuk pada kulit yang sakit dan bacakan 266 Surah al Baqarah:

 

Tabie:

 

1) Sentalkan kawasan bermasalah dengan cuka asli ( cuka kurma, anggur, epal, nipah dll) sehingga merah. Apabila sudah kering…. :

2) Kemudian sapu dan sentalkan minyak zaitun. Jika kering sapu lagi, jika kering sapu lagi. Sentiasa berminyak zaitun. Paling kurang sapu 3 kali sehari.

 

3) Semasa proses tersebut sila baca dan tunjukkan ayat ini di kulit;
      a) Ayat 259 Surah Al Baqarah   b) Ayat 266 Surah Al Baqarah

 

4) Selepas mandi. Masukkan sesudu garam bukit merah kedalam segelas air ruqyah dan sapukan kawasan kulit yang gatal.

KAYAP: Boleh gunakan cara yang sama ATAU:

5) Tumbuk pinang muda, tambah sedikit air / minyak zaitun dan sapukan pada kawasan jangkitan dan bacakan ayat2 di atas.

 

6) Sekiranya jenis gegata. Maka bolehlah minum air kelapa sekali sehari.

 

7) Jangan gunakan sabun yang tidak sesuai dengan PH kulit khusunya yang fully chemical. Guna sabun 7.7 PH atau sabun berubat yang disarankan doktor.

 

8) Jaga makan. Jangan makan makanan yang gatal seperti belacan, budu, cencaluk dll. Kurangkan pengambilan gluten iaitu sejenis protein yang biasa terdapat di dalam gandum, barli dll. Biasanya terdapat dalam roti, biskut dan pasta.

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

NOTA UHK 27: TIPS KELUARGA BAHAGIA

 


 

NOTA UHK 27: TIPS KELUARGA BAHAGIA

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Ramai pesakit datang ke pusat rawatan mengadu perkahwinan tidak bahagia dan kurang kasih sayang. Sempena ulang tahung perkahwinan saya dan isteri yang ke-14 saya kongsikan pengisian Seminar Rawatan Islam Kiswah Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas Sihir.

 

Keluarga Bahagia Lestari Ke Syurga

 

Pendamai rumahtangga:

 

1)      Jangan memandang lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan kita. Suami dan isteri kita adalah amanah dan anugerah titipan Allah untuk dijaga, dibelai dan ditarbiyyah.

 

2)      Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani  untuk keluarga.

 

3)      Selalu solat berjemaah (jika tidak ke masjid) / qiyamullail bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.

 

4)      Selalu membaca al Quran bersama. Yaasin baca bersama keluarga setiap kali selepas Subuh. al-Mulk selepas Zuhur, an-Naba’ selepas Asar, as Sajdah dan al Waqiah selepas Maghrib dan al Mulk selepas Isyak.

 

5)      Yaasin dan al Kahfi di baca bersama keluarga pada setiap malam Jumaat. Setiap penghujung hari Jumaat berdiri di luar rumah dan berdoa bersama pasangan; agar diberi kebahagian sejati hakiki dunia akhirat. Waktu tersebut waktu mustajab doa hari Jumaat.

 

 

6)      Selalu makan di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar. Jika suami tidak habis makan, maka dihabiskan oleh isteri. 😉

 

7)      Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur. Ucapkan dan buktikan. Ucapan itu dalil dan bukti. Anniversary jangan dilupakan. Birthday berilah hadiah seadanya. Hargailah pasangan itu.

 

8)      Selalu berlumba meminta maaf atas kesalahan dan amalkan sikap suka berterima kasih.

 

9)      Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.

 

10)  Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata. Jika isteri mengadung; sediakan dua tabung. 1. Untuk akikah anak. 2. Untuk memberikan hadiah kepada isteri yang berjuang melahirkan permata hati kita.

 

11)  Sedapatnya anak jangan dipeihara oleh orang lain. Jika bekerjaya, maka dipelihara oleh keluarga dan keluarga kita sendiri. Banyakkan masa di rumah berbanding di luar khususnya ibu.

 

12)  Hargailah pasangan anda seolah2 ia duduk di atas singgahsana kemaharajaan dan kepermahsurian sehingga terhijab keaibannya. Sehingga tidak memandang orang lain lebih cocok menjadi pasangan kita atau lebih banyak kelebihan berbanding pasangan kita yang tidak menarik itu. 😉

 

13)   Jangan kecanduan teknologi esp Handset. Di dalam setiap teknologi ada ‘syaitannya’ yang tersendiri. Handset dicipta untuk mendekatkan yang jauh. Namun kita ‘menjauhkan’ yang di depan mata. Sebelum membuka sebarang ‘teknologi’ maka bacalah ‘Auzubillah..’ terlebih dahulu.

 

14)  Hobi yang dimiliki biarlah meraikan hubungan suami isteri. Janganlah sampai menghabiskan masa2 terindah yang diimpikan dengan terlalu banyak di luar jika tidak perlu.

 

15)  Sedekah setiap Subuh untuk menjemput rezeki dan menolak bala’. Bersedekah sebelum keluarga bermusafir dan suami / isteri keluar ke tempat kerja.

 

16)  Jangan suka membandingkan rumahtangga kita dengan orang lain yang lebih bernasib baik. Bandingkan dengan yang lebih ‘kedhaifan’ berbanding kita. Anugerah sedia ada tidak sempat disyukuri lagi komplen dengan TUHAN tak beri itu tak beri ini.

 

17)   Jangan suka menyalahkan pasangan. Jadilah cermin muka jangan jadi cermin mata. Satu jari menunjuk kepada orang, empat jari lagi patah ke batang hidung kita sendiri. Mungkin masalah itu berpunca dari kesalahan kita juga.

 

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

15 August 2021

NOTA UHK 26: RAWATAN ISTIHADAH


 

 

NOTA UHK 26: RAWATAN ISTIHADAH

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Harap membantu pesakit yang mengalami istihadah. Istihadah kekadang berpunca dari sebab fizikal, pengambilan ubat atau boleh jadi kerana gangguan syaitan yang menghentak - mencarik dinding rahim wanita menyebabkan keluar dari penyakit (Mafhum Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad). Sesetengah ulamak rawatan Islam memanggilnya SIHIR NAZIF; SIHIR PENDARAHAN.

 

ISTIHADAH DAN MASALAH HAID TIDAK TERATUR – madu, minyak zaitun, jus delima, mumbang kelapa

 

Qurani:

 

1)      Pesakit dibacakan RUQYAH SYARIYYAH seperti pesakit gangguan yang lain.

 

2)      Paling kurang dibacakan kepada bahan di bawah: al Fatihah, Ayatul Kursiy, al Masad dan 3 Qul, selawat 3 kali.

 

 

Tabie:

 

1)      Sapu minyak zaitun di perut-rahim 3 kali sehari atau sekerap mungkin.

 

2)       Minum segelas air ruqyah + sesudu madu + sesudu jus delima + minyak zaitun - setengah jam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi. Jus delima bagus untuk rahim wanita.

 

3)      Sebiji mumbang kelapa rebus bersama air ruqyah. 3 bahagian air direbus sehingga tinggal 1/3 bahagian. Baca ayat di atas dan minum secawan sehari sejam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selama 7 – 40 hari.

 

4)      Dengar cd ruqyah tiap-tiap hari. Bayangkan gelombang al-Quran tersebut masuk menuju ke rahim dan merawatnya.

 

5)      Sedekah tiap-tiap hari walaupun sedikit.

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

08 August 2021

NOTA UHK 25: AMALAN HARIAN UNTUK MENGELAK MASALAH HIDUP

 


 

NOTA UHK 25: AMALAN HARIAN UNTUK MENGELAK MASALAH HIDUP

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Harap membantu untuk insan yang senantiasa berdepan masalah di dalam kehidupannya. Semua orang mempunyai masalah. Tak bolehlah tidak difikir langsung, namun fikir-fikir sangat pun akan mendatangkan masalah yang lain pula.

 

Pesan Tuan Guru saya:

 

1.      Apabila sebaik sahaja bangun dari tidur; isytihar kalimah syahadah di bibir dan i’tikadkan di dalam hati serta berazam untuk membuktikannya sepanjang hari.

 

2.      Selesai berwudu’ dan solat, keluarlah dari rumah mencari rezekimu dengan kaki kanan dan membaca BASMALAH.

 

3.      Sedekah harian; sedekah menghalang bala’ dan masalah serta memanjangkan umur.

 

4.      Sepanjang harimu, apabila kamu menerima dan melihat sesuatu yang BAIK maka cepat-cepatlah mengucapkan;  MA SYA ALLAH.

 

5.      Sepanjang harimu, apabila kamu menghadapi dan melihat sesuatu yang buruk makan cepat-cepatlah mengucapkan; ‘ LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIM..’

 

6.      Sebelum tidur pada tiap2, solat sunat syukur atau solat sunat taubat. Syukur atas segala nikmat yang Tuhan kurniakan kepadamu sepanjang hari yang tidak sempat disyukurkan olehmu. Taubat atas segala maksiat sepanjang hari yang tidak sempat dipohon taubat olehmu.

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

NOTA UHK 24: PELEMBUT HATI DAN LARI DARI RUMAH – air ruqyah, risalah pelembut hati

 

 


NOTA UHK 24: PELEMBUT HATI DAN LARI DARI RUMAH – air ruqyah, risalah pelembut hati

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Harap membantu untuk masalah suami isteri, anak yg merajuk dll. Alhamdulillah dengan kaedah ini banyak kes di Pusat Rawatan Islam dapat diselesaikan.

 

1)      Baca aya-ayat pelembut hati dan niatkan di syahid ayat. (In sya Allah kita akan kongsikan nanti) Gambarkan wajah dan namanya. Paling kurang baca al fatihah, Ayat Kursiy, Thoha 1-6, al Insyirah, 3 Qul dan selawat selepas solat. Niatkan hadiah / sedekah kepada yang jauh hati dari kita itu.

 

2)      Bersedekah setiap hari dengan niat kesembuhan, dan terangkat ujian yang payah.

 

3)      Bernazar sekiranya berubah sikap dan pulang, kita  akan berpuasa sehari /  kenduri kesyukuran dan lain-lain.

 

4)      Hadiahkan / Sedekahkan pahala amalan kita seperti bacaan al-Quran, puasa, korban, sedekah dan lain-lain kepada yang kita niatkan supaya lembut hati kepada kita. Orang yang menerima hadiah jinak hati kepada pemberinya.

 

5)      Beri minum air ruqyah yang dibacakan khas untuk yang diniatkan atau masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi.

 

6)      Jangan gunakan khidmat ahli sihir untuk ‘seru dari jauh’. Beri makan sisa kotoran dari tubuh badan kita kepadanya seperti air basuhan dan mandian. Bacalah doa:

 

Doa supaya hatinya lembut untuk kita

 

اللَّهُمَّ لَيِّن لِي قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيد

(Ya Allah lembutkanlah hatinya untuk aku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihis salam)

 

7)      Selepas solat. Bercakaplah dari hati kita ke hatinya. Luahkan segala isi hati kita dengan bicara hati, nescaya ‘pendengaran hati’ akan tangkap-tangkap segala perkataan kita.

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...