**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 October 2009

Ustaz Malek Terapi Al Quran Darul Hikmah di dalam Harian Metro

Darul Hikmah hasil produk kesihatan. Dalam paper muka surat 26

PUSAT Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah (Darul Hikmah) melabur RM150,000 bagi menghasilkan produk kesihatan diri yang mampu memulihkan tenaga dengan menggabungkan ayat suci al-Quran, zikir serta doa tertentu khusus untuk rawatan pelbagai penyakit rohani dan jasmani.

Pengarah Urusannya, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari, berkata pihaknya terpanggil membantu orang ramai yang mengalami pelbagai penyakit rohani dan jasmani dengan kaedah rawatan berkenaan. "Kami menawarkan produk seperti Rutob Cafe, losen, pati zaitun sawda, pati za'faran, minyak celak, air mineral terapi al-Quran, sabun bidara mambu serta cakera padat (CD) ruqyah syariah.

"Buat masa ini, kami memberi tumpuan kepada produk kesihatan seperti Rutob Cafe dan air mineral terapi al-Quran kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. "Rutob Cafe, minuman kopi pracampuran yang menggabungkan ramuan seperti serbuk kurma, serbuk madu, ekstrak kopi Arabica, krimel tanpa tenusu serta gula halus untuk menambah tenaga, menambah kekuatan minda, membuang angin dan melawaskan pembuangan najis," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Koperasi, Alor Star, Kedah, baru-baru ini. Beliau berkata, air mineral terapi al-Quran dihasilkan untuk memulihkan jasmani dan rohani seseorang selain membantu menyembuhkan penyakit batu karang dan sukar tidur.

Menurutnya, Darul Hikmah bercadang mengeluarkan pelbagai produk baru seperti kismis untuk kanak-kanak dan orang dewasa bagi meningkatkan lagi kecerdasan minda. "Darul Hikmah mempunyai sebuah kilang di Taman Mergong Jaya, Alor Star untuk menghasilkan produk berkenaan yang diiktiraf Amalan Pengilangan Islam (IMP).

"Selain itu, kami mengeluarkan CD ruqyah syariah iaitu himpunan ayat suci al-Quran, zikir dan doa tertentu khusus untuk rawatan pelbagai penyakit rohani dan jasmani. "Ia sesuai bagi mereka yang sukar tidur malam, menderita sakit misteri, sihir, santau, pukau, masalah rumah tangga, angin ahmar, haid tidak teratur, jiwa tidak tenteram, sakit kepala, koma, histeria serta gangguan makhluk halus," katanya.

1 comment:

  1. salam...bila dan pukul berapa rawatan beramai yang akan di adakan di stadium tertutup jln tebrau johor bahru?
    saya dapat maklumat dari semanis kurma siaran td.. apakah perlatan yg perlu dibawa utk rawatan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...