**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 April 2010

Muhasabah Perawat Islam 10:

Teguran sepuluh:

Perawat mencampuradukkan teknik rawatan Islam menggunakan teknik al Quran dengan teknik2 lain sesuka hati (terkadang termasuk perubatan yang berunsurkan kebomohan dan kebatinan) dan terlampau bebas mencipta teknik yang boombastik @ bukan-bukan.


Inilah yang banyak terjadi kepada ramai perawat yang mendakwa menggunakan teknik al Quran...

Asalnya mereka memang menggunakan kaedah ruqyah.. Tetapi atas tekanan dan sebab2 tertentu misalnya

- pesakit terlampau ramai..

- pesakit komplen lambat sembuh

- pesakit komen tiada apa2 ke'ajaiban' sepanjang tempoh rawatan

-mahukan pengaruh dan dipandang hebat oleh orang ramai supaya lebih ramai datang ke pusat rawatan...

... akhirnya mereka mencipta kaedah yang kononnya lebih mudah dan efisien...\

*Tidak kurang pula yang mencipta teknik2 baru sesuka hati tanpa sandaran dalil dari al Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas atau sekurang2nya amalan tuan2 guru yang muktabar dan istiqra' pembacaan serta pengalaman ulamak terdahulu yang diharuskan lagi tidak bertentangan dengan syariat....."

WALLAHU a'laaa wa a'lam bissowab...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...