**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 April 2010

Muhasabah Perawat Islam 11:

Teguran kesepuluh

Perawat mempermudahkan perihal aib, aurat dan kehormatan serta privacy pesakit khususnya wanita. Ramai perawat yang mengambil mudah persoalan aurat pesakit wanita dan tak kurang pula yang terlampau memudahkan perihal memegang pesakit wanita esp tanpa lapik..

Selain itu masalah tiada tirai yang memisahkan pesakit dengan pengunjung pusat rawatan lain juga tidak dititikberatkan..


Antara tindakan yang kurang manis:

1) Merawat pesakit wanita secara terbuka (tiada hijab / tirai)

2) Memegang, menyapu (muka), memicit anggota badan yang sensitif sewenang-wenangnya esp tanpa lapik.

3) Membuka aurat wanita walaupun tidak darurat.

4) Membaringkan pesakit wanita tanpa selimut tebal (sehingga tidak menampakkan tubuh badan) atau memakaikan pesakit dengan telekong.

5) Memandikan sendiri pesakit wanita. Padahal ada waris yang boleh memandikannya atau pesakit mandi sendiri...

dsb

Ingat! Dalam keadaan tertentu boleh membuka aurat pesakit dan memegang... berdasarkan kaedah fiqh:

"Ad Dhorurah tubihu al mahzurat" : Darurat menghalalkan yang haram.

Namun mesti dikawal dan disulami dengan satu lagi kaedah:

"Ad Dhururah tuqaddiru bi qadariha" : Darurat diambil sekadarnya sahaja.... jangan lebih..

buka (jika perlu) dan pegang (jika perlu) mana yang dirasakan darurat sahaja....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...