**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 April 2010

Muhasabah Perawat Islam 14:


Teguran keempat belas

Perubatan Islam sebagai bisnes juta-juta.

Menjadikan perubatan sebagai satu bisnes juta2 sehingga menidakkan kebajikan pesakit.

Ada juga perawat Islam yang meletakkan first targetnya adalah $$$$... sehingga sanggup mengenakan yuran dan upah yang tinggi kepada pesakit. Percakapannya setiap hari adalah bagaimana untuk dapat lebih duit daripada kesengsaran orang lain, bagaimana untuk jadi lebih kaya dari sebelumnya melalui duit pesakit yang terdesak.

Ambil upah itu tidak mengapa. Memang dalil dari hadis Abu Said al Khudri ada menceritakan… Namun janganlah sampai cas pesakit sampai RM4000 dan nak buang saka RM5000 dan kalau merawat di rumah sampai cas yang dikenakan ribu-ribu…. Juga berubat beberapa minit sahaja beratus-ratus…..

Pada hemat saya, perubatan Islam boleh menjadi sumber pendapatan untuk seseorang mencari nafkah untuk keluarga tetapi kebajikan pesakit dan menolong orang tetap menjadi priority. Namun apabila perawat melihat duit sebagai tarikan utama untuk terus merawat, maka disitu terhijablah nilai2 murni nak tolong orang, kebajikan kepada umat Islam dan sebagainya…

WALLAHU a’lam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...